Kali ini kami ingin kongsikan beberapa amalan Nabi Muhammad saw yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian sebagai satu ikutan.
Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
.
1.
Senyuman
2. Dahulukan Kanan
3. Berpakaian
4. Bercelak
5. Memakai Cincin
6. Makan
7. Minum
8. Bersilaturrahim
9. Berjalan
10. Berkata
11. Tertawa
12. Bergurau
والله أعلم بالصواب
Abdullah
bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah
aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah
Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
Daripada
Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih
suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai
terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
Ummu
Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh
Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian
Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
Ibnu
Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak
(Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu
(mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
Ali
bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
Ka’ab
bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda
menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
Ibnu
Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat
Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
Rasulullah
SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan
kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan,
adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali
silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan
bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
.
Ali
bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang
landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
Anas
Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami
(oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
Abdullah
bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi
wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
Anas
bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi
wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil,
‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung
nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah
r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari,
RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak
tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda
meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian
tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh
Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi,
Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca
al-Quran
Ya’la
bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah,
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat
jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu
Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi
wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau
bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa
Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?”
Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba
yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)
p/s :
Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar
Jadikan ia satu ikutan agar kita benar-benar menjadi umatnya
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment