Bila Hati Sudah Tertutup...
Assalamualaikum wbt
Kali ini kami dari barisan penggerak ingin berkongsi sedikit info berkaitan hati.Di dalam al-quran sahaja ada hampir 180 ayat yang berkaitan dengan hati manusia.Jadi jom kita ketahui tentang hati yang mati dan bagaimana menghidupkannya semula.
Hatinya mati apabila.....
Hatinya mati apabila.....
1.
mengaku kenal ALLAH S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-NYA.
2.
mengaku cinta kepada RASULULLAH S.A.W, tetapi mengabaikan sunnah
baginda.
3. membaca
al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4. memakan
nikmat ALLAH, tetapi tidak mensyukuri pemberian-NYA.
5.
mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. mengaku adanya
nikmat Syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.
mengaku adanya Seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian
pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan
diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar
dan menguburkan jenazah saudara, tetapi tidak mengambil pengajarandaripadanya.
ciri manusia
yang hatinya sudah mati antaranya adalah:
~ kurang
berinteraksi dengan kebaikan.
~ kurang
kasih sayang kepada orang lain.
~ tidak
menolong orang.
~suka
kemungkaran.
~menurut hawa
nafsu.
~lalai dengan
kebajikan
~suka berbuat
maksiat.
ada 3 perkara
apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati:
a) SOLAT
-
meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. terjerumus dalam
perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.
b) SEDEKAH
-
meninggalkan sedekah beerti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan.
mengambil berat mengenai perhubungan sosial tanda bukti keimanan kita.
c) ZIKIR
- tidak
mengingati ALLAH dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras
membatu sehingga tidak bileh menerima nasihat dan ajaran agama. zikir akan
memberi ketenangan hati. orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan
tidak mahu berbuat mungkar.
p/s :
p/s :
rawatlah hati kita semua selagi diberi hati
balutlah ia selagi ia masih boleh dibalut
dan bajalah ia selagi boleh dibaja...
kerana dengan hatilah kita mengenal indahnya Islam...
sekian
wassalam
balutlah ia selagi ia masih boleh dibalut
dan bajalah ia selagi boleh dibaja...
kerana dengan hatilah kita mengenal indahnya Islam...
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment