Tuesday 25 November 2014

Alamak terlewat bangun, macam mana ni?Subuh Gajah atau tiada Subuh bagi kita untuk hari ini?



Assalam wbt
Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa tajuk ini dijadikan entri sedangkan ia sudah lapuk. Memang ia sudah lapuk, tetapi ingat mengingatkan tu kan amalan mulia bukan? Jadi tidak salah untuk kita ingat mengingati antara satu sama lain dan boleh jadi ada yang tidak tahu menjadi tahu kan?

Subuh gajah? apa tu?Gajah ke yang subuh?atau macam mana?
Subuh gajah tu manusia lah yang menjadi gajah untuk subuh yang "terlewat" kerana tidak terjaga dari tidurnya.Mungkin bagi pelajar macam kita, mungkin berjaga kerana assignment mahu pun ulangkaji untuk test atau kuiz atau pun apa pun alasannya.

Subuh gajah?Ada ke?Lebih baik buat subuh gajah dari tiada langsung?Betul ke?
Ya betul, baik buat subuh gajah dari tinggalkan terus, kan tidak elok mulakan hari dengan subuh yang ditinggalkan di belakang kerana mengejar dunia.Terkadang kita memilih untuk bangun dan bersiap ke kelas atau mengejar temujanji sedangkan allah menuntut janji kita padanya yang kita tinggalkan.Betul tidak sahabat?

Ramai beranggapan, bila tertinggal sahaja subuh mereka kerana terlewat bangun, maka boleh diganti di hari lain atau waktu lain kerana tidak tahu hakikat sebenarnya. Cuba fahamkan penceritaan di bawah:

"abu hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud :sesungguhnya Rasullah saw ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar baginda merasa mengantuk dan bersabda "wahai bilal kita sudah ditimpa malam" maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat nya dan mereka sekalian teruslah tidur.Namun keesokkanya kesemua mereka terlewat bangun dan subuh telah berlalu pergi, dan rasullah saw terjaga dan bersegera membersihkan diri untuk menunaikan solat subuhnya"

Didalam riwayat di atas juga ditegaskan bahawa solat subuh boleh dilakukan sehingga sebelum masuknya waktu zuhor atau pun sebelum matahari tegak di muka bumi, tetapi janganlah pula dilengahkan, berbingkas lah menunaikannya

Rasullah saw sendiri tidak mampu meninggalkan solat yang diamanahkan oleh Allah swt, inikan pula kita manusia biasa yang tiada maksum tiada tiket ke syurga, sewenangnya meninggalkan solat mengikut keutamaan kita di dunia.

Rasullah saw bersabda : "barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja, maka dia sudah kafir dengan jelasnya"..allahu akhbar betapa pendosanya kita hamba allah yang kerdil tetapi meninggalkan solat sewenangnya kerana terkejar urusan sebagai pelajar, dan manusia.Subhanallah

Jika kita ditakdirkan terlewat bangun, bingkaslah bangun dan membersihkan diri dan tunaikan solat subuh itu sebaiknya, jika takut menimbulkan fitnah di kalangan rakan, lakukan di dalam bilik dan disini dibolehkan untuk tidak membaca doa qunut. Indahnya islam, sudahla kita terlewat, tetapi diberikan lagi rukhsah dalam mengerjakannya,subhanallah.Terima kasih ya allah.Namun sebelum itu janganlah solat sewaktu :
  • ketika matahari terbit
  • matahari tegak di bumi (zohor)
  • terbenam matahari (maghrib)
*bertepatan dgn hadis yang diriwayatkan oleh uqbah bin amir "baginda rasullah melarang kami untuk solat dan mengebumikan jenazah pada tiga waktu berikut iaitu ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada di ufuk dan ketika terbenamnya matahari" (riwayat muslim).



Jadi lebih baik kita menjadi subuh gajah jika kita terlewat bangun daripada meninggalkannyakan?.Namun janganlah ini dijadikan wadah dan alasan untuk menjadikannya subuh gajah setiap hari.Betul tak?Takut kita pula lebih sifat malasnya dari gajah.Gunakan ia bila perlu, bukan menjadi satu keperluan.Menjadi khalifah adalah untuk sujud padanya dan ingat padanya, manusia itu dekat dengan penciptanya ketika solat, maka mari kita ringankan diri solat mengikut waktu dan cuba menjadikan solat sebagai keutamaan dalam harian kita.Insyallah ringanlah ia.

Sekian
wassalam wbt 
<ds>







No comments:

Post a Comment