Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami barisan penggerak PMH ingin bertanya kepada antum semua...
Siapa dia Nabi Muhammad saw..??
Entri kali ini kami barisan penggerak PMH ingin bertanya kepada antum semua...
Siapa dia Nabi Muhammad saw..??
Apakah kelebihan baginda??
Adakah kita menyanyangi baginda sepertimana baginda sayang kepada
kita?
Sayangkah kita pada baginda jika mendengar nama baginda disebut tetapi berat mulut mengucapkan salam dan selawat kepada baginda?
Sayangkah kita pada baginda jika mendengar nama baginda disebut tetapi berat mulut mengucapkan salam dan selawat kepada baginda?
Sayangkah kita pada baginda andainya kita berat melakukan
sunnahnya walaupun dengan hanya menjaga ukhwah sesama saudara kita?
Sayangkah kita kepada baginda jika lalai dalam menjalankan
tanggungjawab sebagai umat baginda??
Ana tidak mahukan jawapan antum,cukuplah sekadar menjawab di hati antum sahaja...
Di dalam entri ini,ana dan barisan penggerak ingin mencerahkan apakah antara kelebihan mengucap selawat kepada baginda....<<semoga antum tersenyum membaca entri di bawah>>
Ana tidak mahukan jawapan antum,cukuplah sekadar menjawab di hati antum sahaja...
Di dalam entri ini,ana dan barisan penggerak ingin mencerahkan apakah antara kelebihan mengucap selawat kepada baginda....<<semoga antum tersenyum membaca entri di bawah>>
1.
melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. bersamaan
dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.
3. mendapat
ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan
4. bersamaan
dengan selawat para malaikat
5.
dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan
oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan
oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa
akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
9. mendapat
syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
10. mendapat
keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah
s.w.t. akan menutupi segala dukacita
12.
dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. mendapat
darjat al-sidq
15. selamat
sejahtera pada hari kiamat
16. Allah
s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat
khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
18. selamat
sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19.
Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang
dibacakan
20. mudah
mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat
kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak
akan merasai fakir
23.
terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
24. mendapat
kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
25. selawat
akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26.
menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut
padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27.
berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut
“Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu
dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
28. selamat
melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29.
terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut
oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat
keberkatan Alalh
32. mendapat
kesempurnaan iman
33. kasih dan
cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. mendapat
hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati
Allah s.w.t.
35. setiap
selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara
langsung
36. teguh
pendirian dengan kebenaran
37.
berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah
s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah
s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38.
berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat
yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
39. mendapat
balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
40.
berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah
s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
41. antara
kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran
Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya
42.
dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
"Telah
diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
" Sedang aku
menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada
tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah
Sollallahhu'alaihiwasallam Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana
cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya
wajahmu!
Seterusnya aku bertanya:
" Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari
kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." aku bertanya
lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang
yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke
atasku."
Latihlah diri antum & ahli keluarga antum untuk mencintai baginda. Kemudian lazimkanlah berselawat kepadanya 10X pagi dan 10X petang. Berselawat kepadanya adalah tanda kecintaan. Mudah-mudahan baginda akan mengenali kita & memberi syafaatnya di padang mahsyar nanti.Insyallah
Latihlah diri antum & ahli keluarga antum untuk mencintai baginda. Kemudian lazimkanlah berselawat kepadanya 10X pagi dan 10X petang. Berselawat kepadanya adalah tanda kecintaan. Mudah-mudahan baginda akan mengenali kita & memberi syafaatnya di padang mahsyar nanti.Insyallah
p/s :
tidakkah kita mahu melihat sinar di muka Nabi Muhammad saw di akhirat kelak?
sekian
wassalam
sekian
No comments:
Post a Comment