Tuesday 13 May 2014

Assalamualaikum wbt...

Wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah s.w.t sekalian...Apa khabar? Semoga sihat-sihat belaka, inshaa Allah :)
Hmmm...setelah sekian lama (lebih dari setengah tahun nampaknya) tiada sebarang entri baru dari kami...sebelum itu izinkan kami memohon maaf atas kesilapan ini...





Baiklah, "the past is the past", let's move on...
Inshaa Allah, kami akan mengupdate sebanyak mungkin program-program yang telah dijalankan dan yang BAKAL diadakan..seperti yang paling terdekat sekali untuk minggu ini iaitu "Malam Puncak Perdana Beristighfar".





Program dengan kerjasama JAIS (Bahagian Dakwah) ini akan berlangsung pada 15 Mei, hari Khamis  (2 hari lagi!!), bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sheikh Abdul Karim, diikuti dengan beristighfar beramai-ramai sebelum solat Isyak berjemaah. Tidak lupa pada fokus utama forum perdana pada malam itu juga iaitu, ISRAK MIKRAJ: MUHASABAH DIRI DALAM MEMPERKASAKAN AKIDAH. MasyaAllah, hebat sekali tajuknya, sudah tentu hebat lagi pengisiannya ditambah pula dengan undangan khas oleh Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid sebagai moderator, Ustaz Halim Hafiz dan Salima AF4 sebagai ahli panel.

Apa lagi sahabat-sahabat sekalian? Ayuh kita beramai-ramai mengimarahkan program ilmu ni!! Untuk sahabat-sahabat di kampus induk dan puncak alam, usah khuatir, bas sudah disediakan bagi yang tidak mempunyai kenderaan. Sebarang permasalahan mengenai pengangkutan bas, boleh lah hubungi Saiful (Induk) :011-23519130 dan Zulhilmi (P.Alam): 019-4540185

Jadi akhir kalam, pastikan temu janji sahabat sekalian bersama kami barisan penggerak PMH malam tu nanti ya. Jumpa di sana, inshaa Allah.


Sekian
Wassalam