Dalam kenangan
Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman
Apa khabar sahabat sekalian?Diharapkan sihat-sihat belaka insyallah,amin. Entri kali ini bukan lah bersifat ilmiah atau pun pengetahuan yang menjurus kepada Islam itu sendiri, Cuma ia sekadar ingatan mudah untuk kita menjadi lebih baik. Mungkin sebelum ini, kita semua telah digemparkan dengan insan yang bernama Ahmad Ammar Bin ahmad Azam yang tiba-tiba menjadi fenomena dalam dunia Islam dan sekitarnya.Mungkin beliau tidak sepopular insan lain yang membawa islam ke medan dakwah yang besar, namun mengetahui tentang beliau sudah cukup menyentuh hati dan membuatkan kita tertanya-tanya adakah kita berupaya berbuat sesuatu yang serupa dengan apa yang beliau telah lakukan?Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa almarhum yang dipilih dan bukan icon islamik lain yang lebih dikenali?
Almarhum Ahmad Ammar atau
panggilan ringkasnya Ammar sememangnya telah dipersiapkan oleh ibu bapanya
untuk menjadi seorang pejuang agama dan penyampai dakwah Islam kepada
sekelilingnya. Sedari kecil hinggalah berumur 20 tahun, almarhum dipersiap menjadi
pemuda yang cintakan agamanya dan cintakan dakwah yang dibawanya.
Walaupun namanya tidak dikenali
sebagai kalangan hafiz al quran, bukan di kalangan agamawan dan bukan juga
insan seni yang ternama dalam memperjuangkan Islam, namun insyallah almarhum
adalah di kalangan mereka yang mendukung Islam dan dakwah ke jalan Allah swt.
Diusia yang muda,almarhum banyak berjasa pada
penduduk Turki dan berjasa dalam misi-misi kemanusiaan yang disertainya
di Syria. Diusia yang muda,almarhum menyuarakan hasrat hati untuk syahid di
bumi al-fateh.
Siapa meyangka Allah swt Maha mendengar dan Maha Mengetahui,
permintaan almarhum di dengar oleh Allah swt, apabila pada tanggal 2 November
2013 jam 1.30 petang, malaikat Izrail menjemput nyawa almarhum di bumi Turki.
Permintaan almarhum ditunaikan di bulan muharam. Allahu akhbar…
Almarhum disemadikan di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap laut Golden Horne yangjuga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyah dan masyarakat lain di Turki. Almarhum juga disemadikan di sebahagian daripada pahlawan Islam
daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota
Konstantinopel.Allahu akhbar
Sungguh,
hidup almarhum bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan,
ditakdirkan ALLAH, jasanya juga bersama
para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.
Hidup
dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad
orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang
lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
Persoalanya di sini, di usia muda
kita sendiri, adakah kita pernah berniat untuk..
mendaulatkan Islam di dalam diri kita seteguh-teguhnya?
Menyampaikan dakwah di sekeliling kita secara istiqomah?
Berniat syahid di jalan Allah swt?
Membantu insan-insan yang memerlukan di sekeliling kita?
Mempersiapkan dan memperelokkan sahsiah kita saban hari?
kita hanya sibuk mempersiapkan diri ke kuliah saban hari dan
mungkin terlupa akan niat sebenar kita ke kuliah saban hari?
sibuk mencaci yang susah dan menghina yang serba kekurangan?
kita sibuk melihat kesusahan orang lain dan berpeluk tubuh?
kita sibuk melihat kesusahan orang lain dan berpeluk tubuh?
kita sibuk menjadi remaja dan dewasa yang mengejar trend dan
teknologi di hujung jari?
Atau pun kita juga sibuk melangkah satu persatu tangga kejayaan tanpa
membawa Islam yang diwariskan?..
Mungkin kita tidak mampu menjadi sehebat ustaz dan uztazah, tidak mampu menjadi hafiz dan hafizah dan kita juga mungkin tidak mampu menjadi seteguh iman mujahid dan mujahidah, namun cukuplah andai kita menjadi insan yang istiqomah dalam menjadi muslimin dan muslimat yang teguh iman dan taqwanya kepada Allah swt.
Sempena
tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh,
sekurang-kurangnya tidak terlambat lagi untuk berazam untuk dekat dengan
orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh
orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. Insyallah,
semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.Amin
Alfatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman
Jadikan setiap saat dan detik
sebagai titik menajdi lebih baik
sekian, wassalam
sekian, wassalam
<ds>
salam...
ReplyDeletemohon betulkan fakta...
arwah bukan disimpan di sebelah makam sahabat Nabi saw, terdapat kawasan perkuburan untuk org awam di sebelah masjid tersebut. arwah di sana bersama ribuan lagi rakyat turki yang menunggu dibangkitkan semula...
allahamdulillah jzzk atas pemberitahuan
ReplyDeleteterima kasih