Friday 22 November 2013

Almarhum Ahmad Ammar "syahid yang tertangguh"

Assalamualaikum wbt


Dalam kenangan 
Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman

Apa khabar sahabat sekalian?Diharapkan sihat-sihat belaka insyallah,amin. Entri kali ini bukan lah bersifat ilmiah atau pun pengetahuan yang menjurus kepada Islam itu sendiri, Cuma ia sekadar ingatan mudah untuk kita menjadi lebih baik. Mungkin sebelum ini, kita semua telah digemparkan dengan insan yang bernama Ahmad Ammar Bin ahmad Azam yang tiba-tiba menjadi fenomena dalam dunia Islam dan sekitarnya.Mungkin beliau tidak sepopular insan lain yang membawa islam ke medan dakwah yang besar, namun mengetahui tentang beliau sudah cukup menyentuh hati dan membuatkan kita tertanya-tanya adakah kita berupaya berbuat sesuatu yang serupa dengan apa yang beliau telah lakukan?Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa almarhum yang dipilih dan bukan icon islamik lain yang lebih dikenali?

Almarhum Ahmad Ammar atau panggilan ringkasnya Ammar sememangnya telah dipersiapkan oleh ibu bapanya untuk menjadi seorang pejuang agama dan penyampai dakwah Islam kepada sekelilingnya. Sedari kecil hinggalah berumur 20 tahun, almarhum dipersiap menjadi pemuda yang cintakan agamanya dan cintakan dakwah yang dibawanya.

Walaupun namanya tidak dikenali sebagai kalangan hafiz al quran, bukan di kalangan agamawan dan bukan juga insan seni yang ternama dalam memperjuangkan Islam, namun insyallah almarhum adalah di kalangan mereka yang mendukung Islam dan dakwah ke jalan Allah swt. Diusia yang muda,almarhum banyak berjasa pada  penduduk Turki dan berjasa dalam misi-misi kemanusiaan yang disertainya di Syria. Diusia yang muda,almarhum menyuarakan hasrat hati untuk syahid di bumi al-fateh. 

Siapa meyangka Allah swt Maha mendengar dan Maha Mengetahui, permintaan almarhum di dengar oleh Allah swt, apabila pada tanggal 2 November 2013 jam 1.30 petang, malaikat Izrail menjemput nyawa almarhum di bumi Turki. Permintaan almarhum ditunaikan di bulan muharam. Allahu akhbar…

Almarhum disemadikan di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap laut Golden Horne yangjuga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyah dan masyarakat lain di Turki. Almarhum juga disemadikan di sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.Allahu akhbar

Sungguh, hidup almarhum bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasanya  juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 

Persoalanya di sini, di usia muda kita sendiri, adakah kita pernah berniat untuk..
mendaulatkan Islam di dalam diri kita seteguh-teguhnya?
Menyampaikan dakwah di sekeliling kita secara istiqomah?
Berniat syahid di jalan Allah swt?
Membantu insan-insan yang memerlukan di sekeliling kita?
Mempersiapkan dan memperelokkan sahsiah kita saban hari?

Atau
kita hanya sibuk mempersiapkan diri ke kuliah saban hari dan mungkin terlupa akan niat sebenar kita ke kuliah saban hari?
sibuk mencaci yang susah dan menghina yang serba kekurangan?
kita sibuk melihat kesusahan orang lain dan berpeluk tubuh?
kita sibuk menjadi remaja dan dewasa yang mengejar trend dan teknologi di hujung jari?
Atau pun kita juga sibuk melangkah satu persatu tangga kejayaan tanpa membawa Islam yang diwariskan?..

Mungkin kita tidak mampu menjadi sehebat ustaz dan uztazah, tidak mampu menjadi hafiz dan hafizah dan kita juga mungkin tidak mampu menjadi seteguh iman mujahid dan mujahidah, namun cukuplah andai kita menjadi insan yang istiqomah dalam menjadi muslimin dan muslimat yang teguh iman dan taqwanya kepada Allah swt.

Sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya tidak terlambat lagi untuk berazam untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. Insyallah, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.Amin

Alfatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman

Jadikan setiap saat dan detik
sebagai titik menajdi lebih baik
sekian, wassalam
<ds>