Hijab Wanita Islam
Hijab bererti tabir, tirai atau
dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam
Islam daripada pandangan lelaki ajnabi.Rasululullah SAW menyatakan bahawa
wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.
Firman Allah SWT : “
katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah
mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka dan memelihara
kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”( surah An-Nur ayat 30)
Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas
aurat wanita ialah :
( surah An-Nur ayat 31)
Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan
jalan wanita
TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah
menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya.
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau
mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak
sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan
perkataan yang memberahikan.
Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata
dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian
itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh
tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai
dan sopan). "(Surah Al-Ahzab: 32)
Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai
dalil bahawa suara wanita adalah aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di
kalangan pihak yang berpendapat suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak
boleh bertutur dengan gaya yang boleh menimbulkan tarikan lelaki
terhadapnya.
*Terdapat juga persoalan mengenai bolehkah
wanita berdakwah melalui nasyid? Jawapannya boleh dirujuk di sini
*Gaya jalan
Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan
seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah
An-Nur: 31)
Ayat ini mengharamkan wanita memakai
pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu
berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan
merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini
juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng
yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh
badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan
memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang
memakai hijab pakaian.
*Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang
terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis
Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya
mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)
*Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek
ini kerana hadis berikut yang bermaksud:
"Andaikata kepala salah seorang dari kamu
dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita
yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)
Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang
menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab
yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.
*Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga
memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini
berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah
agar mereka menundukkan pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31)
Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas
orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup
aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan
yang dibenarkan begitu juga lelaki.
*Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias
diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:
... dan janganlah kamu mendedahkan diri
(bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)
Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan
tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau
untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang
berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan
yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas
wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah
wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya.
Batas-batas
ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang
ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.
p/s: InsyaAllah moga ia menjadi peringatan buat
diri ini dan buat semua kaum muslimah.Jaga diri, Hiasi peribadi.
" Dunia adalah perhiasan
dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"
p/s :
menutup aurat itu adalah lebih manis dan lebih baik di pandang
sekian
wassalam
menutup aurat itu adalah lebih manis dan lebih baik di pandang
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment