Assalamualaikum wbt
Kali ini,kami ingin mengetengahkan sesuatu berkaitan Surah Al-fatihah.Surah al-fatihah adalah ibu kepada al-quran.Sudah pasti kita yang islam ini mengetahui apa itu surah al-fatihah dan sentiasa membacanya did alam solat kita.Namun adakah kita benar-benar tahu tentang surah ini?Atau kita sekadar memenuhi syarat sah solat dengan hanya membacanya di bibir sahaja?Tepuk dada tanyalah iman antum sekalian.
Namun,ia bukanlah satu petanda yang kita semua berterusan tidak mengetahui kebesaran surah ini,jadikan setiap hari sebagai hari untuk menambah ilmu dan menebalkan iman kita.Insyallah..
Jom kita semua ketahui tentang surah al-fatihah ini..
Baca dan
ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita
dapat. InsyaAllah.
1. Untuk
membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa
ingat dan kasih pada anda :
- Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk
mengubati penyakit yang kritikal:
- Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
- Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk
merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
- Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
- Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk
mengurangkan kesakitan yang melampau:
- Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
- Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk
menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis
ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
- Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk
merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah
keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
- Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
- Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara
yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan
beberapa syarat:
Percaya dan
yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam
jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh
keistimewaan)
p/s :
Baca dengan
penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”
Tawakal
sepenuhnya pada Allah
Gunakan
amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah
yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
sekian
wassalam
Sumber ilmu
: Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )
No comments:
Post a Comment