Saturday 8 June 2013

Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam


Assalamualaikum wbt
Apa khabar antum semua?Sihat hendaknya. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini iaitu hari Sabtu bertempat di Surau Al-Iqra telah diadakan kursus penyembelihan ayam dan kambing yang diadakan oleh barisan penggerak PMH sesi ijazah UiTM Puncak Perdana.

Asif atas kelewatan kami berpena untuk kursus ini atas tuntutan sebagai pelajar seperti antum semua.Alhamdulillah kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga kolej Jasmine yang berkelapangan menyertai kami. Baik pun muslimin mahupun muslimat.Ribuan terima kasih kami ucapkan diatas kesudian antum sekalian. Moga- moga apa yang dipelajari dijadikan satu titik ntuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim ya.

Insyallah di bawah ini di antara gambar yang sempat di ambil oleh penggerak PMH. Antum bolehlah mengambil mana-mana gambar yang antum ingin. Tiada sebarang halangan ya, insyallah..

Sesi pendaftaran muslimat

Sesi pendaftran muslimin

Alhamdulillah inilah antara peserta yang hadir 

Ini dia pisau-pisau yang digunakan sepanjang kursus ini dijalankan

Ustaz Shahrul bersiap sedia untuk memulakan menyembelih

Alhamdulillah dipermudahkan penyembelihan ini

Alhamdulillah selesai menyembelih seekor kambing

 Antara peserta muslimat

Tekun menyembelih ayam, alhamdulillah muslimat pun boleh buat.

 Ini pula antara peserta muslimin
 Muslimat juga


Proses membersihkan kambing

Alhamdulillah 

Presiden PMH pun turun padang
Syukran atas kelapangan masa

Proses memotong daging kambing untuk dimasak

Bahan-bahan untuk memasak sedang disiapkan

Hasilnya memang sedap kan?

Alhamdulillah dapat dijamu bersama-sama

Sedap nampaknya kan
Sedapnya

Gotong royong bersama selepas kursus berakhir

Alhamdulillah hari ini sekali lagi barisan penggerak PMH berjaya membawa peserta sama-sama mempelajari asas penting dalam memastikan kita tahu apa itu halal haram dalam pemakanan kita. Apa yang baik dijadikan amalan dan apa yang buruk diharapkan menjadi sempadan agar menjadi muslimin dan muslimat yang terbaik.Amin, Insyallah jika berkesempatan, bolehlah diadakan lagi kursus ini. Insyallah amin

akhir kata bacalah petikan hadith di bawah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu :

"Sesungguhnya Allah swt telah mewajibkan kamu berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka pabila kamu membunuh maka elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah pemenyembelihan itu dan hendaklah salah seorang dari kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah kamu menyelesakan bintang sembelihan itu"

Sekian
Wassalam wbt
<ds>



Thursday 6 June 2013

Progrem terdekat kami di Penghujung Semester

Assalamualaikum


Walaupun kita semakin dekat dengan peperiksaan akhir semester ini, tetapi kami dari barisan penggerak PMH masih berusaha menyediakan dua progrem dibawah seliaan kami iaitu Progrem "Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam" dan "Bulatan Gembira Perdana".

"Kursus Penyembelihan Mengikut Cara Islam" akan diadakan di Surau Al-Iqra pada 8 Jun 2013 ini dan progrem  "Bulatan Gembira Perdana" pula akan diadakan pada 9 Jun 2013 di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Jom bersama kami memeriahkan lagi progrem ilmiah ini. Jom bergembira sambil mencedok sedikit ilmu yang berguna untuk diamalkan.




Semua warga kolej Jasmine dijemput bersama-sama menyertai progrem ini. Ambillah sedikit input dari progrem ini, insyallah tiada sebarang bayaran dikenakan, cuma luangkan masa hujung minggu anda untuk sama-sama belajar sesuatu yang baru. Jom sertai kami..

sekian
wassalam
<ds>

Pertandingan Menulis Pantun Dalam Tulisan Jawi

Assalamualaikum...

Bersempena Minggu Ekspresi Mahasiswa yang lalu,berikut merupakan pemenang yang dipilih oleh juri PMH  Puncak Perdana bagi pertandingan menulis pantun dalam tulisan jawi

Tempat pertama : Siti Ainul Murni Bt Salimi

Tempat kedua : Siti Solehah Bt Sabari

Tempat ketiga : Suriza Mat Noor

Berikut pula pemenang saguhati :
Fatin Syakirah Bt Azemi

 Liza Bt Husin
 Norhasrin Bt Sulaiman
Athirah Bt Idris

Siti Farhana Bt Mohd Sukiran

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang dipilih sebagai pemenang. Marilah kita sama-sama memartabatkan tulisan jawi di dalam diri kita agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Perkasakanlah ia agar menjadi warisan agung kesenian Islam kita. 
Insyallah Amin

Sekian
Wassalam
<ds>

MEM


Assalamualaikum wbt...

Setelah agak lama tidak berpena di dalam blog PMH ini, akhirnya pada petang yang mulia ini, kami dapat meluangkan masa untuk mengisi serba sedikit berkenaan aktiviti yang telah dijalankan sebelum ini. PMH telah berjaya menjalankan Minggu Ekspresi Mahasiswa yang diadakan secara berskala besar.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin NYA, kami berjaya menjalankan progrem ini sehingga ke akhirnya.

Berikut adalah diantara poster yang digunakan sepanjang progrem in dijalankan









Syukran dengan kerjasama semua barisan penggerak dan penyertaan warga kolej Jasmine...

Sekian
Wassalam
<ds>