1) Perkara yang
paling utama agar boleh bangun malam adalah meminta pertolongan daripada Allah
swt dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka
cepat-cepatlah bangun.
2) Biasakan tidur siang (qailulah) iaitu 30minit
sebelum zohor atau tidur selepas solat
zohor.
Sabda Rasulullah SAW :
“lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani
qailulah”
(hadis riwayat ai-Tabrani)
·
Apa itu qailulah?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang
hari.
·
Bila waktu yang
sesuai untuk amalkan qailulah?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah
mengamalkan qailulah, waktu paling baik ialah antara jam 12 tengahari sehingga sebelum zohor. Namun,
boleh juga dilakukan selepas zohor.
3) Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat
yang menyebabkan sukar untuk bangun tahajud. Pastikan tidur selewat-lewatnya
pada jam 11 malam.
4)
Ketahui jadual tidur
anda setiap malam. Dengan begitu, anda boleh menentukan jam malam anda untuk
tidur sesuai dengan keinginan anda mahu bangun pada waktu malam. Untuk mengetahuinya
cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam loceng dengan waktu 4
pagi. Jika terjaga mulakan dengan solat 2
rakaat.
5)
Mintalah suami,
isteri, keluarga atau kawan-kawan untuk membangunkan anda pada sepertiga malam.
6)
Anda juga boleh
meminta bantuan pada kawan-kawan untuk membangunkan anda melalui panggilan
telefon mahupun sms (mesej). Dengan begitu anda telah menerapkan nilai saling
menolong dalam kebaikan.
7)
Sebagai latihan,
anda boleh mulakan bangun malam 30 minit sebelum waktu subuh dan lakukan solat
yang ringan. Jika sudah terbiasa maka percepatkan lagi sejam sebelum subuh dan
ditambah jumlah rakaat.
8)
Berwuduk dan membaca
al-quran sebelum tidur dan amalkan adab-adab serta cara tidur yang diajarkan Rasulullah
SAW.
9)
Elakkan makan
terlalu banyak sebelum tidur, kerana ianya akan membuatkan kita menjadi malas
untuk bangun tahajud.
10) Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar.
11) Jangan berbuat maksiat kerana setiap dosa yang
kita lakukan akan membuatkan kita sukar untuk bangun malam.
Ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan agar mudah bangun malam untuk melakukan solat tahajud.
Moga bermanfaat dan selamat beramal.
Ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan agar mudah bangun malam untuk melakukan solat tahajud.
Moga bermanfaat dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment