Wednesday, 13 January 2016

KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI

Assalamualaikum wbt sahabat sekalian. 
Apa khabar iman kalian? Harapnya molek-molek belako deh. Kalau rasa tak berapa sihat iman itu, cari balik di mana kurangnya ya. InsyaAllah. 
Maaf dah lama tak update blog atas asbab-asbab tertentu. Heee ~~

Haaaa, hari ni saya nak bercerita sedikit kepada kalian tentang "KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI" . Haaa nak tahu apa yang saya maksudkan ini , jom ikutikan kisah@analogi di bawah ini ya. Moga bermanfaat. InsyaAllah.



--------

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk bekas pelajarnya. 
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan. Ada yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja. Ada yang nampak murah. Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa bekas pelajarnya agar melayan diri. Masing-masing pergi ke meja tempat yang dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

"Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan.." 

Beliau kemudian menyambung.
"Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan. Saya pasti cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum."

"Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu. Bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus. Sekarang cuba anda fikirkan,KEHIDUPAN adalah ibarat kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan. Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN. 

Rupa dan jenis cawam tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu. Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA. 

Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara. 

Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sunguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna. Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan. 

- The End -

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video yang bertajuk "Life is Like A Cup of Coffee".

Semoga bermanfaat. 

Wednesday, 18 November 2015

ZINA: TANPA DISEDARI KITA MELAKUKANNYA .




“ Eh Man, kau ingat tak awek cun yang kita jumpa hari tu?.”
“Entah la aku tak perasan.kenapa kau tanya pasal tu?”
“ Kau nak tahu tak, tadi aku ada call dia tau. Lama jugalah kami bersembang. Seronoknya. Rasa bahagia je harini”.
“Hah, kau call dia? Ada hal apa kau call dia?”
“Tak ada ape la, saja je sembang-sembang. Nak kenal-kenal. Aku ingat nak ajak dia keluar la lepas ni. Kau rasa ok tak?”
“Ishhh. Aku rasa tak perlulah sampai nak keluar” “Alaa. Aku nak ajak keluar je pun bukan buat apa-apa. Hmm.cemburulah tu”.
“Aku bukan cemburu ke apa tapi, kalau kau keluar berdua, syaitan menjadi yang ketiga. Tak baik macam tu”.
“Tak baik apanya aku cuma ajak keluar jalan-jalan je. Bukan buat benda lain pun.benda kecil je pon. Takkan itu pun tak boleh.”
“Daripada benda-benda kecil ni lah boleh menjadi perkara yang besar macam berzina. 
Meh sini aku terangkan sedikit tentang perkara ni”.

---------



Apa itu zina?

Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak ( bukan pasangan suami isteri ) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif(persetubuhan yang meragukan).

Jenis-jenis zina.
  1. ·         Memandang wajahnya adalah zina mata.
  2. ·         Berbicara dengannya adalah zina lisan,
  3. ·         Merindukannya adalah zina hati,
  4. ·         Memegang tangannya adalah zina tangan
  5. ·         Bersetubuh dengannya adalah zina kemaluan.

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin”.
(hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim dari ibnu Abbas dan Abu Hurairah)
Impak zina
  1. ·         Menghancurkan masa depan anak kerana anak yang dihasilkan dari perhubungan penzinaan akan menghadapi masa kecilnya dengan perasaan yang tidak bahagia kerana tidak memiliki identiti bapa yang jelas.
  2. ·         Menimbulkan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti AIDS jika penzinaan dilakukan dengan berganti-ganti pasangan.
  3. ·         Mendorong perbuatan dosa yang lain seperti menggugurkan kandungan.


Cara menghindari zina.
  1. ·         Jangan melakukan perkara yang menjurus kepada perbuatan zina seperti berpacaran, berbalas mesej yang tidak penting, menonton filem prono, dan sebagainya.
  2. ·         Menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dengan menghadiri majlis ilmu.
  3. ·         Membaca Al-Quran sambil merenungi tafsirnya, mengindahkan sabda-sabda Nabi saw.
  4. ·         Mendengar nasihat daripada para ulama tentang kepentingan menjauhi dosa.

 “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakkan”(surah Al-Isra’ : 32)