Friday 3 May 2013

Tentang hutang menurut islam

Tentang Hutang...


Assalamualaikum wbt

mesti semua tertanya-tanya kenapa tentang hutang menjadi pilihan untuk dimuatkan di dalam ruangan ini.Bukan apa,biasalah manusia kadang-kala hutang menjadi mainan hidup.Hutang itu boleh tetapi yang diharamkan adalah tidak membayar hutang.Banyak implikasinya.Jom kita baca pencerahan di bawah tentang hutang....


Keutamaan Orang yang Terbebas dari Hutang
Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
"مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ"
..“Barangsiapa yang rohnya terpisah dari jasadnya dan dia bebas dari tiga hal: [1] sombong, [2] ghulul (khianat), dan [3] hutang, maka dia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Majah)
Ibnu Majah membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan keras mengenai hutang.”.

Mati Dalam Keadaan Masih Membawa Hutang, Kebaikannya Sebagai Ganti
Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
..“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah)
“Peringatan keras mengenai hutang.”

Itulah keadaan orang yang mati dalam keadaan masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil dari pahala kebaikannya. Itulah yang terjadi ketika hari kiamat karena di sana tidak ada lagi dinar dan dirham untuk melunasi hutang tersebut.."

Urusan Orang yang Berhutang Masih Menggantung
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
"نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ"
“Jiwa seorang mukmin masih bergantung dengan hutangnya hingga dia melunasinya.” (HR. Tirmidzi)

Orang yang Berniat Tidak Mau Melunasi Hutang Akan Dihukumi Sebagai Pencuri
Dari Shuhaib Al Khoir, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
"أَيُّمَا رَجُلٍ يَدَيَّنُ دَيْنًا وَهُوَ مُجْمِعٌ أَنْ لاَ يُوَفِّيَهُ إِيَّاهُ لَقِىَ اللَّهَ سَارِقًا"
“Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah)

Dosa Hutang Tidak Akan Terampuni Walaupun Mati Syahid
Dari ‘Abdillah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
"يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ"
“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)
Oleh kerana itu, seseorang hendaknya berpikir: “Mampukah saya melunasi hutang tersebut dan mendesakkah saya berhutang?” keranana ingatlah hutang pada manusia tidak bolehdilunasi hanya dengan istighfar.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam Sering Berlindung dari Berhutang Ketika Solat
Bukhari membawakan dalam kitab shohihnya pada Bab “Siapa yang berlindung dari hutang”. Lalu beliau rahimahullah membawakan hadits dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كَانَ يَدْعُو فِى الصَّلاَةِ وَيَقُولُ « اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ » . فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ « إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ » .
“Nabi swt biasa berdoa di akhir solatnyat (sebelum salam):
 ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MINAL MA’TSAMI WAL MAGHROM 
(Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak hutang).”

p/s  :
kepada yang mempunyai hutang lunaskanlah
supaya tenteram pemergian kita kelak...
sesungguhnya mati tidak menunggu kita...

sekian
wassalam
<ds>





Hijrah bersama hati bukan berhijab dan berniqab sahaja..


Hijrah bersama hati bukan berhijab dan berniqab sahaja..




Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab dan Berhijab Maka "Jangan Main-Main"...

Assalamualaikum wbt

Rasanya lama tidak membuat entri PMH ini.Maaf di pohon atas kesibukan kami selaku pelajar dan juga penggerak PMH.Asif ya saudaraku.Kali ini kami ingin sentuh sikit tentang HIJRAH.Kalau ikutkan konsep semua tahu hijrah itu apa kan?Namun hijrah itu sendiri membawa banyak maksud berdasarkan apa yang dihijrahkan....
Jom baca sikit tentang...

Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab dan Berhijab Maka "Jangan Main-Main"...

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah dan berhijablaj, ramai yang mahu menyokong belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk berubah ke arah ini,ingatlah dugaan dan godaan akan sentiasa di datangakn oleh Allah swt untuk menguji keteguhan kita. Percaya atau tidak,iman dan perasaan akan dibolak balikkan seketika sehingga kita benar-benar ingin berubah.Di saat hati sudah teguh,maka hilanglah godaan itu..Teruskan bila ia sudah terbiasa ya ukthi ku..Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah.


ini kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi 

.."mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.."

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.Sedarlah tatkala kita berhijab atau berniqab,imej islam turut dibawa oleh setiap langkah kita.Jagalah ia,molekkan ia agar dipandiang tinggi..insyallah

p/s :
berubah dengan hati dan niat
bukan kerana manusia yang mengajak
tetapi kerana hati yang menyeru ya..
setiap hari adalah hari untuk memperbaiki diri..
insyallah..amin..

wassalam
<ds>