Thursday 24 October 2013

Bila Cina Naik Haji


Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurnianya pada 23 Oktober 2013 bertempat di surau Al-Iqra Kolej Jasmine, satu program ringkas di bawah kepimpinan barisan penggerak PMH telah berjaya dijalankan tanpa sebarang gangguan dan kekangan.Syukur.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk "Bila Cina Naik Haji" menjadi pilihan kami. Sebenarnya mudah saja, tajuk ini di ambil kerana penyampai ceramahnya adalah seorang mualaf iaitu Ustaz Ann Wang Seng yang di jemput khas oleh PMH untuk menyampaikan serba sedikit tentang pengalaman beliau mengerjakan haji di Makkah dan serba sedikit tentang ilmu berkaitan haji dan islam. Tampak menarik dengan pelbagai kupasan ilmu yang mungkin kadang-kala kita yang lahirnya islam ini terlepas pandang.

Mungkin kita juga perlu membuka mata dan hati bagaimana seorang insan yang lahirnya seorang yang berbangsa cina dan bukan beragama islam ini boleh memeluk islam dan berbangga menyampaikan dakwah ke jalan islam dengan rela hati dan berlapang dada. Dari seorang yang mualaf kini bergelaf mukallaf dan kini turut bergelar  ustaz. Ceramah yang di sampaikan tampak mencuit hati para pelajar dengan pelbagai selingan yang mencuit hati tetapi memberi pengajaran dan ilmu berguna.

Di sini ustaz Ann Wang Seng menekankan bahawa apabila menunaikan haji ia perlu datang dari hati untuk mendapat haji mabrur dan bukannya haji malboro. Beliau memberi banyak tip berkaitan bagaimana menjadi muslim yang sebenar-benarnya. Sesi yang bermula jam 9 malam berkahir pada jam 11.15 malam itu sedikit sebanyak membuka minda kita bahawa betapa wajibnya kita yang mampu ini menunaikan haji daripada mengejar perkara-perkara lain.

Terima kasih kepada warga kolej jasmine yang meluangkan masa bersama kami, teruskan menyokong kerja dakwah kami supaya apa yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah swt. Insyallah.

Insyallah di masa akan datang kami akan menggiatkan lebih banyak program untuk warga kolej jasmine.Insyallah


Sekian
Wassalam wbt
<ds>

Santai Gazebo bertemakan "Shine Bright Like A Diamond"


Assalamualaikum wbt...



Pada malam ini pada jam 9 malam kami dari barisan penggerak PMH akan mengadakan forum bertemakan "Shine Bright Like A Diamond" bertempat di surau Al-Iqra Kolej Jasmine.Mungkin ada yang keliru kenapa dari gazebo bertukar ke surau pula?Asif di atas kekurangan kami kali ini,ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat kami elakkan.Tidak mengapa para sahabat, yang penting program ini dapat dijalankan dan penyampaian ilmu itu berjalan lancar.

Kalau sahabat sekalian ingin tahu lebih dalam mengapa kami memilih tajuk "Shine Bright Like A Diamond" ini, apa lagi jom bersama kami malam ini. Insyallah bersama moderator Syafiqah Nina dan tiga orang ahli panel jemputan yang kami tampilkan khas malam ini, insyallah ada kelainan yang ingin di sampaikan di situ.Sama-sama kita nanti kan apakah sebenarnya yang ingin disampaikan dan apakah sebenarnya kaitan tajuk ini dengan kehidupan seharian kita. 

Jom ramai-ramai kita penuhkan surau kita dengan pengisian ilmu ini.Insyallah dari sedikit ilmu ini kita dapat manfaatkan untuk masa depan. Kita sama-sama mencari ilmu dan insyallah ilmu itu yang akan mengingatkan kita tentang apa kita perlu lakukan agar menjadi lebih baik. Jika baik ilmunya,insyallah baik pengakhirannya. Ilmu yang baik diambil, ilmu yang kurang baik jadikan sempadan.

Jadi akhir kata,pastikan temu janji sahabat sekalian bersama kami barisan penggerak PMH malam ini ya.Jumpa di sana,insyallah.


Sekian
Wassalam
<ds>

Geng Penyayang Geng Kita Edisi minggu ini "HUSNUZHAN"

Assalamualaikum wbt...

Geng Penyayang Geng Kita (GPGK) Edisi minggu ini..
Apa khabar sahabat sekalian selepas pulang dari cuti panjang minggu lepas?Diharapkan sihat hendaknya.Setelah seminggu bercuti, kami barisan penggerak PMH terutamanya di bawah kepimpinan Biro Dakwah dan Surau (BDAS) kembali dengan edisi Geng Penyayang Geng Kita. Edisi minggu ini kami memfokuskan isu "Husnuzhan".

Jika para sahabat ingin tahu apa itu Husnazhan, apa dia pecahan husnazan dan apa sahaja berkaitan husnazhan boleh dapatkan petang ini di gazebo berhadapan dengan surau Al-Iqra Kolej Jasmine.Dapatkan naskah percuma ini dari barisan penggerak yang mengendalikan GPGK ini. Jom ramai-ramai turun dapatkan edisi terhad dari kami barisan penggerak PMH. Bukan sahaja naskah percuma, kupon aktiviti turut disediakan dan big apple turut di jual.

Ini dia flyer dari barisan penggerak BDAS.....


Muka depan naskah minggu ini...

Muka belakangnya pula...

Dapatkan segera dari penggerak PMH...
Insyallah walaupun sedikit namun ilmu itu pasti bernilai,insyallah amin

sekian
wassalam
<ds>

Monday 7 October 2013

Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib?Apa yang kita faham?

Assalamualaikum wbt

Bersandarkan kepada tajuk di atas,mungkin ada yang faham kiasannya, mungkin ada yang tidak faham dan mungkin juga ada yang menerima bulat-bulat ayat ini. Jom kita fahami sedikit apa yang dimaksudkan dengan tajuk ini. Ianya bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa mahu pun menyentuh mana-mana hati.Ini lah yang dinamakan tarbiyah dan saling mengingati di dalam islam. 

Apa itu aurat?
Dari segi bahasa aurat bermaksud keaiban dan dari segi istilah ia bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya).
Jadi secara konklusinya, aurat itu wajib ditutup bagi wanita yang sudah baligh dan ia juga menyentuh juga aurat bagi kaum adam.Cuma mungkin sedikit berbeza dari segi had-had aurat.

Antara dalil-dalil yang menguatkan lagi apa itu aurat wanita adalah :
"Wahai anak adam,telah kami turunkan kepada kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan perhiasamu,dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang itulah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat" <surah al-a'raf ayat 26>

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." <hadith Bukhari dan Muslim?

Bertudung itu wajib atau tidak?
Cuba fahami dua surah ini dan fikir sejenak kesamaan ayat tersebut...

"dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dada mereka" <surah an-nur ayat 31>

bertepatan dengan kewajiban menutup aurat dan bertudung, kita sebagai pengganut agama islam adalah lebih elok memakai pakaian yang menutup aurat dan bertudung sebaiknya. Sebelum ini mungkin ada dikalangan kita yang percaya bulat-bulat ayat ini "Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib" untuk bertudung ala kadar sahaja.Cuba muhasabah diri dan perbaiki pakaian kita untuk lebih menutup aurat dan bukannya membalut aurat semata.Apa pula membalut aurat semata?...

Membalut aurat semata seperti...
  • bertudung tetapi ber t-shirt berlengan pendek
  • bertudung tetapi macam shift sekejap pakai sekejap tinggal di almari
  • bertudung tetapi berbaju kebarung terbelah kainnya,terketat pinggangnnya
  • bertudung tetapi sendat,mendat,nipis dan mungkin menggoda hati si adam 
  • bertudung tetapi dilonggarkan pula tudungnya hingga nampak jambulnya
  • bertudung tetapi dilemparkan pula tudungnya ke dada,fashion simple katanya
  • bertudung tetapi jelas sanggulnya,leher jinjangnya,tinggi tengkuknya dan dadanya.
Tepuklah dada dan tanyalah iman di dalamnya,sejauh mana kita sanggup melanggar syariat Nya sejauh itulah lemahnya iman kita. Berhati-hatilah duhai sahabatku, tatkala hati kita tidak berasa bersalah dan berdosa pada Allah swt, ia petanda hati kita mengalami krisis penurunan iman yang membimbangkan.Jangan jadikan tema "belum sampai seru dan belum sampai hidayah" sebagai alasan,kerana hidayah bukan dinanti ibarat menanti bulan jatuh ke riba tetapi perlu di cari seperti menuntut ilmu hingga ke negeri China.Jadi bukan hanya ilmu perlu di cari, begitu juga hidayah dan iman.

Mungkin ada yang mempersoalkan ayat-ayat di atas, namun percaya atau tidak,jika ada sedikit rasa marah, sedikit rasa sentak di hati dan sedikit rasa tidak puas hati,ia bermakna hati-hati kita masih mempunyai rasa malu dan masih ada rasa iman dan taqwa sebagai seorang islam.

Mungkin sebelum ini kita leka akan cara kita bertudung dan berpakaian, tetapi itulah sebabnya mengapa Allah swt masih memberi kita peluang dan ruang untuk bernafas dan hidup di bumi-Nya. Ia hanya kerana satu tujuan,iaitu supaya kita masih mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik dan terbaik hari demi hari.Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai resepsi untuk kita menjadi lebih baik,pedulikan pandangan tajam manusia lain, hiraukan tomahan sinis orang lain. Berbanggalah kepada diri kita sendiri kerana mempunyai hati yang berani untuk berubah.Orang lain tidak mampu mengubah diri kita jika kita tidak mengubah diri kita sendiri.

Jika kita laungkan kita sayang mak, kita sayang ayah, kita sayang mak ayah dunia akhirat, apalah ertinya jika tidak tertutup dengan sempurnanya aurat kita.Kita menggali dosa untuk mereka saban hari, habislah amalan baik dan pahala si ayah dan si ibu kerana kita. Sayanglah mereka dengan sesungguhnya, jagalah aurat kita sebaik mana mereka menyanyangi kita. Eratkanlah tali ini sehingga ke syurga,Insyallah,amin


Sekian
wassalam wbt
<ds>






Apa itu Usrah?

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat sekalian? Diharapkan berada di dalam kesihatan yang terbaik dan iman yang terbaik,Insyallah Amin. Kali ini kami ingin mengupas sedikit berkenaan "USRAH". Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa usrah lagi dan lagi?Sedangkan ia sudah diterangkan pada program Sampel yang lepas. Memang tidak dinafikan apa itu usrah sudah diterangkan,tetapi kami percaya bukan semua yang hadir itu faham akan maksud sebenar usrah dan isi nya bukan? Jadi di sini kami titipkan sedikit nota ringkas tentang "USRAH" agar dapat di fahami dan di baca berulang kali oleh sahabat sekalian.

Mula-mula kita perlu tahu apa itu Usrah..


Usrah dijenamakan semula oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir di bawah pimpinan Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pada tahun 1928.Namun begitu usrah telah lama dipraktikkan oleh umat islam iaitu ketika Nabi Muhammad saw yang berusaha mengumpulkan golongan terawal yang memluk islam di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam di Mekah bagi menyampaikan wakyu-wahyu yang diturunkan kepada baginda.

Jadi apa itu "usrah"?.Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dna menghayati manisnya islam. Ia dikuatkan lagi dengan satu potong ayat al-quran yang bermaksud :

"Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan bebuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah swt" <surah al-maidah 5:2>

Tetapi usrah pada masa kini sudah diperluaskan bukan sahaja dalam konteks keislaman sahaja.Asalkan kita berusrah sesama ahli usrah kita, kita boleh sahaja berbincang tentang isu-isu semasa yang kita rasakan perlu dibincangkan dan dikongsikan.Mungkin sahaja tentang islam,pelajaran,permasalahan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Janganlah kita persempitkan minda kita bahawa usrah ini semuanya tentang agama. Jom revolusikan minda kita dan mulakan langkah dengan berusrah.Carilah rakan usrah yang betul dan boleh membawa kita mengisi jiwa dan minda kita tentang manisnya berusrah :-)

Apa pula rukun Usrah..

1. Taaruf @ mengenali...
saling kenal-mengenali sesama ahli di dalam kumpulan usrah untuk mengeratkan silaturrahim dan ia akan diaplikasikan di dalam usrah dan di luar usrah bagi memenuhi tuntutan alquran dan hadith iaitu :
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
"dan berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
dan "sabda Rasullah saw : seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat satu binaan yang kuat memperkuatkan antara satu sama lain" <riwayat Bukhari dan Muslim>

Mungkin dari konsep ini kita boleh bertanya kepada diri kita sejauh mana keakraban hubungan ini tercipta?Adakah sahabat kita juga terdiri daripada rakan usrah kita juga?Atau pun usrah itu hanya terbina kerana masanya dan ketika kelompok itu bertemu,bukan untuk diluar masanya?Tepuk dada tanya iman ya sahabat sekalian... :-)

2. Tafahum @ memahami..
Ia bermaksud kita perlulah sentiasa istiqomah atas kebenaran islam dan melaksanakan apa yang diperintahkan Allah swt dan meninggalkan larangannya.Di dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam memunasabah diri,munasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.Insyallah.
Selain itu di dalam usrah ini juga, jadikan sikap saling memohon kesejahteraan dan kemaafan sesama rakan usrah dalam momentum mengimbangi dakwah dan perjuangan yang sebenar.Macam itu baru manisnya usrah.

3. Takaful @ membantu
bersedia melakukan kebaikan, prihatin dan perasaan saling membantu dalam membentuk ketinggina iman dan keluhuran ulhwah sesama rakan usrah.Serendah-rendah takaful adalah memberi  bantuan apabila diminta dan setinggi-tinggi takaful adalah memberi bantuan walaupun tidak diminta.Mana yang sahabat pilih?Memberi apabila diminta atau pun membantu seikhlas hati?Renung-renungkan wahai sahabat ku.Bantulah seikhlas hati agar pahala yag diperolehi menjadi saham yang subur di sana.Insyallah amin.


Apa pula adab-adab usrah..

Adab-adab usrah tidaklah sesusah teori-teori yang kita belajar di dalam kelas.Sesiapa pun boleh memberi jawapan yang dirasakan betul,asalkan tidak melampau konteks berusrah itu sendiri.Disini beberapa adab-adab usrah adalah seperti :

1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah Swt bertepatan dengan firmannya "dan tidaklah mereka tiadalah disuruh melainkan supaya menyembah Allah,serta mengikhlaskan agaman bagi-Nya,beribadat mengharap keredhaan-Nya" <surah al-bayyinah 98:5>
Hadith Rasullah saw juga menyebut " hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap seseorang itu apa yang diniatkan" <Muttafaqun'alaih>

2. Meminta izin masuk
Mintalah izin untuk masuk dna berilah salam sebelum memasuki kumpulan usrah tersebut. Ia bertepatan dengan firman allah "Hai orang yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin dan mengucapkan salam kepada empunya.Demikianlah itu lebih baik bagimu,mudah-mudahan mendapat peringatan" <surah an-nur 24:27>

3. Suci
Datanglah dalam keadaan bersuci dan berwudhuk dan memakai pakaian yang sopan dan sempurna bagi memudahkan kita untuk bersolat dan memegang al quran dan membaca ayat-ayat di dalamnya dan insyallah disimpangkan dari gangguan syaitan.Insyallah.

4. Membawa Al-quran atau nota
Memudahkan kita untuk merujuk mana-mana surah yang dibaca dan membuat sedikit nota tambahan dari huraian yang dipelajari bersama sewaktu usrah di jalankan.Mungkin ada yang kita tidak jelas dna sudah dijelaskan.

5. Mengukuhkan ukhwah
Datanglah dengan niat untuk merapatkan ukhwah sesama rakan usrah dna berkasih sayang kerana Allah swt.Hadith berkaitan adalah seperti berikut : Sabda Rasullah saw "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku?Pada hari ini,mereka itu aku berikan naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan ku sendiri" <Hadith Muslim?

Adab-adab usrah yang lain termasuklah :

  • menuntut ilmu
  • bersalaman
  • menjaga rahsia rakan seusrah
  • menyampaikan kepada orang lain
  • bersopan dan mengawal suara
  • berusaha mengenali sahabat dan bertambah ukhwah
  • membaca al-fatihah di permulaan dan diakhiri dengan tasbih kifarah
Jadikanlah usrah ini salah satu jadual kelas kita,Insyallah dengan usrah ini Allah akan bina dinding-dinding iman di dalam hati kita,konkrikkan ia dengan taqwa dan islam.Mungkin dengan usrah ini kita lebih mengenali manisnya islam dan manisnya persaudaraan dalam islam.Insyallah.

Inginkan Usrah?
mari bersama kami warga PMH Puncak Perdana
Berkongsi apa yang termampu lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa
Satu baris ayat yang sering disebut oleh seorang penggerak PMH iaitu "Belajar itu nombor satu tetapi dakwah bukan yang kedua,Insyallah".Mungkin kita pun boleh praktikkannya.

sekian
wassalam wbt
<ds>