Doa Malaikat & Pahala Besar
Mengiringi Mereka Yang Berada Di Saf Hadapan
Assalamualaikum wbt
Kali ini kami dari barisan penggerak ingin membawa antum sekalian berfikir sejenak berkaitan tentang saf di dalam solat.
Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Kali ini kami dari barisan penggerak ingin membawa antum sekalian berfikir sejenak berkaitan tentang saf di dalam solat.
Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat
di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di
saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat
ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua:
“Sesungguhnya
Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang
pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Inilah bukti
anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di
barisan pertama.
Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat
bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Seandainya
manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian
untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk
mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf
depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur
meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai
di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil
peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita
sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat.
Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?
Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan
solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf
itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat
berjemaah.
Marilah kita
hayati peringatan Nabi SAW ini:
“Sebaik-baik
saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang
terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling
buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat
berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di
kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama,
lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:
“Ke
hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas
kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama)
sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat
Muslim).
Perhatikan
baik-baik akan sabda Nabi SAW itu.
“….akan datang selepas kamu satu kaum yang
berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan
Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan:
“Hadirilah
solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan
berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga
walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak
membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan
biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang,
sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir
dengan imam.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat
seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat
dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah
p/s :
sedangkan sujud itu adalah waktu seorang hamba itu
benar-benar rapat pada penciptanya iaitu Allah SWT...
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment