Jom Ketahui Bulan2 Islam
Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami dari barisan penggerak PMH ingin kingsikan sedikit informasi berkaitan bulan-bulan islam.Mungkin selama ini kita terbiasa dengan bulan-bulan yang diperkenalkan barat.Apa salahnya kita mengenali bulanbulan islam yang jauh lebih sempurna dan indah namanya ini.
Entri kali ini kami dari barisan penggerak PMH ingin kingsikan sedikit informasi berkaitan bulan-bulan islam.Mungkin selama ini kita terbiasa dengan bulan-bulan yang diperkenalkan barat.Apa salahnya kita mengenali bulanbulan islam yang jauh lebih sempurna dan indah namanya ini.
Bulan
dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk
kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan
Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi
Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama
bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan
penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharram
Muharam
ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai
bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar
adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab
ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan
sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal
dan Rabiulakhir
Rabiulawal
dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan
bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam
yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal
dan Jumadilakhir
Jumadilawal
(Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan
ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan
musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada
Jamadilakhir.
Rejab
Rejab
adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut
sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta
pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah
dibuka.
Syaaban
Syaaban
bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam
mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah
ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari
air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan
merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar,
kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung
Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat
Islam.
Syawal
Syawal
pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu
ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud
sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan
bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri
selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim
merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan
hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah
merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum
Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang.
Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah
adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu
al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan
Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah).
Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan
Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.
(Sesungguhnya
bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di
waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram
(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan
perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu
semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). Surah
Al-Taubah : 36.
Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).
p/s :
jadikan setiap bulan ini sebagai bulan untuk menyuburkan islam di dalam hatimu
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment