Assalamu'alaikum w.b.t
Mari kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengetahui apakah
wasiat yang diwasiatkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.
1. Hak sesama Islam
Rasulullah saw bersabda:
Hak orang Islam terhadap orang
Islam lainnya ada lima:
1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. Mendoakan orang yang bersin
2. Anjuran solat berjemaah
Rasulullah saw bersabda:
"Apabila ada tiga orang yang
tinggal di kampung atau di gunung tidak mengerjakan solat berjemaah, maka
mereka telah dikuasai oleh syaitan (iblis). Maka hendaklah kamu semuanya
berjema`ah; sesungguhnya serigala itu makan kambing yang memisahkan diri dari
kawannya."
3. Jangan panjang angan-angan
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hal-hal yang
paling aku takutkan terkena kamu semua ialah dua perkara iaitu: mengikut hawa
nafsu dan panjang angan angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari
kebenaran dan panjang angan angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."
4. Dua bendera di hadapan
pintu
Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapapun yang keluar dari
rumahnya (untuk suatu tujuan) dipintunya ada dua bendera, iaitu bendera dibawah
pimpinan malaikat dan bendera dibawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu
keluar dari rumahnya untuk tujuan yang diredhai Allah, maka ia berada pada
bendera malaikat, demikian seterusnya sehingga ia pulang semula kerumahnya.
Apabila ia keluar untuk tujuan atau pekerjaan yang dibenci oleh Allah, maka ia
berada dibawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai ia pulang ke
rumahnya."
5. Kewajipan menjaga hak
orang lain
Rasulullah saw bersabda:
"Tunaikan amanah itu kepada
orang yang mempercayaimu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang
mengkhianatimu."
6. Kemaafan adalah kemuliaan
Rasulullah saw bersabda:
"Tidak akan berkurang harta
kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah pada seseorang yang
memaafkan, kecuali kemuliaan. Tidaklah seseorang yang merendahkan diri kerana
Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya."
7. Rahsia yang tersimpan dalam
ucapan salam
Rasulullah saw bersabda:
Tidak akan masuk syurga sebelum
kamu beriman, dan tidak dapat dikatakan beriman sebelum kamu saling mencintai
antara satu dengan yang lain. Mahukah kamu saya tunjukkan tentang sesuatu yang
kalau kamu kerjakan tentu kamu akan saling mencintai? Iaitu, sebar luaskan
salam diantara kamu."
8. Jangan biarkan kemungkaran
Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa diantara kamu yang
melihat kemungkaran, hendaklah merubah dengan tangannya. Kalau tidak sanggup,
hendaklah menegur dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak
sanggup, maka hendaklah dgn hatinya..Yang terakhir ini adalah merupakan usaha
yang paling lemah dari iman."
9. Ubat bagi hati yang
berkarat
Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia
akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang
bertanya, "apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih
kembali?" Rasulullah SAW bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca
Al-Quran."
10. Sama rata antara dunia
dan akhirat
Rasulullah saw bersabda:
"Bukanlah orang yang paling baik di antara kamu yang
meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula meninggalkan akhiratnya
kerana dunianya. Sebab dunia itu akan dapat menyampaikan kamu kepada akhirat,
dan janganlah kamu menjadi beban bagi manusia lain."
**Semoga kita sama-sama mendapat
sedikit bekalan untuk mengharungi lautan kehidupan.

No comments:
Post a Comment