Wednesday 14 November 2012

Doa Awal Tahun 1434H dan Doa Akhir Tahun 1433H


Assalamualaikum wbt
Hari ini iaitu 14 November adalah bersamaan dengan 29 Zulhijjah 1433H merupakan tahun terakhir sebelum masuk ke tahun baru iaitu 1 Muharram 1434H .Marilah sama-sama kita membacakanya:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".


Manakala, Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 



PERISTIWA PENTING

  • 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah.
  • 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
*Kredit kepada Jabatan Mufti Melaka

sekian
wassalam


Hijab wanita ISLAM




Hijab Wanita Islam

Hijab bererti tabir, tirai atau dinding dan digunakan juga dengan erti kata perselindungan wanita di dalam Islam daripada pandangan lelaki ajnabi.Rasululullah SAW menyatakan bahawa wanita ialah aurat yang mesti diselindungkan.

Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka  dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”( surah An-Nur ayat 30)

Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas aurat wanita ialah : 
( surah An-Nur ayat 31)

Hijab: Aurat meliputi gaya suara dan jalan wanita
TERMASUK dalam erti hijab bagi wanita ialah menjaga gaya tutur kata dan pertuturannya.
Ia hendaklah tidak dalam gaya atau mempunyai unsur yang boleh menarik perhatian lelaki secara sengaja atau tidak sengaja, seperti gaya pertuturan yang dimanja-manja atau penggunaan perkataan yang memberahikan. 

Firman Allah taala yang bermaksud:
"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian itu boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk terhadap kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). "(Surah Al-Ahzab: 32)


Sebahagian ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa suara wanita adalah aurat juga. Namun semua bersetuju, walaupun di kalangan pihak yang berpendapat suara bukan aurat bagi wanita, bahawa wanita tidak boleh bertutur dengan gaya yang boleh menimbulkan tarikan lelaki terhadapnya.

*Terdapat juga persoalan mengenai bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid? Jawapannya boleh dirujuk di sini

 *Gaya jalan
Termasuk dalam hijab ialah gaya jalan seorang wanita. Ini berdasarkan pada firman Allah taala yang bermaksud:

... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. (Surah An-Nur: 31)

Ayat ini mengharamkan wanita memakai pergelangan kaki yang berloceng sehingga apabila ia berjalan loceng itu berbunyi dan menarik perhatian seorang lelaki kerana ayat ini diturunkan merujuk kepada perbuatan wanita jahiliah yang sedemikian. Berdasarkan ayat ini juga, wanita dilarang memakai pergelangan tangan yang mengeluarkan bunyi loceng yang menarik perhatian dan larangan wanita dari melenggok-lenggokkan tubuh badannya sehingga menarik perhatian lelaki. Lantaran kurang kefahaman, amalan memakai alat perhiasan berloceng ini didapati juga di kalangan wanita yang memakai hijab pakaian.

*Berkhalwat
Berkhalwat bermaksud berdua-duaan di tempat yang terasing dengan lelaki yang bukan mahram. Larangan ini wujud dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka janganlah berkhalwat dengan seorang wanita tanpa bersamanya mahram kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan." (Riwayat Ahmad)

*Bersentuh kulit
Termasuk dalam hijab wanita ialah menjaga aspek ini kerana hadis berikut yang bermaksud:

"Andaikata kepala salah seorang dari kamu dicucuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik baginya dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya." (Riwayat At-Tabrani & Al-Baihaqi)

Ini adalah pandangan yang lebih kuat yang menjadi pegangan majoriti ulama kecuali mazhab Maliki. Ini juga aspek hijab yang masih diabaikan oleh kebanyakan wanita.

*Tunduk pandangan
Bagi memenuhi tuntutan hijab, Islam juga memerintahkan wanita menundukkan pandangannya dari melihat lelaki. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka. (Surah An-Nur: 31)

Menunduk pandangan bukan hanya perintah ke atas orang lelaki dari melihat wanita. Walaupun seorang lelaki berpakaian menutup aurat, namun ia tidak bermakna boleh seorang wanita melihatnya tanpa tujuan yang dibenarkan begitu juga lelaki.

*Bersolek dan menghias diri
Hijab juga meliputi aspek bersolek dan menghias diri. Ini berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud:

... dan janganlah kamu mendedahkan diri (bersolek) seperti cara orang Jahiliah zaman dahulu ... (Surah Al-Ahzab: 33)

Bersolek ini meliputi solekan pada pakaian dan tubuh. Islam membenarkan solekan dan hiasan bagi wanita di hadapan mahram atau untuk melayan suami.
Di sini juga kita dapati sesetengah wanita yang berhijab pakaian tetapi tubuhnya, terutama wajah, dihiasi dengan pelbagai solekan yang menarik perhatian lelaki.
Demikianlah luasnya tuntutan hijab ke atas wanita yang melampaui aspek pakaian dan tudung semata-mata. Seharusnyalah wanita-wanita Islam memahaminya dan berusaha untuk melaksanakannya. 

Batas-batas ini bukanlah satu kongkongan tetapi ia mengandungi hikmah dan kebaikan yang ditetapkan oleh Allah taala Yang Maha Bijaksana.

p/s: InsyaAllah moga ia menjadi peringatan buat diri ini dan buat semua kaum muslimah.Jaga diri, Hiasi peribadi.

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah"

p/s :
menutup aurat itu adalah lebih manis dan lebih baik di pandang
sekian
wassalam

Produk-Produk PMH

Assalamualaikum wbt

Disini kami barisan penggerak khususnya dari Biro Keusahawanan ingin berkongsi beberapa produk yang di jual oleh PMH.

Dapatkan produk PMH iaitu , baju muslimah pelbagai corak dan warna daripada Exco Keusahawan. Harga sehelai baju RM25. Maklumat berkenaan baju boleh berhubung terus kepada Exco keusahawanan atau rujuk kepada PMH atau Biro Keusahawanan.

Antara produk dari kami adalah :

* Buku-buku 
* Baju muslimah & muslimin
* Al-Quran dan terjemahan plbagai warna
* Button badge
* Sarung kaki & sarung tangan
* Tudung bidang 55 dan 60



sekian
wassalam

XPDC Muslimat

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ini iaitu pada 10/11/2012 telah diadakan riadah perdana bersama sahabat Bulatan Gembira PMH.Kami bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti ringan di tasik puncak perdana.Aktivit pertama dimulakan dgn membaca almathurat secara beramai-ramai..Alhamdulillah walau pun tidak semua dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu,tetapi riadah kami tetap ceria.Alhamdulillah kami pergi dan balik dalam keadaan yang selamat dan gembira..Ini di antara gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang aktiviti riadah ini dijalankan.

 setibanya kami

 sebelum bacaan mathurat

 aktiviti sampingan

Tasik Puncak Perdana 


 Di surau Al-Ikhwan






 Makan bersama naqibah dan sahabat-sahabat


 Sebahagian besar sahabat-sahabat Bulatan Gembira

 bacaan doa rabitah oleh Solehah Azman selaku timb. presiden PMH

Alhamdulillah..sedap rasenyer makan bersama di dalam satu dulang ni.

Terima kasih kepada yang berjaya menghadiri diri bersama-sama pihak PMH.harap-harap dapatlah lagi kita beriadah bersama di masa akan datang.Harap-harap juga yang tidak berkesempatan mengikuti aktiviti ini dapat menghadirkan diri selepas ini.

sekian
wassalam

Friday 2 November 2012

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. 


Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan. 

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman. 

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: 

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un). 

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut. 

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: 



"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia". 

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka. 

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya. 

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari. 

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. 

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan. 

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran. 

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah. 

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi. 

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. 

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah. Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

p/s :

Nabi Muhammad menyanyangi setiap satu dari umatnya selagi umatnya masih kekal dengan agamanya...

sekian
wassalam





Thursday 1 November 2012

Bulan-Bulan dalam Islam

Jom Ketahui Bulan2 Islam

Assalamualaikum wbt
Entri kali ini kami dari barisan penggerak PMH ingin kingsikan sedikit informasi berkaitan bulan-bulan islam.Mungkin selama ini kita terbiasa dengan bulan-bulan yang diperkenalkan barat.Apa salahnya kita mengenali bulanbulan islam yang jauh lebih sempurna dan indah namanya ini.


Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :

Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir 
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab 
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.

Syaaban 
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan 
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah 
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.

Zulhijjah 
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). Surah Al-Taubah : 36.

Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (riwayat Imam Ahmad).

p/s :

jadikan setiap bulan ini sebagai bulan untuk menyuburkan islam di dalam hatimu

sekian
wassalam

Saat Nabi Muhammad Saw Hampir Wafat

Assalamualaiakum wbt..
Kami ingin kongsikan sebuah cerita yang mungkin akan membuatkan kita semua mengenang kembali siapa yang dimaksudkan dengan Nabi Muhammad saw dan apa yang kita lakukan ke atas tinggalan agama dan ajarannya.Jom baca bersama-sama.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

 "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 

"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorban Rasulullah SAW

semuga kita di kalangan umat nya yg terpilih melihat wajahnya yang bercahaya di akhirat kelak. Berselawat lah tatkala mendengar namanya.

sekian
wassalam

Apabila ajal menjemput KITA


Apabila Ajal Menjemput
<tiada apa yang dapat menghalang>


Assalamualaikum wbt
kali ini kami ingin kngsikan sedikit maklumat berkaitan pengakhiran hidup seseorang insan di muka bumi ini.Ia bukan bertujuan menakut-nakutkan antum sekalian,namun ia lebih kepada inisiatif untuk memperbaiki diri dalam membuat persiapan awal menghadapi kematian.Kerana kematian itu pasti akan datag kepada setiap yang bernyawa.

Jom kitasingkapi antara kejadian yang akan berlaku tatkala ajal menghampiri kita.


100 hari: Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari: Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari: Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari: Mengidam makanan.
5 hari: Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari: Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari: 
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari: Terasa umbun-umbun bergerak-gerak di antara subuh dan asar.Berasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi. 


Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.



Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."



Bagaimanakah persediaan kita di kala ajal merisik kita? Adakah dalam keadaan yang bersedia dengan amalan-amalan yang bakal dibentangkan. Renungan bersama.

p/s :
berharaplah agar kita dimatikan dalam keadaan iman yang terbaik
insyallah amin
sekian
wassalam

Dari mana datangnya makhluk yang bernama MANUSIA?

Tanah Bagaimana Nabi Adam A.S Dijadikan





Assalamualaikum wbt
Kali ini kami ingin berkongsi sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak tahu akan kesahihannya.Mungkin kita biasa mendengar "dari tanah kau datang dari tanah kau kembali".Tetapi bagaimana ia dirungkai dan dijadikan sebaris ayat?Adakah ia sekadar kata atau ada faktanya.Jom ketahuinya dengan membaca entri di bawah untuk mngetahui bagaimana nabi Adam as dicipta dan sekali gus mengetahui bagaimana kita dijadikan.

Antaranya :
  • Tnh tmpt berakal yg b'dirinya Baitul Muqadis 
  • Tnh Bkt Thursina
  • Tnh Bkt Iraq
  • Tnh Bkt Aden
  • Tnh Bkt Al-Kautsar
  • Tnh tmpt berakal spt Baitullah
  • Tnh Paris
  • Tnh Khurasan
  • Tnh Babylon
  • Tnh India
  • Tnh Syurga
  • Tnh Tha'if


Kata Ibnu Abbas:

*Kepala Adam dr tnh Baitul Muqadis,krn disitulah otak
  manusia & disitulah tmpt nya akal manusia.

*Telinganya dr tnh Bukit Thursina krn dia alat pendengar & tmpt menerima nasihat.

*Dahinya dr tnh Iraq,krn disitu tmpt sujud kpd ALLAH SWT.

*Mukanya dr tnh Aden krn disitulah tmpt berhias & tmpt kecantikan.

*Matanya dr tnh Telaga Al-Kautsar iaitu tempat menarik perhatian.

*Giginya dr tnh Al-Kautsar iaitu tempat manis.

*Tangan kananya dr tnh Kaabah untuk mencari nafkah dan bekerjasama .

*Tangan kirinya dr tnh Paris iaitu tempat beristinjak.

*Perutnya dr tnh Babylon kerana disitu tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk

 menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

*Tulangnya dr tnh Bukit Thursina iaitu alat peneguh tubuh manusia.

*Dua kakinya dr tnh India iaitu tempat berdiri dan berjalan.

Hatinya dr tnh syurga iaitu disitu iman,keyakinan,ilmu dan kemahuan.
Dari tanah kita dtg dan pada tnh kita akan kembali iaitu kembali kepada penciptaNYA.

p/s :
jadilah manusia yang molek perilakunya
yang manis tingkahnya
yang tegap imannya
yang kukuh taqwanya
demi menjadi umat Nabi yang terbaik di sana kelak

sekian
wassala