Dahulukan yang Kanan...
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah detik ini saat ini,kita semua masih diberi nikmat nafas untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.Alhamdulillah..Insyallah ruang yang diberi ini mungkin sebagai medan untuk kita memperbaiki diri.Amin.Entri kali ini kami ingin berkongsi tentang salah satu sunnah atau amalan nabi Muhammad saw semasa masih hidup.Jadi apa salahnya kita ambil masa baca sedikit maklumat ini dan ambil pengajaran darinya untuk dijadikan amalan.
syukran....
Alhamdulillah detik ini saat ini,kita semua masih diberi nikmat nafas untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.Alhamdulillah..Insyallah ruang yang diberi ini mungkin sebagai medan untuk kita memperbaiki diri.Amin.Entri kali ini kami ingin berkongsi tentang salah satu sunnah atau amalan nabi Muhammad saw semasa masih hidup.Jadi apa salahnya kita ambil masa baca sedikit maklumat ini dan ambil pengajaran darinya untuk dijadikan amalan.
syukran....
Allah
berfirman dalam kitab Nya.
“ Dan
golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu”
Allah S.W.T
telah peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan dan kemajuan. Nabi
S.A.W suka memulakan dengan kanan dalam setiap urusannya. Seperti yang diriwayatkan
dalam banyak hadith Rasulullah S.A.W suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika
makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan. Kebanyakan urusannya,
baginda suka mulakan dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain
baginda suka menggun tangan kanan. Jika kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W
pasti kita akan suka dengan apa yang disukai oleh Nabi S.A.W. Nabi S.A.W suka
dalam mendahulukan bahagian kanan . Perkataan penting disini bagi Nabi S.A.W ia
bukan sekadar amalan tetapi kesukaan baginda.
Kita patut
mencontohi Nabi S.A.W dalam semua perkara. Nabi S.A.W pada peristiwa Hajjatul
Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut baginda telah ditegur oleh
Nabi S.A.W :
“Mulakan
cukur dari bahagian kanan”
Nabi S.A.W
mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan kanan. Kita sentiasa
mengingatkan para pemuda dan sahabat kita ia satu amalan sunnah, jika kita
belajar dan mengajarnya kepada orang lain kita akan mendapat banyak ganjaran.
Contoh kalau
kita pergi ke kedai gunting, kita akan ajarkan dia dengan berkata
“ Ya fulan,
sunnah Rasulullah S.A.W baginda suka dahulukan mencukur di bahagian kanan
sebelum bahagian kiri. Lebih baik kau ikut sunnah Rasulullah S.A.W. Berapa
banyak kau gunting dalam sehari?”.
Dia mungkin
jawab : “10,20 kali dan yang terkenal mungkin 40 kali sehari”.
Jika kita
congak kebiasaannya 20 kali sehari, jadi dalam setahun sebanyak 7 ribu kepala
telah dia guntingkan. Maka kita telah hidupkan sunnah Nabi S.A.W sebanyak itu.
Apabila kita ajarkan mereka tentang sunnah Nabi S.A.W. Dengan itu kita telah
sebarkan sunnah Rasulullah S.A.W yang asing bagi orang lain.
Fakta sains
telah membuktikan seluruh pergerakan tubuh dalam tubuh manusia bergerak
mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan bermula dari bahagian kanan
dan bergerak ke kiri. Ambil dan memberi dengan tangan kanan adalah sunnah
harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi sudu, pinggan, kertas dan
pensil. Berapa kali kita menjamu selera? Sebahagian kita banyak dalam
berinteraksi seperti penjual atau juruwang dan penjual di pasar raya. Berapa
kali mereka megambil dan memberi duit atau bil bersama pelanggan? Ratusan kali,
paling minimum 200 kali dalam sehari. Bermakna dalam setahun dia melakukannya
sebanyak 70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi
tersebut.
Satu kisah
tentang Nabi S.A.W suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk untuk
minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau 5
tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi
S.A.W minum, dia suka mendahulukan kanan. Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan
berkata :
“ Izinkan aku
berikan minuman kepada mereka dahulu.”
Lalu dia
menjawab :
“Ya
Rasulullah, takkan ada yang membantahmu.”
Maka Nabi
S.A.W berikan minuman kepadanya dahulu. Lihat! Satu modul. Sunnah mendahulukan
kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar r.a seorang tokoh dan alim, tetapi
sunnah mendahulukan kanan diutamakan. Saya perlu mendidik anak saya jika
memberi air atau kurma dia perlu bermula dari sebalah kanan biarpun di sebelah
kiri saya lebih tua, penting dan alim. Inilah sunnah Rasulullah S.A.W.
Mendahulukan
kanan sunnah bagi seluruh para nabi. Di dalam kitab-kitab agama samawi,
penganut agama terdahulu menggunakan tangan kanan ketika makan dan menyukai dalam
mendahulukan kanan. Indahnya! Manusia boleh merasakan bersangka baik pada Allah
S.W.T. Kita gunakan tangan kanan ketika menerima sesuatu,ketika menyikat
rambut. Mulakan kanan sebelum kiri. Masuk ke rumah dengan kaki kanan. Masuk ke
masjid dengan kaki kanan. Kita pentingkan bahagian kanan. Pada hari kimar
nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku amalan mereka dengan
apa? Mereka akan mereimanya dengan tangan kanan mereka.
Seperti
firman Allah S.W.T tentang mereka :
“ Sesiapa
yang diberi menerima surat amalannya dengan tangan kanannya”
Mendahulukan
kanan dalam siu etika. Dalam etika makan perlu guna tangan kiri atau
seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah sunnah Nabi kita dan para nabi.
Nabi S.A.W
pernah menasihati seorang lelaki,
“Jangan makan
dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya.”
Syaitan suka
menggunakan tangan kirinya dan Nabi S.A.W suka menggunakan tangan kanannya.
Siapa yang
awak lebih sayangkan? Siapa yang menjadi teladan? Dan sunnah siapa yang adan
pilih? Prihatinnya kita terhadap amalan sunnah Rasulullah S.A.W takkan
menjadikan kita mundur atau kolot. Sebaliknya jika kita berpegang dengan sunnah
Nabi S.A.W Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.
Jika kita
berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan, akan bertambah cintanya
Allah kepada kita. Memberikan nikmat cinta Nya kepada kita. Sunnah Nabi begitu
bernilai bagi hidup kita jika penghayatan sebegitu. Perjalanan hidup kita
mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
p/s :
p/s :
alangkah indahnya hidup kita
andai menghidupkan sunnah nabi dalam kiehidupan seharian kita
sekian
wassalam
andai menghidupkan sunnah nabi dalam kiehidupan seharian kita
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment