Wednesday 31 October 2012

PROGRAM KAMI

Assalamualaikum pembaca yang dirahmati sekalian.

Semester ni kami dari barisan penggerak PMH kolej Jasmine ada merangka beberapa aktiviti sampingan selain sembang gazebo. Ni antara aktiviti yang telah kami lakukan dan bakal lakukan.


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah swt gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka" (surah At-Taubah:124)




Sabda nabi Muhammad Saw :
sampaikan dariku walaupun hanya sepotong ayat.

"berkata Imam Al-Ghazali"
Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad. (Imam Al Ghazali)




Aktiviti berkala:

  • Usrah mengikut kumpulan yang telah diberi.
  • Sebening kasih (Qiam) setiap Jumaat insyallah.
  • KUTIM atau Kuliah Tiga Minit selepas solat maghrib.
  • Skuad Penyayang setiap Khamis/Jumaat.

Program akan datang.
  • Forum Gazebo/Gotong-royong Gazebo (10 Nov 2012)
  • XPDC bukit utk bulatan gembira (11 Nov 2012)
  • Majlis Doa akhir tahun (15 Nov 2012)
  • Slot gazebo (24 Nov 2012)
  • Malam 1 kepastian (01 Disember 2012)
mari sama-sama menyertai aktiviti kami
sama-sama bergembira sambil mengisi pengetahuan kita tentang ISLAM

sekian
wassalam


Secangkir teh untuk rohani

Assalamualaikum wbt, 

apa kata petang ini kita (pmh bersama anda) beristirehat dengan cerita menarik di  bawah ini , sambil menghirup secawan teh .       
                                                                                                     

Moral yg kami cuba kongsikan dengan pembaca sekalian pada petang ini adalah think positive dan jom beramal walau di mana kita berada :) No excuses ,ok :) Mari kita renung-renungkan gambar di bawah 


 Kawan kita nih laksanakan juga solat walaupun kurang upaya :) .Jadi ,macam mana pula dengan kita yang sihat walafiat ni .Jadi , solat itu...



Ha, banner ini sudah sampaikan apa yg cuba pmh perkatakan :) .Macam mana rasa teh hari ni ?Enak ?Manis ? InsyaAllah pada masa akan datang pmh akan cuba sediakan santapan rohani untuk anda...wassalam.
renung-renungkan
selamat beramal

Program "SAMPEL"

Assalamualaikum wbt

Disini kami ingin berkongsi sedikit kenangan sepanjang program sampel di jalankan.
Inilah sedikit gambar sepanjang program SAMPEL (Sambutan Pelajar) yang kami anjurkan pada awal semester dahulu.


Poster program



bulatan gembira (BG) "buka hati" 

bulatan gembira di DSG Kolej Jasmine

alhamdulillah ini dia hati-hati yang terpilih.

siswa-siswa yang membuka hati untuk mengikuti program kami.

non muslim pun boleh ikut sekadar perkongsian kan. tidak salah untuk mengetahui sesuatu ilmu.

 sesi pembahagian kumpulan

 sesi ceramah

ini betul2 gembira bulatan gembiranya..hehe

p/s :
jom ramai-ramai sertai kami


Informasi Kami



Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT blog ini disediakan bagi menjadi platform kepada semua warga kolej jasmine uitm kampus puncak perdana mahupun pembaca lain untuk mengetahui dengan  lebih lanjut mengenai persatuan ini beserta aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang semester 2012/2013 dan semester-semester akan datang insyallah..

Sebarang maklumat boleh hubungi kami : 
No. official: 019-2851032

JAWATAN KOSONG!

Assalamualaikum wbt
Kami ingin berkongsikan sedikit maklumat melalui sebuah banting sahaja.Alhamdulillah. Poster ini nampak mcm biasa je kan? Tetapi cuba hayati dan dalami apa yang cuba disampaikan. Masya Allah poster ini rupa-rupanya mengajak kita semua menunaikan solat!




Insya Allah dengan sedikit peringatan ini mungkin akan membuka hati-hati insan terpilih yang dipilih oleh Allah swt utk kembali menyembah NYA. amin. Bersama-samalah kita sebagai hambaNYA memperbaiki amalan solat kita sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

p/s :

solatlah selagi mampu
sesungguhnya solat itulah harta kita di akhirat

Barisan Penggerak PMH sesi 2012/2013

Salam.
Insya Allah ini lah barisan penggerak kami bagi sesi September 2012 - Januari 2013. 

Barisan Penggerak siswa sesi ini

AHLI MAJLIS TERTINGGI

Presiden: Abd Hadi Bin Ahmad
Timb.Presiden I: Muhd Nazrin Bin Nazaraly                
Timb Presiden II: Solehah Bt Azman
Setiausaha:Nur Syafiqah Bt Fadzillah
Timb. Setiausaha: Noraina Mardziah Bt Ahamad
Bendahari: Fatimah Bt Sulangkir


BIRO TARBIYYAH & KEBAJIKAN

Mohammad Fakhrulrazi Bin Mohd Fadil
Afiqah Bt Zubir
Mastuyah Bt Wahid
Dayang Raziela Bt Awang Yusuf
Zafirah Bt Muhammad

BIRO DAKWAH & SURAU

Muhammad Syawal Bin Mat Ghani
Ummi Hafizah Bt Mohamad Daut
Muhd Zulhairi Bin Maliki
Siti Hazira Bt Anuar
Mohamad Norfitri Hanif BIN Mohd Rahani
Mazlinda Bt Ahmad Khatib
Siti Nor Salwa Bt Salim Pohari

BIRO KEUSAHAWANAN

Abdul Rashid Bin Hariri
Amylia Zakiah Bt Ahmad Zuki
Muhamad Afiszul Fakhri Bin Mohd Amin
Yumni Bt Sarlan
Wan Norliana Bt Wan Abdullah
Nur Mariana Bt Othman
Mohd Fazli Bin Mahazan
Muhammad Abdullah Bin Mohd Yusoh

BIRO PUBLISITI & MULTIMEDIA

Hassan Al-Banna Bin Abu Bakar
Nor Hasyimah Bt Hussain
Muhammad Azfar Faieq Bin Razali
Nurdiana Bt Md Salini
Wan Nurul Natrah Bt Md Nor
Mohd Hafiza Bin Ibrahim
Muhammad Fawwaz Bin Abdul Rashid
Dzulkifli Bin Mat Rejab

barisan penggerak siswi sesi ini

semoga kami mampu memikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin..amin..:-)

Antara Wasiat Rasulullah saw

Assalamu'alaikum w.b.t

Mari kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengetahui apakah wasiat yang diwasiatkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

1.  Hak sesama Islam

Rasulullah saw bersabda:
Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada lima:

1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. Mendoakan orang yang bersin


2.  Anjuran solat berjemaah

Rasulullah saw bersabda:
"Apabila ada tiga orang yang tinggal di kampung atau di gunung tidak mengerjakan solat berjemaah, maka mereka telah dikuasai oleh syaitan (iblis). Maka hendaklah kamu semuanya berjema`ah; sesungguhnya serigala itu makan kambing yang memisahkan diri dari kawannya."

3.  Jangan panjang angan-angan

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan terkena kamu semua ialah dua perkara iaitu: mengikut hawa nafsu dan panjang angan angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."

4.  Dua bendera di hadapan pintu

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapapun yang keluar dari rumahnya (untuk suatu tujuan) dipintunya ada dua bendera, iaitu bendera dibawah pimpinan malaikat dan bendera dibawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya untuk tujuan yang diredhai Allah, maka ia berada pada bendera malaikat, demikian seterusnya sehingga ia pulang semula kerumahnya. Apabila ia keluar untuk tujuan atau pekerjaan yang dibenci oleh Allah, maka ia berada dibawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai ia pulang ke rumahnya."

5.  Kewajipan menjaga hak orang lain

Rasulullah saw bersabda:
"Tunaikan amanah itu kepada orang yang mempercayaimu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu."

6.  Kemaafan adalah kemuliaan

Rasulullah saw bersabda:
"Tidak akan berkurang harta kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah pada seseorang yang memaafkan, kecuali kemuliaan. Tidaklah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya."

7.  Rahsia yang tersimpan dalam ucapan salam

Rasulullah saw bersabda:
Tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman, dan tidak dapat dikatakan beriman sebelum kamu saling mencintai antara satu dengan yang lain. Mahukah kamu saya tunjukkan tentang sesuatu yang kalau kamu kerjakan tentu kamu akan saling mencintai? Iaitu, sebar luaskan salam diantara kamu."

8.  Jangan biarkan kemungkaran

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah merubah dengan tangannya. Kalau tidak sanggup, hendaklah menegur dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak sanggup, maka hendaklah dgn hatinya..Yang terakhir ini adalah merupakan usaha yang paling lemah dari iman."

9.  Ubat bagi hati yang berkarat

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah SAW bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."


10.  Sama rata antara dunia dan akhirat

Rasulullah saw bersabda:
"Bukanlah orang yang paling baik di antara kamu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula meninggalkan akhiratnya kerana dunianya. Sebab dunia itu akan dapat menyampaikan kamu kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban bagi manusia lain."

**Semoga kita sama-sama mendapat sedikit bekalan untuk mengharungi lautan kehidupan.

Tuesday 30 October 2012

KBM

Assalamualaikum wbt para sahabat.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa tu KBM kan? KBM tu Keindahan Bersama Mu. Bagi yang telah menyertai program ni terima kasih atas sokongan yang diberikan ye.Program ni telah dijalankan di sekitar Kolej Jasmine pada 20 Oktober 2012 hingga 21 Oktober 2012.

Terima kasih kepada semua barisan ajk yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. syukran.


poster yang direka khas oleh ecxo multimedia dan publisiti PMH.

 kalian adalah insan yang terpilih. Alhamdulillah

para peserta.

Diantara pengisian yang telah dikongsi

KBMPP FC 

mendalam maknanya.

 Presiden PMH sesi 2012/2013

barisan tetamu,exco dan peserta

Ukhwah Fillah, Insya Allah

Forum Gazebo: Hijrah dan Da'wah. Penting sangat ke?

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah ini pula di antara aktiviti yang bakal dijalankan naik midsem ni. Terima kasih kepada exco publisiti dan multimedia yang telah bertungkus lumus menyiapkan poster yang sangat kreatif ini. Nantikan poster untuk aktiviti lain pula .Insya Allah kami akan update sebarang aktiviti yang akan dijalankan nanti.






Semua warga kolej Jasmine dialu-alukan utk turut serta dalam forum ini. Kehadiran anda Insya Allah di antara hati-hati yang dipilih. amin.

Program awal semester

Salam ukhwah semua.

Di bawah ialah program yang telah dijalankan pada awal sem ini. Alhamdulillah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan mendapat sokongan yang menggalakkan oleh warga kolej Jasmine kolej warna alam. Terima kasih kepada yang menyertai kami skuad Persatuan Mahasiswa Hadhari Puncak Perdana. Insya Allah aktiviti-aktiviti lain akan menyusul selepas ini.







Logo rasmi PMH

Alhamdulillah ini lah logo rasmi bagi persatuan kami.