Konspirasi Yahudi - Bunyi Seakan Raksaksa Di Pahang Pada 2010
Assalamualailum wbt
Kali ini kami ingin berkongsi sedikit infomasi berkaitan konspirasi Yahudi.
Kisah ini
berlaku antara 2010, mungkin sebahagian orang pahang masih ingat akan gegaran
yang berlaku selama 3 minit .. Berikut antara petikkan yang pernah disiarkan
oleh RTM .. Kita kaji sedikit asal usul Dajjal yang selama ini mereka menyangka
ianya seekor raksasa.
“Semalam.
siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman
yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya.
kpd semua yg bergelar muslim,hari ni pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia
mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel
bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk
naik ke muka bumi.oleh itu,kita disuruh sentiasa tak berhenti melaungkan azan
dan solat '..
Di antara
keratan yang disebut ialah : “menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah
suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi” Siapakah ulama yang
berpandangan sedemikian?
Ulasan
1. Dajjal bukanlah seekor raksasa, tetapi ia hanyalah seorang manusia biasa
yang agak rendah, bermata buta sebelah, sebelah mata lagi mengalami cacat,
jarak antara dua kakinya yang agak lebar, berambut kerinting, berwarna coklat
gelap, pipi kemerah-merahan, terdapat bonggol sedikit di bahagian belakang dan
sebagainya. Dajjal seorang berbangsa Yahudi, dan mandul.
(Riwayat Abdullah bin Umar, Shahih Bukhari : 6595 dan 5218 / Riwayat Nuwwas bin
Sam’an, Shahih Muslim 5228 / Riwayat Ubadah bin Shamit, Sunan Abi Daud 4322 /
Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8124 / Riwayat Huzaifah, Shahih
Muslim : 5222 / Riwayat Anas, Shahih Bukhari : 6598)
2. Dajjal bukanlah sedang berada di bawah tanah. Kerana seorang manusia tidak
mampu untuk hidup di situ. Bahkan, dia sedang berada di satu tempat (sudah
wujud semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ini bermakna, Dajjal sudah lahir,
tetapi belum menzahirkan dirinya). Dajjal akan muncul (zahir) ketika umat Islam
di satu masa yang ditetapkan oleh Allah. Iaitu ketika manusia dalam kesesatan,
dan jauh daripada agama dan ilmu. Tiada cara untuk menyekat kemunculannya.
(Riwayat Amran bin Hasin, Musnad Imam Ahmad : 19142 / Riwayat as So’bi bin
Jathamah, Kanzul Ummal : 38817 / Riwayat Abdullah bin Umar, Sunan Abi Daud 3704
)
4. Dajjal akan muncul di Khurasan, atau kawasan berhampiran Iraq, Iran dan
Palestin. Sila rujuk peta dunia. Dia tidak muncul dari Malaysia, atau Pahang.
(Riwayat Fatimah binti Qais, Shahih Muslim : 5235 / Riwayat Abu Hurairah,
Shahih Ibnu Hibban : 6792 / Riwayat Abu Hurairah, Majma’ Zawa’id : 12543 /
Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8099 / Riwayat Sa’id bin Musayyib,
Musnad Ibnu Abi Syaibah : 38654 / Riwayat Saidina Abu Bakar, Kanzul Ummal :
27948 / Riwayat Anas bin Malik, Musnad Imam Ahmad : 13344 / Riwayat Abdullah
bin Umar, Musannif Ibnu abi Syaibah : 38693)
5. Dajjal muncul selepas kemunculan Imam Mahdi. Hari ini, Imam Mahdi masih lagi
belum muncul. Sebahagian pandangan mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul
setelah kembalinya sistem khilafah.
(Musnad Imam Ahmad : 2796 / at Tariq Ila Jama’atil Muslimin : ms 97 / Amin bin
Muhammad Jamaluddin Phd al Azhar : Perang Amergeddon, Penjelasan Terakhir Buat
Umat Islam ms 47 - 96 / Abdul Salam bin Abdul Wahab Towilah : al Masih al
Muntazhor Wan Nihayah al Alam / Muhammad Ismail Muqadam : Fiqh Asyratis Sa’ah )
Kesimpulannya....
Dajjal hampir muncul kerana keadaan zaman ketika ini yang telah menunjukkan
beberapa tanda kemunculannya. Walhal, ia bukanlah seekor raksasa, atau sejenis
binatang yang mengaum. Tanda-tanda kemunculannya ialah berlakunya banyak gempa
bumi. Tetapi bukan disebabkan Dajjal sedang menyorok di bawah sana..
WaLlahua'lam.
Entri ini
dimasukkan bukan untuk membuat hati antum semua membengkak dengan yahudi,tetapi kami mahu antum semua nilaikan apakah kita sudah cukup bersedia dengan
kosnpirasi mereka untuk menjadi umat akhir zaman yang terbaik?
sekian…
wassalam :-)
daripada :
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar
No comments:
Post a Comment