Terima kasih Ya AL-KHALIQ untuk
usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih Ya AR-RAZZAQ untuk
setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih Ya AL-QAHHAR untuk
setiap cubaan dan dugaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih Ya AL-BASIT untuk
bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang
telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Allahu Rabbi,
Terlalu besar kasih-MU
terhadapku.
Walau terkadang ana alpa dan
leka,
Walau terkadang ana khilaf dalam
menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan-MU,
Walau terkadang ana merungut saat
dugaan-MU tiba,
Namun Engkau tetap melindungiku
setiap saat, setiap waktu.
Ampunkan ana Ya Allah, apabila
ana merintih nasib ana di hadapan-Mu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa
lagi harus ana mengadu. Ana hanyalah hamba-MU yg dhaif lagi lemah.
Adakalanya ana kurang kesabaran. Ada masanya keimanan ana goyah.
Ada masanya ana hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan
limpahan kasih sayang-MU, Engkau menarik ana kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Muhaimin...
Pimpinlah tangan hamba-MU ini...
Pimpinlah hati hamba-MU ini...
Pimpinlah langkah hamba-MU ini
agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.
Ya Al-Quddus...
Sebagai hamba-MU yang hina dina,
ana sedar bahawa ana takkan mungkin mencapai sempurna.
Tetapi kasihanilah ana...
Bimbinglah ana agar ana mampu
meniti titian siratulmustaqim-MU dengan tenang dan mudah.
Syukran Ya Rabb atas segala
takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Allah yang Maha
Besar...
Peliharalah ana agar terus
berpegang teguh pada tali-MU.
Amin Ya Rabbal Alamin.
sekian
wassalam
wassalam
No comments:
Post a Comment