Saturday 30 March 2013

Cerita tentang Islam, Iman, Ihsan & Kiamat





KISAH ketika Jibril a.s. bertemu Rasulullah Saw dan sahabat-sahabat Baginda dalam bentuk seorang lelaki.


"Wahai Muhammad, Ceritakan padaku tentang Islam". Jawab Rasulullah Saw: "Islam itu ialah kamu menyaksikan bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji jika kamu mampu". Respon lelaki itu: "Benarlah kamu!"


Tanya lelaki itu lagi: "Ceritakan padaku tentang iman". Baginda bersabda: "Kamu beriman dengan Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat dan kadar baik dan buruk-Nya" Respon lelaki itu: "Benarlah kamu!"


"Sekarang ceritakan pula tentang ihsan", Rasulullah Saw menjawab: "Bahwa kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, Jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Allah melihat kamu"


"Ceritakan tentang kiamat", Baginda bersabda: "Kamu dan aku jua tiada mengetahui kapan (bila) ianya akan berlaku".


"Baik, kalau begitu ceritakan padaku tanda-tandanya". Baginda bersabda: "Apabila ibu melahirkan anak yang menjadi tuannya, dan apabila kamu melihat orang miskin (orang berkaki ayam, tiada berbaju, gembala kambing dan lain-lain orang miskin) berlumba-lumba membina bangunan" Hadis Riwayat Muslim.


Renung-renungkan

selamat beramal.
sekian
wassalam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim





Terima kasih Ya AL-KHALIQ untuk usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih Ya AR-RAZZAQ untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih Ya AL-QAHHAR untuk setiap cubaan dan dugaan yang Engkau turunkan.

Terima kasih Ya AL-BASIT untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Allahu Rabbi,
Terlalu besar kasih-MU terhadapku.
Walau terkadang ana alpa dan leka,
Walau terkadang ana khilaf dalam menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan-MU,
Walau terkadang ana merungut saat dugaan-MU tiba,
Namun Engkau tetap melindungiku setiap saat, setiap waktu.

Ampunkan ana Ya Allah, apabila ana merintih nasib ana di hadapan-Mu.  Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ana mengadu.  Ana hanyalah hamba-MU yg dhaif lagi lemah.  Adakalanya ana kurang kesabaran.  Ada masanya keimanan ana goyah.  Ada masanya ana hampir terikut bisikan syaitan.  Namun dengan limpahan kasih sayang-MU, Engkau menarik ana kembali jauh daripada kesesatan.

Ya Muhaimin...
Pimpinlah tangan hamba-MU ini...
Pimpinlah hati hamba-MU ini...
Pimpinlah langkah hamba-MU ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.

Ya Al-Quddus...
Sebagai hamba-MU yang hina dina, ana sedar bahawa ana takkan mungkin mencapai sempurna.
Tetapi kasihanilah ana...
Bimbinglah ana agar ana mampu meniti titian siratulmustaqim-MU dengan tenang dan mudah.

Syukran Ya Rabb atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Allah yang Maha Besar...
Peliharalah ana agar terus berpegang teguh pada tali-MU.

Amin Ya Rabbal Alamin.

sekian
wassalam

Pembukaan semester sesi Mac-Julai 2013


Assalamualaikum wbt..
Apa khabar antum semua?Kami dari barisan penggerak PMH sesi ijazah mengharapkan antum sekalian sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, amin. Semester ini kami dari barisan penggerak PMH telah merangka beberapa program untuk semua pelajar UiTM Puncak Perdana. Insyallah dan nantikan dari kami semua khas untuk antum semua.


Alhamdulillah, program pertama kami pada semester ini telah pun dijalankan pada 24 Mac 2013 yang lalu.Bermula dari explorace hinggalah ke malam santai bersama PMH semuanya berjalan lancar dengan izin Allah swt. Syukran ya Allah.

Program santai gazebo yang di adakan di sertakan dengan tetamu khas program Da’ie kita iaitu Da’ie Adibah yang juga merupakan pelajar UiTM Shah alam.
Pengisian yang diberikan walaupun agak santai namun memberikan suntikan yang mendalam.Kami tertarik dengan satu baris kata-katanya beliau yang di ambil dr sepotong hadith iaitu “Setiap dari kamu itu adalah pendakwah selepas kamu mengucap dua kalimah syahadah”.Bagi kami kata-kata itu sememangnya membawa makna kepada diri seseorang muslim kerana itu salah satu suruhan Allah swt dan Nabi Muhammad saw.
Ini perlu dijadikan suntikan bagi kita semua untuk mendukung dakwah itu seiring dengan tugas-tugas duniawi kita.Insyallah,amin.

Ini di antara gambar yang sempat kami ambil semasa program dijalankan…

inilah poster untuk malam santai gazebo PMH..

persembahan menarik daripada kumpulan mujahidin..

siswi yang hadir memeriahkan program PMH pd malam itu..terima kasih

Tetamu VVIP kita pada malam itu,Da'ie Adibah.

Dengan bermula sesi santai bersama PMH ini,kami dari barisan penggerak PMH berharap agar program yang kami anjurkan di masa akan datang mendapat sambutan yang lebih menggalakkan dari semua siswa dan siswi Puncak Perdana,Insyallah.

Akhir kata...

"Sanah helwah ya ukthi Fillah"
Semoga kamu menjadi mujahidin dan mujahidah pejuang agama.Lelaki yang soleh,wanita yang solehah persisi bidadara dan bidadari syurga.Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.Semoga Allah swt memberkati kamu.Semoga dimurahkan rezeki,ditingkatkan amalan dan keimanan,dipanjangkan umur untuk terus bersujud pada yang maha Esa.Amin

Sehingga berjumpa lagi ya ukhthi…
Sekian
Wassalam..