Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami ingin berkongsi sedikit tentang muslimah Islam.Jom kita baca bersama...
1. Jaga solat
pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk
atas tikar sejadah supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.
2. Hidupkan
Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat
Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar
anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al
Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana
terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa
saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”
4. Mendidik
anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya.
5. Hidup
sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar
500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan
air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah
swt atas wanita tersebut.
6. Galak
suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan
suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri.
Mudahan-mudahan
ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya
hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan…
amin
sekian
wassalam
amin
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment