Tuesday 25 November 2014

Niat ketika wudhuk?Apa yang boleh kita amalkan?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera



Apa khabar antum semua?Diharapkan sihat hendaknya, amin. 
Maaf dari kami barisan admin blog ini kerana kekhilafan kami dalam mengemaskini maklumat terbaru bekenaan PMH dan info-info berkaitan islam di blog ini. Sesungguhnya kami juga pelajar seperti antum juga.Diharapkan antum semua sudi dan setia bersama kami, insyallah

Sebermula entry ini, kami bawakan satu tajuk yang sangat dekat dengan kita sebagai muslim iaitu tetntang wudhuk.Pasti semua tahuapa itu wudhuk dan rasanya tidaklah perlu kami menerangkan apa itu wudhuk. Dalam entry ini kami hanya ingin berkongsi sedikit pengkongsian tentang niat di dalam wudhuk. Mungkin ada yang lupa atau tidak tahu, kerana itu sifat manusia.Lupa dan mungkin tidak tahu.Kita sama sahaja.Manusia biasa.

Jadi jom kita pelajari sedikit tentang apa yang boleh kita niatkan di dalam setiap air wudhuk yang kita ambil dan basahkan di anggota badan kita ini..

Ketika wudhuk niatlah di dalam hati..

1)Ketika berkumur niatlah "Ya allah, ampunilah dosa yang keluar dari mulut dna lidahku ini"
2)Ketika membasuh muka niatlah " Ya allah,putihkanlah mukaku di akhirat kelak dan janganlah kau hitamkan muka ku ini"
3)Ketika membasuh tangan kanan "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini"
4)Ketika membasuh tangan kiri "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
5)Ketika membasuh kepala "Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
6) Ketika membasuh telinga "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
7)Ketika membasuh kaki kanan "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
8)Ketika membasuh kaki kiri "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Tetapi dalam kita berdoa itu jangan lupa pembuka dan penutup doa mengambil wudhuk ya sahabat..

NIAT MENGAMBIL WUDHUK

sahaja aku mengangkat wudhuk kerana allah taala

ATAU



NIAT SESUDAH BERWUDHUK


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan tiada sekutu baginya, dan aku naik saksi bahawa nabi muhammad itu hambanya dan pesuruhnya "ya allah, jadikanlah aku dikalangan orang yang bertaubat dan jadikan aku daripada orang yang menjaga kesucian dan jadikan aku daripada hambamu yang soleh.

Semoga apa yang kita doakan setiap kali wudhuk di ambil ini di makbulkan oleh Allah swt, semoga segala dimaafkan dan diterima, ya allah ya rahman ya rahim



sekian
wassalam wbt
<ds>



No comments:

Post a Comment