30 Pesanan Imam Syafie kepada Umat Islam.
1. Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di
dunia dan akhirat.
2.
Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal
akhirat daripada menyebut hal dunia.
3. Pilihlah
makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4. Sabar
menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri
memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih
sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian
setinggi-tinggi erti syukur.
5. Apabila
salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu
perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan
dicintai Allah.
6. Marah
adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu,
hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak yatim
dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi
anak-anak yatim di akhirat.
8. Berbuat
baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah
sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah
keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9.
Banyakkanlah beramal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin
dan pelindung daripada serangan iblis.
10. Takwa
adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok
zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
11. Iman
mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya.
Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima
perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila
ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat dan
zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan
hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk
secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah
khusyuknya orang pilihan disisi Allah.
14. Kubur
adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh
dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan lah jawapan yang adil dan benar menerusi
amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita
perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan
mengucapkan “Auzubillahi minassaitathanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya
serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah
Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih
hebat daripada perang sabil.
16.
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain
sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati
adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan
dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan
kebatilan.
18.
Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari
ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19.
Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi maaf
kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan
meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20.
Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa
aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya
dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah
ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia
dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22. Sesiapa
yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara
berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu
seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti
(dihimpit) tanah.
24. Sesiapa
yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan
diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat pertolongan
Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud,
dan adalah menjadi hak (tanggungjawap) kami untuk menolong orang yang beriman.
27. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada
Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud,
Allah membela orang yang beriman.
28. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti akan menaikkan
darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya
seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud,
Allah penolong (wali) bagi orang-orang yang beriman.
29. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus
sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “Allah
akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.
30. Allah
menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik
dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana
pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk
kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit
dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa
mereka disebabkan perbuatan mereka.
Renung-renungkan….
sekian
wassalam
wassalam
No comments:
Post a Comment