Assalamualaikum
Dipagi sabtu yang indah dan hujan renyai-renyai ini,kami dan barisan PMH ingin kongsikan sesuatu berkenaan Kamal At Tartuk.Mungkin ada yang tahu mengenai dirinya,namun bagi yang belum mengetahui,cubalah intai sejenak apa yang telah dilakukan oleh Kamal At Tartuk kepada umat Islam di Turki.
Ambillah iktibar agar menjadi garis panduan menjadi mujahidin dan mujahidah Islam yang gitu dan mantap akidah agar tidak dimanipulasi oleh insan seperti Kamal At Tartuk ini.Insyallah,amin
Jom isi waktu pagi antum semua dengan sedikit ilmu ini...
Siapa Dia
Kamal At-Tartuk???
<<jom
ketahui siapa dia dan mengapa kita perlu tahu tentangnya>>
Inilah yang telah menggugat Islam di Turki...
Pertama sekalinya...<<siapa dia Kamal At Tartuk>>
Mustafa Kamal
At-tartuk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk
bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang bertanggungjawab
meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang
ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda
Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan kastam.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul
‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al- Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah
Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.”
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600
buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi
masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas
Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H
(1957M):
“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian
daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah
yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara
senyap-senyap.”
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera
Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar
pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera
di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M).
Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di
Salonika.
Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama
islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah
mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia
Islam.
Beliau telah mengubah ucapan Assalamualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat
Datang). Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan
Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang
menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan
Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan
Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila
beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya
dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di
Balkan Darnadil meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera
Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten
dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan
yang disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk
dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara
tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari
tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan
kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan masing-masing untuk beberapa bulan.
Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah
meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli.
Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di
Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh
Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke
sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh
sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai
spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara
sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya
menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada
Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta
khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.
Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana
Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H (1918-1919M) dan meminta
khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka
kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya
Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan
satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada
pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai,
manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama
beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai
wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah
dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang
bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak
Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek
melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka
menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah
yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan
menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan
Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke
Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang
menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang
genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan
belaiu daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk
tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada
baginda, “Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan
beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan
beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang
meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama
satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah
mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata
yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi
pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan.
Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah
pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari
selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan
sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini
dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah
tertipu dengan tindakan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka
sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang
mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki
hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai
kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan
Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki,
manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian
Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar
menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu
perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang
agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal
sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa
adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat
mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai
untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam
untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila
Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen
Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan
Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon
membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan
kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.
Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata,
“Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat
mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod ini
terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah
seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah
meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari
sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun
setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk,
mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu
mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam
urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam
daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek
kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen
Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan
perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang
islam mengerjakan Ibadah Haji.
Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan
wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat,
melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya
Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang
termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara
Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para
penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang
akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti
Rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya
sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya
mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan
kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran
daripada arak sehinggalah wanita.
Kamal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa
Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada
kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan
jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam
Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal
Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republik
Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia
dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah
sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam
perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah
Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman
Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan
antara lelaki dan wanita.
11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia
menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat
dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa
Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran
dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan
Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan
oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan
yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga
sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan
menggantikannya dengan kalender Barat.
22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat
supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan rasminya oleh
Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan
hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.
Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan
surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga
akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya,
yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang
amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam
tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan
mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan
semahu-mahunya.
Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil.
Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. Di saat
kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga
beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah
berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal
seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan
kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan
untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, rasa panas tidak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan
kepanasan yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar
jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab telah
menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan
beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas
dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938,
beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu
beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi,mengkafan dan menyembahyangkan
mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa
ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa,
mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama
Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya.Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit
ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk”.
p/s :
ingatlah walau apa pun yang kita lakukan,Allah sentiasa melihat dan mengetahui isi hati kita..
sehebat mana kuasa yang kamu miliki
setinggi mana ilmu kami julang
semegah mana kamu menidakkan islam
ingatlah
Allah itu Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment