Wednesday 18 November 2015

ZINA: TANPA DISEDARI KITA MELAKUKANNYA .




“ Eh Man, kau ingat tak awek cun yang kita jumpa hari tu?.”
“Entah la aku tak perasan.kenapa kau tanya pasal tu?”
“ Kau nak tahu tak, tadi aku ada call dia tau. Lama jugalah kami bersembang. Seronoknya. Rasa bahagia je harini”.
“Hah, kau call dia? Ada hal apa kau call dia?”
“Tak ada ape la, saja je sembang-sembang. Nak kenal-kenal. Aku ingat nak ajak dia keluar la lepas ni. Kau rasa ok tak?”
“Ishhh. Aku rasa tak perlulah sampai nak keluar” “Alaa. Aku nak ajak keluar je pun bukan buat apa-apa. Hmm.cemburulah tu”.
“Aku bukan cemburu ke apa tapi, kalau kau keluar berdua, syaitan menjadi yang ketiga. Tak baik macam tu”.
“Tak baik apanya aku cuma ajak keluar jalan-jalan je. Bukan buat benda lain pun.benda kecil je pon. Takkan itu pun tak boleh.”
“Daripada benda-benda kecil ni lah boleh menjadi perkara yang besar macam berzina. 
Meh sini aku terangkan sedikit tentang perkara ni”.

---------



Apa itu zina?

Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak ( bukan pasangan suami isteri ) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif(persetubuhan yang meragukan).

Jenis-jenis zina.
  1. ·         Memandang wajahnya adalah zina mata.
  2. ·         Berbicara dengannya adalah zina lisan,
  3. ·         Merindukannya adalah zina hati,
  4. ·         Memegang tangannya adalah zina tangan
  5. ·         Bersetubuh dengannya adalah zina kemaluan.

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin”.
(hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim dari ibnu Abbas dan Abu Hurairah)
Impak zina
  1. ·         Menghancurkan masa depan anak kerana anak yang dihasilkan dari perhubungan penzinaan akan menghadapi masa kecilnya dengan perasaan yang tidak bahagia kerana tidak memiliki identiti bapa yang jelas.
  2. ·         Menimbulkan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti AIDS jika penzinaan dilakukan dengan berganti-ganti pasangan.
  3. ·         Mendorong perbuatan dosa yang lain seperti menggugurkan kandungan.


Cara menghindari zina.
  1. ·         Jangan melakukan perkara yang menjurus kepada perbuatan zina seperti berpacaran, berbalas mesej yang tidak penting, menonton filem prono, dan sebagainya.
  2. ·         Menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dengan menghadiri majlis ilmu.
  3. ·         Membaca Al-Quran sambil merenungi tafsirnya, mengindahkan sabda-sabda Nabi saw.
  4. ·         Mendengar nasihat daripada para ulama tentang kepentingan menjauhi dosa.

 “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakkan”(surah Al-Isra’ : 32)