Tuesday 23 December 2014

PRAY FOR DR YUSUFF AL-QARADHAWY


PERSATUAN MAHASISWA HADHARI (PMH) UiTM PUNCAK PERDANA BERSAMA PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA






بسم لله الرحمٰن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah kepada semua hamba-hamba-Nya tidak kira sama ada beriman ataupun tidak, lagi Maha Pengasih dan Cinta hanya kepada hamba-hamba-Nya yang taat.

Kami PMH Puncak Perdana dengan ini, menyeru semua rakyat malaysia yang beragama Islam khususnya kepada mahasiswa Islam Malaysia untuk bangkit dan menyatakan bantahan terhadap waran tangkap yang dikenakan kepada Fadhilatus Syeikh al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi Hafizullah, Presiden Kesatuan Ulama' Sedunia oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL) pada 4 Disember yang lalu.

Fadhilatus Syeikh Yusof al-Qaradhawi Hafizullah dituduh dengan tuduhan 'Menghasut, Merestui dan melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan melarikan diri, pembakaran, vendalisme, dan mencuri' di negara asalnya iaitu Mesir.

Fadhilatus Syeikh merupakan Presiden kesatuan Ulama' Sedunia yang mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Malaysia malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah pada tahun 1431/2009. Pengiktirafan Tokoh Ma'ah Hijrah Malaysia ini membuktikan Fadhilatus Syeikh adalah ulamak yang disayangi oleh rakyat Malasia dan Ulamak yang sering memuji dan mendoakan keamanan di dalam negara kita. Maka kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Islam, maka kita sama-sama nyatakan bantahan terhadap tuduhan yang dikenakan kepada Fadhilatus Syeikh.

Tuduhan ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kukuh. Selepas kerajaan Haram Mesir yang diketuai Rejim As-Sisi yang mengambil alih kuasa pemerintahan Dr Muhammad Morsi Hafizullah telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Merekalah penjenayah yang sebenar di mata rakyat. Kerajaan Haram itu gagal mengaburkan mata rakyat Mesir untuk menyatakan Ikhwanul Muslimin adalah Militan di negara itu. Hanya 20% sahaja yang menyatakan Ikhwanul Muslimin sebagai Militan. Dengan cuba mengaitkan jenayah yang ada kat Negara Mesir berlaku adalah kerana Fadhilatus Syeikh yang juga merupakan tokoh Ikhwanul Muslimin di Mesir, maka kerajaan Haram itu berharap mampu mengaburkan mata rakyat Mesir mengenai Ikhwanul Muslimin. Tetapi Allah tetap menunjukkan bahawa Kebenaran adalah Kebenaran di mata seluruh negara.

Sahabat-sahabat, kenapa penting kita pertahankan Para Ulama'?

Tanpa ajaran dan didikan para Ulama' maka Kita semua tidak akan kenal apa itu Islam. Di dalam al-Quran Allah mengangkat para Ulama' ini sebagai hamba-Nya yang sebenar-benarnya takut kepada Allah. Surah al-Fatir ayat 28:

إنما يخشى الله من عباده العلمٰٓؤاْ

"Bahawasanya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya adalah Ulama'"

Di dalam Hadis Rasulullah SAW juga banyak menyebutkan tentang darjat dan kemuliaan para alim Ulama' sepertimana dalam Hadis Rasulullah SAW:

وإن الألماء ورثة الأنبياء؛ وإن الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما؛ وإنما ورثوا العلم؛ فمن اخذه اخذ بحظ وافر (رواه ابو داود وترميزي)

"Ulama' itu pewaris para Nabi; dan sungguh para Nabi tidak wariskan dinar mahupun dirham; hanya saja mereka wariskan Ilmu; dan barangsiapa yang mengambilnya(Ilmu tersebut), bererti dia telah mengambil bahagian yang banyak."
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Dan satu kisah pada ketika Rasulullah SAW dalam keadaan nazak, baginda mendengar tangisan dan rintihan bumi kepada Allah:

"Ya Allah! Dahulu Engkau pernah menjadikan para Anbiyaa di kalangan Bani Israel berjalan di belakangku. Dan sekarang ini, Engkau ingin mengambil Nabi Muhammad SAW, maka siapakah lagi selepas ini yang akan berjalan di belakangku dari kalangan para anbiyaa?"

Lalu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ulamak adalah umatku, sesungguhnya ulama' selepas kewafatanku adalah ibarat seperti para Anbiyaa di kalangan Bani Israel."
(Petikan Kuliah Ustaz Fadzil al-Yamani)

Oleh itu,
Mahasiswa sekalian, ayuh tembakan doa dan dirikan solat hajat untuk kesejahteraan para alim Ulamak yang memperjuangkan kebenaran demi Islam. Sesungguhnya, kami adalah pencinta para alim Ulamak. Wallahualam.

#PrayForSyeikhYusufQaradhawi
#KamiPencintaParaAlimUlama'

PRAY FOR PANTAI TIMUR

Assalamualaikum wbt



Sahabat2 sekalian, dikala kita sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan saudara-mara kita yang sedang dilanda musibah di Pantai Timur.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam musibah ini.