9 Mimpi Nabi Muhammad saw
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam
aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut
dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu
terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhan kepada kedua ibu bapanya..
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkata wudhuknya yang sempurna..
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan
iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang telus ikhlas kepada Allah swt..
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada
api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut
ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala puasanya yang ihlas kepada Allah swt memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk
berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurna sambil ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di
sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah
pahala menunaikan haji dan umrah yang ikhlas kerana Allah swt lalu mengeluarkannya dari
kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka
tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah sifat silaturrahim dan sifat tidak suka bermusuh-musuh dengan umat ku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka
segeralah menjelma pahala sedekah yang ikhlas kerana Allah swt lalu menabir
muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
telah bersabda rasullah :
sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat..
sekian
wassalam
wassalam
No comments:
Post a Comment