Tuesday 30 April 2013

Ya Allah....



Ya Allah....
Jika hatiku tidak ikhlas melakukan amal ibadah...
Jika hatiku riak terhadap kelebihan yang Kau berikan...
Ingatkanlah aku bahawa Kau telah memberikanku pilihan...
destinasi abadi antara syurga atau neraka...

Ya Allah...
Ingatkanlah aku bahawa dunia ini medan ujian...
Ingatkanlah aku bahawa akhirat itu tempat menuai hasilnya...
Bimbangkanlah aku bahawa hari esok belum pasti menjadi milikku...
Kerana mungkin aku tidak akan terjaga lagi...
Ingatkanlah aku bahawa kain putih itu pakaian terakhirku...
Sedarkanlah aku bahawa akulah bakal penghuni kubur...
Yang bakal disoal Munkar dan Nakir...
Sedarkanlah aku bahawa azab kubur itu dahsyat,
Agar aku terjaga daripada lamunan dan ketawaku,
Menangis menyesali dosa-dosa lalu..

Ya Allah...
jangan biarkan cintaku kepada keluargaku...
jangan biarkan cintaku kepada sahabat-sahabatku...
jangan biarkan cintaku kepada kenikmatan duniawi...
lebih aku cintai daripada cintaku kepada-Mu...
tetapi Ya Allah...
cintakanlah aku kepada kematian,
kerana hanya itu yang bisa membawaku...
lebih dekat kepada-Mu...

Ya Allah...
ighfir dzunuubi...ighfir dzunuubana...

renung-renungkan
sekian
wassalam
<ds>

Monday 29 April 2013

Tentang Ibu...

Tentang Ibu...

Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami dari barisan penggerak PMH ingin menyentuh sedikit berkenaan IBU...
ya tentang ibu,atau mungkin ada yang memanggilnya dengan panggilan mak,umi,mama dan mungkin mummy,ikutlah keselesaan antum semua,kerana yang penting panggilan yang berbeza itu tetap membawa maksud yang sama iaitu insan bergelar IBU...

Ramai yang naikkan status di facebook tentang perasaan rindu dan kasih pada ibu saban hari,tetapi adakah sayang yang dilafazakan di alam maya "fb" ini disampaikan kepada ibu kita?atau sekadar di facebook?atau sayang dan kasih di facebook, tetapi melawani kata-katanya ketika bersama?Tepuk dada tanyalah iman kita semua..

Berbalik kepada IBU... kenapa ibu????
Kenapa ibu itu diangkat darjatnya disisi agama kita?
Kenapa ibu itu dikatakan anugerah paling indah dalam kehidupan seorang insan bergelar anak?
Kenapa ibu itu dikirakan mati syahid seandainya nyawanya ditarik ketika melahirakan anaknya di dunia ini?
Kenapa restu dan redha ibu itu dipandang oleh dan di angkat oleh allah swt?
Kenapa dan kenapa???

Berlandaskan empat pertanyaan di atas, adakah ia terkesan di hati kita untuk menyayangi dan mengasihi ibu kita dengan sepenuh hati kita selepas ini?adakah bertambah lagi kecintaan kita  kepada ibu kita? atau adakah masih di takuk lama..

Apalah salahnya jika kita sebagai anak menghubungi ibu kita di kampung untuk bertanya khabar setiap hari.Percaya atau tidak itulah panggilan yang dinanti-nantikan olehnya setap hari.Mendengar suara anaknya di pagi hari.Tidak salah rasanya kalau kita luakkan sedikit kredit kita untuk menghubungi ibu dan menjadikan ia satu amalan harian kita sebagai pengganti kepada "salaman dan kucupan dahi" kita dahulu sebelum ke sekolah.Lakukanlah ia selagi termampu...

Hayati potongan ayat ini...
"dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya sampai di umur lanjutnya,peliharalah mereka,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak kepada mereka dan ucaplah kepada mereka perkataan yang mulia..." <surah al-isra ayat 23>

kenangilah saat ibu kita mengusung kita di rahimnya selama 9 bulan,ke sana ke mari ibu membawa kita, walau penat, walau sakit dan tidak selesa, dibawanya kita dengan kasih sayang..
ingatilah saat kita sakit,ibulah yang bersengkang mata menjaga kita..
di saat kita terluka,ibulah menjadi penawarnya...
hargailah insan ini...

untuk ayah pula...
janganlah dilupakan insan ini..
kenangilah setiap langkahnya mencari rezeki hanyalah untuk membesarkan kita
hargailah keringat dan peluhnya yang menitis demi kita
ingatilah senyumannya tatkala kita mencium tangannya...

hargailah kedua-duanya selagi mereka masih tersenyum melihat kepulangan kita
hargailah mereka selagi mereka ketawa dihujung talian telefon bimbit kita
hargailah mereka selagi mereka mampu bersama kita
jangan dilewati saat manis ini
jangan disia-siakan ruang ini
jangan dilukai hati mereka...
hargailah mereka
gengamlah tangan mereka
ciumlah dahi dan wajah mereka
selagi mereka masih berkedip dan bernafas....

sekian
wassalam
<ds>








Tentang kita yang sangat tak disukai syaitan?

Tentang kita yang sangat tak disukai syaitan?

Assalamualaikum wbt...
Sudah lama rasanya tidak mempenakan sesuatu di blog PMH ini kan.Walaupun entri ini cuma copy dan paste dari blog saudara yang lain,namun niat untuk menyebarkan sesuatu tentang indahnya islam itu lebih penting bukan?

Cuba kita renungkan apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan syaitan kekal membenci dan tidak menyukai kita...


Antaranya...
Syaitan tak suka kita tinggalkan perbuatan jahiliah kita yang lampau.
Syaitan benci bila kita usaha untuk sering dekat dgn Al-Quran.
Syaitan jugak benci dengan ukhwah kita.
Lagi dia benci bila kita yang suam-suam kuku dengan agama mula berjinak-jinak dengan dakwah.

Jadi sahabat-sahabatku, tak mustahil kita sering ditimpa penyakit lemah semangat dan rasa berat.Jadi bertahanlah dalam apa sahaja kondisi. Dan juga KUATKANLAH pertahanan di waktu-waktu strategik serangan syaitan mudah efisien. Iaitu waktu cuti dan waktu senggang kita.

INGATLAH,
Allah memilih kita mendapat hidayah pasti bersebab.
Allah uji iman kita juga pasti bersebab.
Sebabnya begitu JELAS.

Iaitu Allah ingin melihat adakah kita mampu mengaharunginya dan adakah kita kekal bersyukur dengan peluang cubaan itu..

sekian
wassalam

<ds>

Thursday 18 April 2013

Semangat Srikandi

Ingin Ku Tiup Semangat Srikandi

Assalamualaikum wbt
Entri ini mungkin lain dari entri-entri sebelum ini,tetapi ia tetap satu informasi yang diharapkan dapat menyuntik semangat srikandi islam untuk menghidupkan Islam di hati antum semua.Insyallah..
Jom hayati ayat di bawah...

Ingin ku tiup semangat srikandi Khadijah ke dalam diri..
Jiwa yang snaggup berkorban demi agama..
agung cintanya kepada Allah swt dan Muhammad saw..

Kuimpikan diriku seperti Fatimah Az-Zahrah, puteri Rasulullah yang kuat dan tabah menempuhi segala dugaan. Inginku menjadi seperti Masyitah, kuat keimanan penuh keyakinan terhadap Tuhan Yang Satu, mati dalam keunggulan iman hingga pusara tersebar harum mewangi.

Ya Allah, mungkin aku hanya mampu mengutip ibrah daripada lembaran hidup wanita solehah seperti mereka.
Tiuplah kekuatan ke dalam diriku. Akan kujadikan diriku seorang muslimah yang hebat peribadinya, remaja yang tegar dengan cabaran dunia, tidak begitu mudah tergoncang pendiriannya.

Akan kudidik hatiku menjadi insan berperibadi Ad-Deen, Insyallah, Amin. Terus mengorak langkah!

(QS 4:45) wakafa billahi waliyya, wakafa billahi nashiro

sekian
wassalam

Wednesday 17 April 2013

Dahulukan yang Kanan...

Dahulukan yang Kanan...


Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah detik ini saat ini,kita semua masih diberi nikmat nafas untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.Alhamdulillah..Insyallah ruang yang diberi ini mungkin sebagai medan untuk kita  memperbaiki diri.Amin.Entri kali ini kami ingin berkongsi tentang salah satu sunnah atau amalan nabi Muhammad saw semasa masih hidup.Jadi apa salahnya kita ambil masa baca sedikit maklumat ini dan ambil pengajaran darinya untuk dijadikan amalan.
syukran....

Allah berfirman dalam kitab Nya.
“ Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu”
Allah S.W.T telah peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan dan kemajuan. Nabi S.A.W suka memulakan dengan kanan dalam setiap urusannya. Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Rasulullah S.A.W suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan. Kebanyakan urusannya, baginda suka mulakan dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain baginda suka menggun tangan kanan. Jika kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W pasti kita akan suka dengan apa yang disukai oleh Nabi S.A.W. Nabi S.A.W suka dalam mendahulukan bahagian kanan . Perkataan penting disini bagi Nabi S.A.W ia bukan sekadar amalan tetapi kesukaan baginda.

Kita patut mencontohi Nabi S.A.W dalam semua perkara. Nabi S.A.W pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut baginda telah ditegur oleh Nabi S.A.W :
“Mulakan cukur dari bahagian kanan”
Nabi S.A.W mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan kanan. Kita sentiasa mengingatkan para pemuda dan sahabat kita ia satu amalan sunnah, jika kita belajar dan mengajarnya kepada orang lain kita akan mendapat banyak ganjaran.

Contoh kalau kita pergi ke kedai gunting, kita akan ajarkan dia dengan berkata
“ Ya fulan, sunnah Rasulullah S.A.W baginda suka dahulukan mencukur di bahagian kanan sebelum bahagian kiri. Lebih baik kau ikut sunnah Rasulullah S.A.W. Berapa banyak kau gunting dalam sehari?”.
Dia mungkin jawab : “10,20 kali dan yang terkenal mungkin 40 kali sehari”.
Jika kita congak kebiasaannya 20 kali sehari, jadi dalam setahun sebanyak 7 ribu kepala telah dia guntingkan. Maka kita telah hidupkan sunnah Nabi S.A.W sebanyak itu. Apabila kita ajarkan mereka tentang sunnah Nabi S.A.W. Dengan itu kita telah sebarkan sunnah Rasulullah S.A.W yang asing bagi orang lain.

Fakta sains telah membuktikan seluruh pergerakan tubuh dalam tubuh manusia bergerak mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan bermula dari bahagian kanan dan bergerak ke kiri. Ambil dan memberi dengan tangan kanan adalah sunnah harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi sudu, pinggan, kertas dan pensil. Berapa kali kita menjamu selera? Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau juruwang dan penjual di pasar raya. Berapa kali mereka megambil dan memberi duit atau bil bersama pelanggan? Ratusan kali, paling minimum 200 kali dalam sehari. Bermakna dalam setahun dia melakukannya sebanyak 70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi tersebut.

Satu kisah tentang Nabi S.A.W suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau 5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi S.A.W minum, dia suka mendahulukan kanan. Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan berkata :
“ Izinkan aku berikan minuman kepada mereka dahulu.”
Lalu dia menjawab :
“Ya Rasulullah, takkan ada yang membantahmu.”
Maka Nabi S.A.W berikan minuman kepadanya dahulu. Lihat! Satu modul. Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar r.a seorang tokoh dan alim, tetapi sunnah mendahulukan kanan diutamakan. Saya perlu mendidik anak saya jika memberi air atau kurma dia perlu bermula dari sebalah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua, penting dan alim. Inilah sunnah Rasulullah S.A.W.

Mendahulukan kanan sunnah bagi seluruh para nabi. Di dalam kitab-kitab agama samawi, penganut agama terdahulu menggunakan tangan kanan ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan. Indahnya! Manusia boleh merasakan bersangka baik pada Allah S.W.T. Kita gunakan tangan kanan ketika menerima sesuatu,ketika menyikat rambut. Mulakan kanan sebelum kiri. Masuk ke rumah dengan kaki kanan. Masuk ke masjid dengan kaki kanan. Kita pentingkan bahagian kanan. Pada hari kimar nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku amalan mereka dengan apa? Mereka akan mereimanya dengan tangan kanan mereka.

Seperti firman Allah S.W.T tentang mereka :
“ Sesiapa yang diberi menerima surat amalannya dengan tangan kanannya”
Mendahulukan kanan dalam siu etika. Dalam etika makan perlu guna tangan kiri atau seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah sunnah Nabi kita dan para nabi.
Nabi S.A.W pernah menasihati seorang lelaki,
“Jangan makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya.”
Syaitan suka menggunakan tangan kirinya dan Nabi S.A.W suka menggunakan tangan kanannya.

Siapa yang awak lebih sayangkan? Siapa yang menjadi teladan? Dan sunnah siapa yang adan pilih? Prihatinnya kita terhadap amalan sunnah Rasulullah S.A.W takkan menjadikan kita mundur atau kolot. Sebaliknya jika kita berpegang dengan sunnah Nabi S.A.W Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.
Jika kita berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan, akan bertambah cintanya Allah kepada kita. Memberikan nikmat cinta Nya kepada kita. Sunnah Nabi begitu bernilai bagi hidup kita jika penghayatan sebegitu. Perjalanan hidup kita mengikut sunnah Rasulullah S.A.W

p/s :
alangkah indahnya hidup kita
andai menghidupkan sunnah nabi dalam kiehidupan seharian kita

sekian
wassalam


Tuesday 16 April 2013

7 Kalimah Untuk Diamalkan !

7 Kalimah Untuk Diamalkan...
<biasa-biasakan ya sahabat>


Assalamualaikum wbt..

Jom amalkan kalimah-kalimah indah yang selalu diamalkan oleh Nabi Muhammad Saw.Daripada kita berzikir dengan telefon bimbit kita,berzikir dengan lagu kegemaran kita,apa salahnya sekali sekali berzikir dengan kalimah-kalimah ini.Bukan sahaja melatih diri menjadi lebih baik tetapi juga dapat menambahkan iman dan pahala kita.Insyallah..


Amalkanlah kalimah-kalimah ini sewaktu lapang antum semua.Insyallah ia menjadi saham kita di akhirat kelak.Bukan sahaj sewaktu gembira tapi tatkala bersedih pun boleh diamalkan.Jom amalkan....

Sabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni doasa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.”

... 1. Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani) – Pada tiap-tiap ketika hendak mengerjakan/melakukan sesuatu. 

2. Alhamdulillah ( Segala puji bagi Allah SWT ) – Pada tiap-tiap sesudah/selesai melakukan sesuatu. 

3. Astaghfirullah hal azim (ku memohon keampunan kepada Allah lagi Maha Agung) – Apabila tersilap mengatakan sesuatu yang buruk sama ada sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja. 

4. InsyaAllah (Dengan izin Allah SWT) – Apabila ingin atau berniat melakukan sesuatu pada masa akan datang. 

5. Laa haula wala quwwata illah billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata) - Apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillahi wainna ilaihi raji'uun (Sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepadaNya jua ia kembali) - Apabila 
menerima sesuatu musibah atau melihat kematian. 

7. La ila ha illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah SWT) - Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah.

p/s :
betul-betulkan yang biasa
biasa-biasakan yang betul

sekian
wassalam

Bila Hati Sudah Tertutup...



Bila Hati Sudah Tertutup...



Assalamualaikum wbt
Kali ini kami dari barisan penggerak ingin berkongsi sedikit info berkaitan hati.Di dalam al-quran sahaja ada hampir 180 ayat yang berkaitan dengan hati manusia.Jadi jom kita ketahui tentang hati yang mati dan bagaimana menghidupkannya semula.

Hatinya mati apabila.....
1. mengaku kenal ALLAH S.W.T, tetapi tidak menunaikan hak-NYA.
2. mengaku cinta kepada RASULULLAH S.A.W, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukumnya.
4. memakan nikmat ALLAH, tetapi tidak mensyukuri pemberian-NYA.
5. mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. mengaku adanya nikmat Syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. mengaku adanya Seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar dan menguburkan jenazah saudara, tetapi tidak mengambil pengajarandaripadanya.

ciri manusia yang hatinya sudah mati antaranya adalah:
~ kurang berinteraksi dengan kebaikan.
~ kurang kasih sayang kepada orang lain.
~ tidak menolong orang.
~suka kemungkaran.
~menurut hawa nafsu.
~lalai dengan kebajikan
~suka berbuat maksiat.

ada 3 perkara apabila ditinggalkan akan menyebabkan hati mati:
a) SOLAT
- meninggalkan solat membuatkan jiwa kalut dan gelisah. terjerumus dalam perbuatan keji dan hina, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan.

b) SEDEKAH
- meninggalkan sedekah beerti mementingkan diri dan enggan berbuat kebaikan. mengambil berat mengenai perhubungan sosial tanda bukti keimanan kita.

c)  ZIKIR
- tidak mengingati ALLAH dengan memperbanyakkan zikir boleh menyebabkan hati keras membatu sehingga tidak bileh menerima nasihat dan ajaran agama. zikir akan memberi ketenangan hati. orang tenang hatinya akan berkelakuan positif dan tidak mahu berbuat mungkar.

p/s :
rawatlah hati kita semua selagi diberi hati
balutlah ia selagi ia masih boleh dibalut
dan bajalah ia selagi boleh dibaja...
kerana dengan hatilah kita mengenal indahnya Islam...

sekian
wassalam

A-l-fatihah dan Kelebihannya


Assalamualaikum wbt

Kali ini,kami ingin mengetengahkan sesuatu berkaitan Surah Al-fatihah.Surah al-fatihah adalah ibu kepada al-quran.Sudah pasti kita yang islam ini mengetahui apa itu surah al-fatihah dan sentiasa membacanya did alam solat kita.Namun adakah kita benar-benar tahu tentang surah ini?Atau kita sekadar memenuhi syarat sah solat dengan hanya membacanya di bibir sahaja?Tepuk dada tanyalah iman antum sekalian.

Namun,ia bukanlah satu petanda yang kita semua berterusan tidak mengetahui kebesaran surah ini,jadikan setiap hari sebagai hari untuk menambah ilmu dan menebalkan iman kita.Insyallah..
Jom kita semua ketahui tentang surah al-fatihah ini..
Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.

1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat  dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya…)
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, INSYAALLAH pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:

Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan)



p/s :
Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu” 
Tawakal sepenuhnya pada Allah
Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja
Mintak lah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.


sekian
wassalam

Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra (semasa kelas tafsir al-Quran )


50 Tanda-Tanda Munafik


50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah

Assalamualaikum wbt

Kami bawakan sedikit fakta berkaitan munafik dalam diri seseorang individu yang mengaku bahawa dirinya seorang islam.Bukan ia bertujuan untuk menuding jari kepada khilafnya kita sebagai manusia tetapi lebih kepada satu muhasabah untuk memperbaiki diri kita sebagai seorang muslim.Insyallah

Antaranya adalah : 
·         1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
·         2.Lupa Kepada Allah s.w.t
·         3.Melalaikan Solat Fardhu
·         4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
·         5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
·         6.Meninggalkan Solat Jumaat
·         7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
·         8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
·         9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
·         10.Mengamalkan Riak
·         11.Hasad Dengki
·         12.Dusta
·         13.Mungkir Janji
·         14.Bakhil
·         15.Fitnah
·         16.Mencaci Maki
·         17.Mengumpat
·         18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
·         19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
·         20.Mempersenda Kesucian Agama
·         21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
·         22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
·         23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
·         24.Menangguh Pembayaran Hutang
·         25.Menipu Dalam JualBeli
·         26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
·         27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
·         28.Memakan Harta Anak Yatim
·         29.Membuka Rahsia Orang Lain
·         30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
·         31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
·         32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
·         33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
·         34.Bermuka Dua
·         35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
·         36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
·         37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
·         38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
·         39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
·         40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
·         41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
·         42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
·         43.Memutuskan Silaturrahim
·         44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
·         45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
·         46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
·         47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
·         48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
·         49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
·         50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

p/s :
memperbaiki diri dari sehari ke sehari
walaupun setitik sehari
lebih baik dari langsung tidak memperbaiki diri..

sekian
wassalam

Pesanan Buat Muslimah



Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami ingin berkongsi sedikit tentang muslimah Islam.Jom kita baca bersama...


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sejadah supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah ‘Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini.”

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan…
amin
sekian
wassalam

Amalan Nabi Muhammad saw

Assalamualaiakum wbt
Kali ini kami ingin kongsikan beberapa amalan Nabi Muhammad saw yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian sebagai satu ikutan.


Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah  buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah  ‘soleh wa musleh’.
.
1.     Senyuman
2.     Dahulukan Kanan
3.     Berpakaian
4.     Bercelak
5.     Memakai Cincin
6.     Makan
7.     Minum
8.     Bersilaturrahim
9.     Berjalan
10.  Berkata
11.  Tertawa
12.  Bergurau


والله أعلم بالصواب
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan  Baginda menjilati ketiga-tiganya.”(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”   (Riwayat Ibnu Majah).
.
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi  perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad  Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalammenggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13.  Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan  kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14.  Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15.  Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalammenjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

p/s :

Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar
Jadikan ia satu ikutan agar kita benar-benar menjadi umatnya

sekian
wassalam



Friday 12 April 2013

Geng Penyayang Edisi 1/13 2013


Assalamualaikum...

Poster Geng Penyayang..

Alhamdulillah pd 11 April 2013 PMH telah mengadakan program "geng penyayang".Kelainan telah ditonjolkan dari semester lepas dengan beberapa pembaharuan.Dimana pada kali ini slot geng penyayang  telah ditukar nama dari slot penyayang.Yang paling penting dari sekadar risalah berbentuk A4 kepada risalah berbentuk majalah mini dan tidak lupa juga ia telah melibatkan ahli-ahli PMH untuk turut serta memberi majalah geng peyayang kepada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di sekitar kampus ini.Ia tampak lebih meriah dan menerujakan bukan..?.Jom milikinya...

Majalah yang sangat comel dan berbentuk nota ringkas ini diedarkan secara percuma kepada sesiapa yang berada di sekitar kampus.Alhamdulillah sambutan dari ahli-ahli PMH dan mahasiswa mahasiswi juga amat menggalakkan..Syukran Ya Allah...

Terima kasih kepada Biro Tarbiyah dan Surau PMH atas usaha-usaha yang dilakukan daripada sesi mencari bahan sehingga ke pemilihan bahan.Terima kasih juga kepada penggerak PMH yang memberi sedikii sebanyak perkongsian ilmu kepada ahli-ahli PMH sebelum menegdarkan majalah mini ini.Tidak lupa juga kepada Biro Publisiti dan Multimedia PMH atas  usaha yang dilakukan dalam menyediakan majalah geng penyayang ini.Kepada semua yang terlibat juga diucapkan ribuan terima kasih atas ruag waktu yang di ruangkan.Hanya Allah dapat membalas jasa antum semua.Insyallah usaha yang antum lakukan ini dilihat oleh Allah swt.Insyallah.

Ini adalah majalah edisi pertama bagi semester ini...


Nampak ringkas tetapi padat
Boleh jadikan koleksi peribadi dengan adanya ruang nama dan program

Dengan bermulanya slot geng penyayang ini,di harapkan lebih banyak penyertaan dari ahli-ahli PMH dan lebih banyak percetakkan dapat dikeluarkan khas untuk mahasiswa dan kahasiswi UiTM Puncak Perdana.Ayuh menjadi mahasiswa dan mahasiswi terbaik dunia akhirat..Amin..

Ini diantara beberapa gambar yang sempat di ambil semasa perkongsian ilmu di berikan di surau Al-iqra..






P/s :
sebarkanlah dari ku walau sepotong ayat
<hadith nabi>

sekian
wassalam.


Wednesday 10 April 2013

Jadual Berpuasa Bagi Tahun 2013/1434/1435H


Assalamualaikum wbt



Walaupun sudah melangkah ke bulan ke empat di tahun 2013 ini,namun tidak terlambat kiranya jika kami ingin berkongsi tentang kalendar puasa yang boleh dijadikan panduan untuk berpuasa bagi antum sekalian..

Jadikalanlah amalan berpuasa sunat ini sebagai selingan ibadat seharian kita sebagai hambaNya.Manalah tahu,dengan sedikit amalan puasa ini dapat menambah pahala dan menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu.Insyallah..

Jadi,jika antum semua ingin memilikinya,mudah sahaja,klik sahaja pada gambar di bawah dan "save as.Mudah sahaja kan?..Mari kita manfaatkan masa yang diberi ini dengan berpuasa sunat ya..




p/s :
1. Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah,doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3.Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4.Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.



sekian....
renung-renungkan selamat beramal
tepuk dada tanyalah iman.. :-)

wassalam