Friday 22 November 2013

Almarhum Ahmad Ammar "syahid yang tertangguh"

Assalamualaikum wbt


Dalam kenangan 
Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman

Apa khabar sahabat sekalian?Diharapkan sihat-sihat belaka insyallah,amin. Entri kali ini bukan lah bersifat ilmiah atau pun pengetahuan yang menjurus kepada Islam itu sendiri, Cuma ia sekadar ingatan mudah untuk kita menjadi lebih baik. Mungkin sebelum ini, kita semua telah digemparkan dengan insan yang bernama Ahmad Ammar Bin ahmad Azam yang tiba-tiba menjadi fenomena dalam dunia Islam dan sekitarnya.Mungkin beliau tidak sepopular insan lain yang membawa islam ke medan dakwah yang besar, namun mengetahui tentang beliau sudah cukup menyentuh hati dan membuatkan kita tertanya-tanya adakah kita berupaya berbuat sesuatu yang serupa dengan apa yang beliau telah lakukan?Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa almarhum yang dipilih dan bukan icon islamik lain yang lebih dikenali?

Almarhum Ahmad Ammar atau panggilan ringkasnya Ammar sememangnya telah dipersiapkan oleh ibu bapanya untuk menjadi seorang pejuang agama dan penyampai dakwah Islam kepada sekelilingnya. Sedari kecil hinggalah berumur 20 tahun, almarhum dipersiap menjadi pemuda yang cintakan agamanya dan cintakan dakwah yang dibawanya.

Walaupun namanya tidak dikenali sebagai kalangan hafiz al quran, bukan di kalangan agamawan dan bukan juga insan seni yang ternama dalam memperjuangkan Islam, namun insyallah almarhum adalah di kalangan mereka yang mendukung Islam dan dakwah ke jalan Allah swt. Diusia yang muda,almarhum banyak berjasa pada  penduduk Turki dan berjasa dalam misi-misi kemanusiaan yang disertainya di Syria. Diusia yang muda,almarhum menyuarakan hasrat hati untuk syahid di bumi al-fateh. 

Siapa meyangka Allah swt Maha mendengar dan Maha Mengetahui, permintaan almarhum di dengar oleh Allah swt, apabila pada tanggal 2 November 2013 jam 1.30 petang, malaikat Izrail menjemput nyawa almarhum di bumi Turki. Permintaan almarhum ditunaikan di bulan muharam. Allahu akhbar…

Almarhum disemadikan di semadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap laut Golden Horne yangjuga menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyah dan masyarakat lain di Turki. Almarhum juga disemadikan di sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.Allahu akhbar

Sungguh, hidup almarhum bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasanya  juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Hidup dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa. 

Persoalanya di sini, di usia muda kita sendiri, adakah kita pernah berniat untuk..
mendaulatkan Islam di dalam diri kita seteguh-teguhnya?
Menyampaikan dakwah di sekeliling kita secara istiqomah?
Berniat syahid di jalan Allah swt?
Membantu insan-insan yang memerlukan di sekeliling kita?
Mempersiapkan dan memperelokkan sahsiah kita saban hari?

Atau
kita hanya sibuk mempersiapkan diri ke kuliah saban hari dan mungkin terlupa akan niat sebenar kita ke kuliah saban hari?
sibuk mencaci yang susah dan menghina yang serba kekurangan?
kita sibuk melihat kesusahan orang lain dan berpeluk tubuh?
kita sibuk menjadi remaja dan dewasa yang mengejar trend dan teknologi di hujung jari?
Atau pun kita juga sibuk melangkah satu persatu tangga kejayaan tanpa membawa Islam yang diwariskan?..

Mungkin kita tidak mampu menjadi sehebat ustaz dan uztazah, tidak mampu menjadi hafiz dan hafizah dan kita juga mungkin tidak mampu menjadi seteguh iman mujahid dan mujahidah, namun cukuplah andai kita menjadi insan yang istiqomah dalam menjadi muslimin dan muslimat yang teguh iman dan taqwanya kepada Allah swt.

Sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya tidak terlambat lagi untuk berazam untuk dekat dengan orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. Insyallah, semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.Amin

Alfatihah kepada Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam Ab Rahman

Jadikan setiap saat dan detik
sebagai titik menajdi lebih baik
sekian, wassalam
<ds>




Thursday 24 October 2013

Bila Cina Naik Haji


Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurnianya pada 23 Oktober 2013 bertempat di surau Al-Iqra Kolej Jasmine, satu program ringkas di bawah kepimpinan barisan penggerak PMH telah berjaya dijalankan tanpa sebarang gangguan dan kekangan.Syukur.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk "Bila Cina Naik Haji" menjadi pilihan kami. Sebenarnya mudah saja, tajuk ini di ambil kerana penyampai ceramahnya adalah seorang mualaf iaitu Ustaz Ann Wang Seng yang di jemput khas oleh PMH untuk menyampaikan serba sedikit tentang pengalaman beliau mengerjakan haji di Makkah dan serba sedikit tentang ilmu berkaitan haji dan islam. Tampak menarik dengan pelbagai kupasan ilmu yang mungkin kadang-kala kita yang lahirnya islam ini terlepas pandang.

Mungkin kita juga perlu membuka mata dan hati bagaimana seorang insan yang lahirnya seorang yang berbangsa cina dan bukan beragama islam ini boleh memeluk islam dan berbangga menyampaikan dakwah ke jalan islam dengan rela hati dan berlapang dada. Dari seorang yang mualaf kini bergelaf mukallaf dan kini turut bergelar  ustaz. Ceramah yang di sampaikan tampak mencuit hati para pelajar dengan pelbagai selingan yang mencuit hati tetapi memberi pengajaran dan ilmu berguna.

Di sini ustaz Ann Wang Seng menekankan bahawa apabila menunaikan haji ia perlu datang dari hati untuk mendapat haji mabrur dan bukannya haji malboro. Beliau memberi banyak tip berkaitan bagaimana menjadi muslim yang sebenar-benarnya. Sesi yang bermula jam 9 malam berkahir pada jam 11.15 malam itu sedikit sebanyak membuka minda kita bahawa betapa wajibnya kita yang mampu ini menunaikan haji daripada mengejar perkara-perkara lain.

Terima kasih kepada warga kolej jasmine yang meluangkan masa bersama kami, teruskan menyokong kerja dakwah kami supaya apa yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah swt. Insyallah.

Insyallah di masa akan datang kami akan menggiatkan lebih banyak program untuk warga kolej jasmine.Insyallah


Sekian
Wassalam wbt
<ds>

Santai Gazebo bertemakan "Shine Bright Like A Diamond"


Assalamualaikum wbt...



Pada malam ini pada jam 9 malam kami dari barisan penggerak PMH akan mengadakan forum bertemakan "Shine Bright Like A Diamond" bertempat di surau Al-Iqra Kolej Jasmine.Mungkin ada yang keliru kenapa dari gazebo bertukar ke surau pula?Asif di atas kekurangan kami kali ini,ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kami elakkan.Tidak mengapa para sahabat, yang penting program ini dapat dijalankan dan penyampaian ilmu itu berjalan lancar.

Kalau sahabat sekalian ingin tahu lebih dalam mengapa kami memilih tajuk "Shine Bright Like A Diamond" ini, apa lagi jom bersama kami malam ini. Insyallah bersama moderator Syafiqah Nina dan tiga orang ahli panel jemputan yang kami tampilkan khas malam ini, insyallah ada kelainan yang ingin di sampaikan di situ.Sama-sama kita nanti kan apakah sebenarnya yang ingin disampaikan dan apakah sebenarnya kaitan tajuk ini dengan kehidupan seharian kita. 

Jom ramai-ramai kita penuhkan surau kita dengan pengisian ilmu ini.Insyallah dari sedikit ilmu ini kita dapat manfaatkan untuk masa depan. Kita sama-sama mencari ilmu dan insyallah ilmu itu yang akan mengingatkan kita tentang apa kita perlu lakukan agar menjadi lebih baik. Jika baik ilmunya,insyallah baik pengakhirannya. Ilmu yang baik diambil, ilmu yang kurang baik jadikan sempadan.

Jadi akhir kata,pastikan temu janji sahabat sekalian bersama kami barisan penggerak PMH malam ini ya.Jumpa di sana,insyallah.


Sekian
Wassalam
<ds>

Geng Penyayang Geng Kita Edisi minggu ini "HUSNUZHAN"

Assalamualaikum wbt...

Geng Penyayang Geng Kita (GPGK) Edisi minggu ini..
Apa khabar sahabat sekalian selepas pulang dari cuti panjang minggu lepas?Diharapkan sihat hendaknya.Setelah seminggu bercuti, kami barisan penggerak PMH terutamanya di bawah kepimpinan Biro Dakwah dan Surau (BDAS) kembali dengan edisi Geng Penyayang Geng Kita. Edisi minggu ini kami memfokuskan isu "Husnuzhan".

Jika para sahabat ingin tahu apa itu Husnazhan, apa dia pecahan husnazan dan apa sahaja berkaitan husnazhan boleh dapatkan petang ini di gazebo berhadapan dengan surau Al-Iqra Kolej Jasmine.Dapatkan naskah percuma ini dari barisan penggerak yang mengendalikan GPGK ini. Jom ramai-ramai turun dapatkan edisi terhad dari kami barisan penggerak PMH. Bukan sahaja naskah percuma, kupon aktiviti turut disediakan dan big apple turut di jual.

Ini dia flyer dari barisan penggerak BDAS.....


Muka depan naskah minggu ini...

Muka belakangnya pula...

Dapatkan segera dari penggerak PMH...
Insyallah walaupun sedikit namun ilmu itu pasti bernilai,insyallah amin

sekian
wassalam
<ds>

Monday 7 October 2013

Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib?Apa yang kita faham?

Assalamualaikum wbt

Bersandarkan kepada tajuk di atas,mungkin ada yang faham kiasannya, mungkin ada yang tidak faham dan mungkin juga ada yang menerima bulat-bulat ayat ini. Jom kita fahami sedikit apa yang dimaksudkan dengan tajuk ini. Ianya bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa mahu pun menyentuh mana-mana hati.Ini lah yang dinamakan tarbiyah dan saling mengingati di dalam islam. 

Apa itu aurat?
Dari segi bahasa aurat bermaksud keaiban dan dari segi istilah ia bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya).
Jadi secara konklusinya, aurat itu wajib ditutup bagi wanita yang sudah baligh dan ia juga menyentuh juga aurat bagi kaum adam.Cuma mungkin sedikit berbeza dari segi had-had aurat.

Antara dalil-dalil yang menguatkan lagi apa itu aurat wanita adalah :
"Wahai anak adam,telah kami turunkan kepada kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan perhiasamu,dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang itulah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat" <surah al-a'raf ayat 26>

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." <hadith Bukhari dan Muslim?

Bertudung itu wajib atau tidak?
Cuba fahami dua surah ini dan fikir sejenak kesamaan ayat tersebut...

"dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dada mereka" <surah an-nur ayat 31>

bertepatan dengan kewajiban menutup aurat dan bertudung, kita sebagai pengganut agama islam adalah lebih elok memakai pakaian yang menutup aurat dan bertudung sebaiknya. Sebelum ini mungkin ada dikalangan kita yang percaya bulat-bulat ayat ini "Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib" untuk bertudung ala kadar sahaja.Cuba muhasabah diri dan perbaiki pakaian kita untuk lebih menutup aurat dan bukannya membalut aurat semata.Apa pula membalut aurat semata?...

Membalut aurat semata seperti...
  • bertudung tetapi ber t-shirt berlengan pendek
  • bertudung tetapi macam shift sekejap pakai sekejap tinggal di almari
  • bertudung tetapi berbaju kebarung terbelah kainnya,terketat pinggangnnya
  • bertudung tetapi sendat,mendat,nipis dan mungkin menggoda hati si adam 
  • bertudung tetapi dilonggarkan pula tudungnya hingga nampak jambulnya
  • bertudung tetapi dilemparkan pula tudungnya ke dada,fashion simple katanya
  • bertudung tetapi jelas sanggulnya,leher jinjangnya,tinggi tengkuknya dan dadanya.
Tepuklah dada dan tanyalah iman di dalamnya,sejauh mana kita sanggup melanggar syariat Nya sejauh itulah lemahnya iman kita. Berhati-hatilah duhai sahabatku, tatkala hati kita tidak berasa bersalah dan berdosa pada Allah swt, ia petanda hati kita mengalami krisis penurunan iman yang membimbangkan.Jangan jadikan tema "belum sampai seru dan belum sampai hidayah" sebagai alasan,kerana hidayah bukan dinanti ibarat menanti bulan jatuh ke riba tetapi perlu di cari seperti menuntut ilmu hingga ke negeri China.Jadi bukan hanya ilmu perlu di cari, begitu juga hidayah dan iman.

Mungkin ada yang mempersoalkan ayat-ayat di atas, namun percaya atau tidak,jika ada sedikit rasa marah, sedikit rasa sentak di hati dan sedikit rasa tidak puas hati,ia bermakna hati-hati kita masih mempunyai rasa malu dan masih ada rasa iman dan taqwa sebagai seorang islam.

Mungkin sebelum ini kita leka akan cara kita bertudung dan berpakaian, tetapi itulah sebabnya mengapa Allah swt masih memberi kita peluang dan ruang untuk bernafas dan hidup di bumi-Nya. Ia hanya kerana satu tujuan,iaitu supaya kita masih mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik dan terbaik hari demi hari.Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai resepsi untuk kita menjadi lebih baik,pedulikan pandangan tajam manusia lain, hiraukan tomahan sinis orang lain. Berbanggalah kepada diri kita sendiri kerana mempunyai hati yang berani untuk berubah.Orang lain tidak mampu mengubah diri kita jika kita tidak mengubah diri kita sendiri.

Jika kita laungkan kita sayang mak, kita sayang ayah, kita sayang mak ayah dunia akhirat, apalah ertinya jika tidak tertutup dengan sempurnanya aurat kita.Kita menggali dosa untuk mereka saban hari, habislah amalan baik dan pahala si ayah dan si ibu kerana kita. Sayanglah mereka dengan sesungguhnya, jagalah aurat kita sebaik mana mereka menyanyangi kita. Eratkanlah tali ini sehingga ke syurga,Insyallah,amin


Sekian
wassalam wbt
<ds>






Apa itu Usrah?

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat sekalian? Diharapkan berada di dalam kesihatan yang terbaik dan iman yang terbaik,Insyallah Amin. Kali ini kami ingin mengupas sedikit berkenaan "USRAH". Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa usrah lagi dan lagi?Sedangkan ia sudah diterangkan pada program Sampel yang lepas. Memang tidak dinafikan apa itu usrah sudah diterangkan,tetapi kami percaya bukan semua yang hadir itu faham akan maksud sebenar usrah dan isi nya bukan? Jadi di sini kami titipkan sedikit nota ringkas tentang "USRAH" agar dapat di fahami dan di baca berulang kali oleh sahabat sekalian.

Mula-mula kita perlu tahu apa itu Usrah..


Usrah dijenamakan semula oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir di bawah pimpinan Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pada tahun 1928.Namun begitu usrah telah lama dipraktikkan oleh umat islam iaitu ketika Nabi Muhammad saw yang berusaha mengumpulkan golongan terawal yang memluk islam di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam di Mekah bagi menyampaikan wakyu-wahyu yang diturunkan kepada baginda.

Jadi apa itu "usrah"?.Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dna menghayati manisnya islam. Ia dikuatkan lagi dengan satu potong ayat al-quran yang bermaksud :

"Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan bebuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah swt" <surah al-maidah 5:2>

Tetapi usrah pada masa kini sudah diperluaskan bukan sahaja dalam konteks keislaman sahaja.Asalkan kita berusrah sesama ahli usrah kita, kita boleh sahaja berbincang tentang isu-isu semasa yang kita rasakan perlu dibincangkan dan dikongsikan.Mungkin sahaja tentang islam,pelajaran,permasalahan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Janganlah kita persempitkan minda kita bahawa usrah ini semuanya tentang agama. Jom revolusikan minda kita dan mulakan langkah dengan berusrah.Carilah rakan usrah yang betul dan boleh membawa kita mengisi jiwa dan minda kita tentang manisnya berusrah :-)

Apa pula rukun Usrah..

1. Taaruf @ mengenali...
saling kenal-mengenali sesama ahli di dalam kumpulan usrah untuk mengeratkan silaturrahim dan ia akan diaplikasikan di dalam usrah dan di luar usrah bagi memenuhi tuntutan alquran dan hadith iaitu :
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
"dan berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
dan "sabda Rasullah saw : seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat satu binaan yang kuat memperkuatkan antara satu sama lain" <riwayat Bukhari dan Muslim>

Mungkin dari konsep ini kita boleh bertanya kepada diri kita sejauh mana keakraban hubungan ini tercipta?Adakah sahabat kita juga terdiri daripada rakan usrah kita juga?Atau pun usrah itu hanya terbina kerana masanya dan ketika kelompok itu bertemu,bukan untuk diluar masanya?Tepuk dada tanya iman ya sahabat sekalian... :-)

2. Tafahum @ memahami..
Ia bermaksud kita perlulah sentiasa istiqomah atas kebenaran islam dan melaksanakan apa yang diperintahkan Allah swt dan meninggalkan larangannya.Di dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam memunasabah diri,munasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.Insyallah.
Selain itu di dalam usrah ini juga, jadikan sikap saling memohon kesejahteraan dan kemaafan sesama rakan usrah dalam momentum mengimbangi dakwah dan perjuangan yang sebenar.Macam itu baru manisnya usrah.

3. Takaful @ membantu
bersedia melakukan kebaikan, prihatin dan perasaan saling membantu dalam membentuk ketinggina iman dan keluhuran ulhwah sesama rakan usrah.Serendah-rendah takaful adalah memberi  bantuan apabila diminta dan setinggi-tinggi takaful adalah memberi bantuan walaupun tidak diminta.Mana yang sahabat pilih?Memberi apabila diminta atau pun membantu seikhlas hati?Renung-renungkan wahai sahabat ku.Bantulah seikhlas hati agar pahala yag diperolehi menjadi saham yang subur di sana.Insyallah amin.


Apa pula adab-adab usrah..

Adab-adab usrah tidaklah sesusah teori-teori yang kita belajar di dalam kelas.Sesiapa pun boleh memberi jawapan yang dirasakan betul,asalkan tidak melampau konteks berusrah itu sendiri.Disini beberapa adab-adab usrah adalah seperti :

1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah Swt bertepatan dengan firmannya "dan tidaklah mereka tiadalah disuruh melainkan supaya menyembah Allah,serta mengikhlaskan agaman bagi-Nya,beribadat mengharap keredhaan-Nya" <surah al-bayyinah 98:5>
Hadith Rasullah saw juga menyebut " hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap seseorang itu apa yang diniatkan" <Muttafaqun'alaih>

2. Meminta izin masuk
Mintalah izin untuk masuk dna berilah salam sebelum memasuki kumpulan usrah tersebut. Ia bertepatan dengan firman allah "Hai orang yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin dan mengucapkan salam kepada empunya.Demikianlah itu lebih baik bagimu,mudah-mudahan mendapat peringatan" <surah an-nur 24:27>

3. Suci
Datanglah dalam keadaan bersuci dan berwudhuk dan memakai pakaian yang sopan dan sempurna bagi memudahkan kita untuk bersolat dan memegang al quran dan membaca ayat-ayat di dalamnya dan insyallah disimpangkan dari gangguan syaitan.Insyallah.

4. Membawa Al-quran atau nota
Memudahkan kita untuk merujuk mana-mana surah yang dibaca dan membuat sedikit nota tambahan dari huraian yang dipelajari bersama sewaktu usrah di jalankan.Mungkin ada yang kita tidak jelas dna sudah dijelaskan.

5. Mengukuhkan ukhwah
Datanglah dengan niat untuk merapatkan ukhwah sesama rakan usrah dna berkasih sayang kerana Allah swt.Hadith berkaitan adalah seperti berikut : Sabda Rasullah saw "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku?Pada hari ini,mereka itu aku berikan naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan ku sendiri" <Hadith Muslim?

Adab-adab usrah yang lain termasuklah :

  • menuntut ilmu
  • bersalaman
  • menjaga rahsia rakan seusrah
  • menyampaikan kepada orang lain
  • bersopan dan mengawal suara
  • berusaha mengenali sahabat dan bertambah ukhwah
  • membaca al-fatihah di permulaan dan diakhiri dengan tasbih kifarah
Jadikanlah usrah ini salah satu jadual kelas kita,Insyallah dengan usrah ini Allah akan bina dinding-dinding iman di dalam hati kita,konkrikkan ia dengan taqwa dan islam.Mungkin dengan usrah ini kita lebih mengenali manisnya islam dan manisnya persaudaraan dalam islam.Insyallah.

Inginkan Usrah?
mari bersama kami warga PMH Puncak Perdana
Berkongsi apa yang termampu lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa
Satu baris ayat yang sering disebut oleh seorang penggerak PMH iaitu "Belajar itu nombor satu tetapi dakwah bukan yang kedua,Insyallah".Mungkin kita pun boleh praktikkannya.

sekian
wassalam wbt
<ds>

Saturday 28 September 2013

Malam Sambutan Pelajar Baru "Sampel"

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah setelah tertunda beberapa kali, akhirnya pada 26 September yang lalu iaitu pada jam 9 malam bertempat di Surau Al-Iqra program "Malam Sambutan Pelajar Baru Sample" telah diadakan.Program ini menjadi program wajib yang akan diadakan oleh kami di setiap semester untuk memperkenalkan apa itu PMH dan isi kandungannya keada warga baru UiTM Kampus Puncak Perdana khususnya pelajar semester satu dan tiga.Namun begitu ia tidaklah bermaksud ia hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar semester satu dan tiga sahaja,ia boleh disertai oleh semua warga kolej jasmin yang berkelapangan.

Tidak dinafikan ini adalah antara program Sample yang paling berjaya dikendalikan oleh PMH.Kehadiran yang ramai membuatkan program ini lebih meriah dan menarik walaupun ia hanya dilakukan di dalam surau sahaja. Terima kasih kepada semua warga kolej yang hadir dan tidak dilupakan kepada para penggerak PMH yang berkorban masa dan tenaga.

Walaupun dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terpaksa berpisah dengan rakan-rakan,namun semangat yang ditunjukkan semasa berbulatan gembira sangat mengujakan kami barisan penggerak PMH.Semangat untuk mempersembahkan hasil kerja masing-masing amat kami hargai.Kami berharat ia bukan sekadar keseronakan semata,namun kami berharap ia sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit kemanisan usrah di dalam islam.Insyallah.

Ini adalah diantara kenangan yang dapat sempat kami tangkap untuk  semua











Kami berharap akan ada lebih ramai lagi warga kolej jasmine yang akan turut bersama kami.Mungkin mulanya hanya ingin mengutip kupon semata,tetapi jika allah gerakkan hati hambanya untuk terus mencari secebis ilmu tentang indahnya islam,insyallah kupon itu akan merubah kepada ikhlasnya hati untuk ditarbiyahkan.Insyallah amin.

sekian,terima kasih
wassalam wbt
<ds>

Program "GENG PENYAYANG GENG KITA" Siri 1

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah pada 26hb September yang lalu iaitu sekitar jam 5.00 petang sehingga 5.30 petang bertempat di gazebo berhadapan surau Al-Iqra telah diadakan program "Geng Penyayang Geng Kita". Program ini telah dijayakan oleh semua penggerak yang diletakkan di bawah satu biro yang sama iaitu Biro Dakwah dan Surau atau lebih dikenali dengan nama BIDAS.

Program ini dijalankan mengikut tema yang dipilih untuk setiap siri yang dijalankan oleh BIDAS. Siri pertama ini, BIDAS memilih untuk memberi pamplet berkisar tentang Mesir dan peranan kita. Walaupun ia dilihat kecil dan berbentuk helaian, tetapi ia sarat dengan maklumat dan ilmu untuk kita ketahui.

Disamping itu, BIDAS berjaya menarik lebih ramai warga kolej untuk mengenali apa itu PMH melalui jualan Big Apple yang dijalankan serentak bersama-sama dengan penyebaran pamplet kepada warga kolej yang melalui kawasan sekitarnya.Tahniah kami ucapkan kepada semua ajk yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka menyebarkan dakwah mereka bersama BIDAS dan PMH.
Tahniah kami ucapkan :-)

Di sini, kami selitkan sedikit gambar sekitar program ini dijalankan...


 Inilah pamplet yang di sediakan oleh Biro BIDAS...
 Walaupun ia kecil, tetapi Insyallah ia boleh dimanfaatkan..
 Jualan Big Apple dan pemberian pamplet kepada warga kolej
 Big Apple d'puncak
Ini dia antara warga kolej yang sempat bersama kami

Terima kasih kepada semua warga kolej jasmine yang memberi sokongan padu kepada penggerak BIDAS dan PMH.

Sekian,terima kasih
wassalam wbt
<ds>

Pembuka Tirai Semester Ini

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar sahabat sekalian? Moga-moga sahabat-sahabat sekalian berada dalam kesihatan yang terbaik dan diharapkan juga iman dan taqwa sahabat sekalian berada dalam tingkat yang terbaik.Amin Ya Robbal Al-Amin.

Bermulanya semester yang baru ini, PMH telah menjalankan dua aktiviti yang dianggap sebagai aktiviti permulaan kami kepada semua warga Kolej Jasmine,Kolej Warna Alam.Aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan oleh para penggerak PMH adalah seperti "Program Geng Penyayang Geng Kita" dan Malam Sambutan Pelajar Baru atau lebih dikenali dengan nama Malam Sampel".Alhamdulillah,dengan terlaksanakan program ini,ia sebagai langkah terbaik untuk kami penggerak-penggerak PMH mendekati warga Kolej Jasmine untuk membina ukhwah sesama kita.Amin.

Namun, kami barisan penggerak PMH berharap agar warga Kolej Jasmine memberi sokongan kepada kami untuk menjalankan gerak kerja kami sebaik mungkin dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.Ia bukan sahaja terbuka kepada mahasiswa dan mahasiswi yang bergama Islam sahaja, ia juga terbuka untuk semua warga Kolej Jasmine untuk menghadiri aktiviti-aktiviti kami. Semoga perkongsian yang sedikit ini mampu membuka hati kita semua untuk menjadi hamba yang lebih baik.Amin.

Jangan lupa untuk sentiasa bersama kami di saluran utama kami iaitu di Facebook kami iaitu di Persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM Puncak perdana dan blog rasmi kami.Insyallah ini akan menjadi wadah kita untuk saling bertukar pendapat dan ilmu berguna.Insyallah.

Sekian Terima kasih
<ds>


Friday 6 September 2013

Bacaan Yaasin untuk saudara kita

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah syukur sekali kepada Allah swt kerana mmberi kita semua kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat-nikmatnya yang lain.Syukur kepada Allah swt kerana pada 22 Ogos 2013 yang lepas, PMH telah berjaya mengadakan program solat hajat dan bacaan yaasin perdana untuk saudara-saudara kita yang berada di Syria,Palestin dan Mesir. 

Dengan adanya program sebegini,kita dapat berkumpul beramai-ramai untuk mengirim doa kepada mereka dan kepada seluruh umat islam yang berada di dunia ini..Sesungguhnya,doa itu adalah senjata orang mukmin dan banyak kelebihannya apabila berdoa dan minta pertolongan dari Nya.

Pada hari tersebut juga,jualan cenderahati turut diadakan bagi mengisi tabung sumbangan untuk Palestin.Walaupun usaha kami ini kecil, tapi kami berharap agar program yang telah dianjurkan ini mndapat keberkatan dariNya. Insyaallah mudah-mudahan program sebegini dapat diperbanyakkan lagi. 

Here are some photos that we could captured.. :)




Walaupun kita tidak dapat merasai peritnya mereka berjuang demi nafas untuk hari esok,namun kiriman doa dari kita,insyallah akan menjadi pengiring kepada jihad yang mereka lakukan.Amin

Sekian,terima kasih
wassalam wbt
<ds>

Saturday 8 June 2013

Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam


Assalamualaikum wbt
Apa khabar antum semua?Sihat hendaknya. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini iaitu hari Sabtu bertempat di Surau Al-Iqra telah diadakan kursus penyembelihan ayam dan kambing yang diadakan oleh barisan penggerak PMH sesi ijazah UiTM Puncak Perdana.

Asif atas kelewatan kami berpena untuk kursus ini atas tuntutan sebagai pelajar seperti antum semua.Alhamdulillah kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kolej Jasmine yang berkelapangan menyertai kami. Baik pun muslimin mahupun muslimat.Ribuan terima kasih kami ucapkan diatas kesudian antum sekalian. Moga- moga apa yang dipelajari dijadikan satu titik ntuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim ya.

Insyallah di bawah ini di antara gambar yang sempat di ambil oleh penggerak PMH. Antum bolehlah mengambil mana-mana gambar yang antum ingin. Tiada sebarang halangan ya, insyallah..

Sesi pendaftaran muslimat

Sesi pendaftran muslimin

Alhamdulillah inilah antara peserta yang hadir 

Ini dia pisau-pisau yang digunakan sepanjang kursus ini dijalankan

Ustaz Shahrul bersiap sedia untuk memulakan menyembelih

Alhamdulillah dipermudahkan penyembelihan ini

Alhamdulillah selesai menyembelih seekor kambing

 Antara peserta muslimat

Tekun menyembelih ayam, alhamdulillah muslimat pun boleh buat.

 Ini pula antara peserta muslimin
 Muslimat juga


Proses membersihkan kambing

Alhamdulillah 

Presiden PMH pun turun padang
Syukran atas kelapangan masa

Proses memotong daging kambing untuk dimasak

Bahan-bahan untuk memasak sedang disiapkan

Hasilnya memang sedap kan?

Alhamdulillah dapat dijamu bersama-sama

Sedap nampaknya kan
Sedapnya

Gotong royong bersama selepas kursus berakhir

Alhamdulillah hari ini sekali lagi barisan penggerak PMH berjaya membawa peserta sama-sama mempelajari asas penting dalam memastikan kita tahu apa itu halal haram dalam pemakanan kita. Apa yang baik dijadikan amalan dan apa yang buruk diharapkan menjadi sempadan agar menjadi muslimin dan muslimat yang terbaik.Amin, Insyallah jika berkesempatan, bolehlah diadakan lagi kursus ini. Insyallah amin

akhir kata bacalah petikan hadith di bawah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu :

"Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan kamu berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka pabila kamu membunuh maka elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah pemenyembelihan itu dan hendaklah salah seorang dari kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah kamu menyelesakan bintang sembelihan itu"

Sekian
Wassalam wbt
<ds>



Thursday 6 June 2013

Progrem terdekat kami di Penghujung Semester

Assalamualaikum


Walaupun kita semakin dekat dengan peperiksaan akhir semester ini, tetapi kami dari barisan penggerak PMH masih berusaha menyediakan dua progrem dibawah seliaan kami iaitu Progrem "Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam" dan "Bulatan Gembira Perdana".

"Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam" akan diadakan di Surau Al-Iqra pada 8 Jun 2013 ini dan progrem  "Bulatan Gembira Perdana" pula akan diadakan pada 9 Jun 2013 di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Jom bersama kami memeriahkan lagi progrem ilmiah ini. Jom bergembira sambil mencedok sedikit ilmu yang berguna untuk diamalkan.




Semua warga kolej Jasmine dijemput bersama-sama menyertai progrem ini. Ambillah sedikit input dari progrem ini, insyallah tiada sebarang bayaran dikenakan, cuma luangkan masa hujung minggu anda untuk sama-sama belajar sesuatu yang baru. Jom sertai kami..

sekian
wassalam
<ds>

Pertandingan Menulis Pantun Dalam Tulisan Jawi

Assalamualaikum...

Bersempena Minggu Ekspresi Mahasiswa yang lalu,berikut merupakan pemenang yang dipilih oleh juri PMH  Puncak Perdana bagi pertandingan menulis pantun dalam tulisan jawi

Tempat pertama : Siti Ainul Murni Bt Salimi

Tempat kedua : Siti Solehah Bt Sabari

Tempat ketiga : Suriza Mat Noor

Berikut pula pemenang saguhati :
Fatin Syakirah Bt Azemi

 Liza Bt Husin
 Norhasrin Bt Sulaiman
Athirah Bt Idris

Siti Farhana Bt Mohd Sukiran

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang dipilih sebagai pemenang. Marilah kita sama-sama memartabatkan tulisan jawi di dalam diri kita agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Perkasakanlah ia agar menjadi warisan agung kesenian Islam kita. 
Insyallah Amin

Sekian
Wassalam
<ds>