Monday 6 April 2015

Santai Gazebo: Qiam

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilllah, syukur ke hadratNya, dengan izinNya kerana pada 3 April 2015 telah dituntaskan program Santai Gazebo; tayangan telemovie yang bertajuk Qiam. Program diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine, dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar sendiri.

Poster program

Telemovie "Qiam" ini merupakan sebuah telemovie Malaysia lakonan Rita Rudaini, Fimie Don, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty. Ia mengisahkan tentang kisah perjalanan seorang remaja lelaki yang sedang berusaha untuk memupuk iman dan mula berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Pada masa yang sama, remaja ini bergelut dengan konflik ibu bapanya yang enggan menurutnya bersama untuk berubah ke arah kebaikan, dengan alasan kerana masih belum bersedia. 

Ya, penghijrahan itu bukannya suatu yang mudah dan mengambil masa. Ia juga bukan saja menguji diri sendiri. malah orang-orang yang kita sayang juga.

Firman Allah swt;


"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (At Taubah : 20)

Berdasarkan naratif telemovie ini, terdapat sangat banyak pelajaran yang kita semua boleh ambil untuk dijadikan pedoman hidup, tambahan pula telemovie ini begitu mengajar tentang kewajipan dan kepentingan solat pada seorang yang bergelar Islam itu.

Beberapa sneak peek yang dapat dikongsi;

Jualan dari para penggerak PMH turut diadakan


Para penonton


Tayangan 

Sesi berkongsi pendapat.

Hmm.. menarik bukan? Dengan menonton telemovie ini, secara tidak langsung para penonton ditarbiyahkan. Sesungguhnya pengaruh medium sesebuah telemovie ataupun filem itu sangatlah kuat terhadap masyarakat pada masa kini. Apapun, para penonton nampaknya sangat terhibur dengan tayangan ini. 

Nantikan program Santai Gazebo yang seterusnya, InsyaAllah.

Friday 3 April 2015

GPGK: SAY NO TO APRIL FOOL !

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua sahabat? Apa khabar dengan iman antum? Moga baik-baik hendakNya. InsyaAllah. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang bernama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang olehNya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'alla sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memudahkan segala urusan kami di barsan penggerak PMH dalam menjayakan program GPGK. Syukur jiddan kepada para pelajar yang hadir memeriahkan program kami. Moga kalian semua mendapat sedikit sebanyak input daripada flyer yang diedarkan oleh kami. InsyaAllah. 
Pada GPGK kali ini, kami membawa tajuk berkenaan "SAY NO TO APRIL FOOL".




Bercakap berkenaan April Fool, pernah tak kita kenakan kawan-kawan kita pada tanggal 1 April? Bagi kalian itu cuma gurauan senda semata-mata untuk seronok sahaja. Tapi kalian tahu tak kisah disebalik Sejarah April Fool?? 
InsyaAllah kami akan kongsikan berkaitan Sejarah April Fool. Moga kita dapat ibrah daripada kisah tersebut. InsyaAllah. 

Sejarah April Fool


April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagau The April's Fool Day.

Bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487M, atau bertepatan dengan 828H. Tentera salib menakluk Islam Sepanyol dengan MELEMAHKAN IMAN mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Mereka menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar mereka lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka juga mengirim beberapa ulama' palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha mereka membuahkan hasil.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walapun diselaputi dengan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak mempunyai ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta tanggungjawabnya." 
                                                                                          (Surah Al-Isra ayat 36)

Larangan Mengingati April Fool


Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." 
                                                    (HR Ahmad dan Abu Daud disahihkan oleh Al-Albanl)

Ketentuan Dalam Bergurau

Allah SWT berfirman, " Dan jika kamu tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka lakukak itu, tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, kerena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. "
                                                                                                       (Surah At-Taubah: 65-66)


Gambar semasa program berlansung



                        

                                                 Menerangkan kepada pelajar berkenaan April Fool

   

Moga kalian dapat serba sedikit input dan pengajaran daripada kisah sejarah disebalik April Fool. 
Wallahualam.