Saturday 29 November 2014

Hentakan Daripada Allah

Assaalamualaikum sahabat semua :)
Sihat? Bagaimana iman kalian ketika ini? Adakah makin menaik atau makin menurun? Yelaaa sekarang kan musim assignment, test, presentation and so on.  Jom baca artikel yang kami ingin kongsikan kepada kalian iaitu berkaitan "Hentakan daripada Allah".


Moga kalian dapat menaikkan semula semangat yang kian merundum di saat-saat kritikal sekarang.

Okay tanpa membuang masa lagi jom kita baca. ^_^

--------------

Manusia lazimnya akan sentiasa melakukan kesilapan dan manusia tidak akan terhindar daripada melakukan kesilapan. Kita lihat semula dalam-dalam.

Bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT?
Adakah kita benar-benar menjaga hubungan istimewa kita dengan Allah SWT?
Adakah kita menepati masa yang diperuntukan untuk bersama-sama denganNya?

Kita lihat kembali, dalam-dalam.
Bagaimana adab kita apabila menerima dugaanNya?
Adakah kita cepat mengeluh dan merungut apabila kita menghadapi detik-detik kesukaran?
Adakah kita terlalu cepat berputus asa daripada rahmatNya sebelum berusaha untuk bangkit semula?

Sekali lagi, kita perhatikan diri kita, dalam-dalam.
Segala pekerjaan kita, perbuatan kita, adakah kita anggap segala apa yang kita lakukan ini sebagai satu amal ibadah?
Adakah kita benar-benar ikhlas melakukannya?
Adakah kita hanya sekadar mengharapkan perbuatan kita, dilihat dan diberi penghargaan oleh manusia?

Ya, kita lihat semua itu dalam-dalam.
Kepayahan yang menimpa kita, kadangkala sebagai peringatan daripada Allah SWT buat diri kita yang sering kali melakukan kesilapan. Manusia, melakukan kesilapan kerana lupa dan alpa.

Maka biasanya Allah SWT akan memberi kita satu 'hentakan' yang kuat sehinggakan kita tersentak. Sehinggakan kaki hilang upaya untuk berdiri dan tenaga badan seperti hilang lesap begitu sahaja, sehingga rasa tidak upaya, lemah dan akhirnya kecewa dan putus asa.


Anda pernah merasainya??

Ingatlah wahai sahabat sekalian.
'Hentakan' yang Allah beri itu adalah sebagai peringatan kepada kita agar kita lihat diri kita, pandang dalam-dalam dan muhasabah diri. Tidak cepat melatah, tidak cepat mengeluh.

Sahabatku sayang, ingatlah bahawa sesungguhnya susunan Allah SWT tidak akan pernah silap.
Sentiasa la hudnuzon dengan Allah dan berlapang dada bila ditimpa ujian.


Dan susunan yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya manis belaka.

Putus asa? Ia bukan jalan penyelesaiannya.

Ayuh, Kita Bangkit!!

Bukan masanya untuk kita berlama-lama dalam kejatuhan ini.

Bukan masanya untuk kita meratap lama-lama atas kepayahan yang menimpa.

Bukan masanya untuk kita tenggelam dalam kesedihan yang akan menjadikan kita alpa.

Ayuh, sahabat ! Bangkit kembali !




Friday 28 November 2014

Santai Gazebo : Pondok Pak Ya

Assalamualaikum .

Alhamdulillah program santai gazebo kali ini kami menayangkan sebuah telemovie khas untuk anda semua iaitu Pondok Pak Ya..



Tahukah kalian kisah disebalik kisah Pondok Pak Ya??

Pada suatu ketika dulu, tragedi kebakaran yang mengemparkan negara kita yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada di antara kita yang masih ingat dan ada juga yang masih belum lahir ke dunia ini.


Oleh itu, kami barisan penggerak PMH menayangkan sebuah telemovie ini agar dapat memberi impak dan 'menjentik' hati-hati penonton yang hadir. 

Antara pengajaran daripada kisah ini adalah:

  • Mengingatkan kita bahawa kematian itu sebenarnya sangat dekat dengan kita. 
  • Menuntut ilmu juga merupakan satu jihad, jika kita mati semasa menuntut ilmu dikira sebagai mati syahid. Allahuakbar.
  • Menceritakan tentang ukhwah. Mereka sanggup masuk ke dalam asrama untuk mengejutkan dan menyelamatkan sahabat-sahabat mereka yang sedang tidur walaupun api sedang marak.
  • Al-Quran tidak terbakar semasa kejadian berlaku, SubhanaAllah, Allahuakbar. Jelas kita dapat kekuasaan Allah. 
  • Belajar menerima qada dan qadar daripada Allah. 


~Sepanjang program berlangsung~








MC mengulas keseluruhan cerita Pondok Pak ya


Jualan turut dijual oleh Biro Usahawan (BIUS)


Popcorn turut dijual . Sambil menonton boleh menjamah popcorn ^^



Semoga Allah redha dgn ilmu dan umur yg dipinjamkan 

Moga kita dapat sedikit ibrah daripada telemovie Pondok Pak Ya . 
Moga syahid menjadi cita-cita tertinggi kita. 

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. 

Al-fatihah buat 27 syuhada yang terkorban dalam kejadian kebakaran. 
Moga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman . 

Ya Allah matikan kami dalam keadaan husnul khatimah . Jangan matikan kami dalam keadaan su'ul khatimah. 
Allahumma Ameen. 

GPGK :TRANSGENDER

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah ,
Geng Penyayang Geng Kita (GPGK) edisi 27 November membawakan tajuk isu semasa iaitu "TRANSGENDER".


Baru-baru ini digemparkan dengan berita yang hangat apabila kes lelaki Islam dibenarkan berpakaian wanita di Malaysia. Keputusan Mahkamah Rayuan yang menyebelahi lelaki Islam yang ingin memakai pakaian wanita telah hangat diperkatakan. Perkara ini mendapat tentangan daripada banyak pihak. 
Apa sudah terjadi dengan Malaysia ? Ayuh cakna dengan isu semasa.


Okay apa itu transgender??

Transgender itu adalah perbuatan yang menyerupai lelaki (bagi perempuan) dan menyerupai perempuan (bagi lelaki) . 

Faham tak sahabat sekalian ? 
Okay pendek cerita, lelaki yang menyerupai perempuan kita selalu gelarkan mereka sebagai "bapok", "mak yah" , dan "pondon".. Hakikatnya dia lelaki tulen, tetapi perwatakan mereka macam perempuan. 
Begitu juga dengan perempuan, perempuan yang luaran mereka seperti lelaki , kebanyakan mereka digelar sebagai "pengkid, tomboy, dan seangkatan dengannya.. 

Jadi kami PMH mengambil inisiatif untuk memberikan serba sedikit kepada sahabat-sahabat di UiTM Puncak Perdana berkenaan isu "transgender" yang kini menular dan menjadi penyakit dalam masyarakat di Malaysia. 

Semasa program berlangsung


Walaupun hujan, mereka tetap datang untuk mengetahui isu yang disampaikan



Salah seorang daripada penggerak PMH menyampaikan sedikit perkongsian kepada sahabat Muslimin



Begitu bersemangat penggerak PMH menyampaikan dakwah mereka kepada para pelajar. 
Syabas !





Ini dia antara warga kolej yang sempat bersama kami


Big Apple turut dijual.


Terima kasih kepada semua warga kolej jasmine yang memberi sokongan padu kepada penggerak Biro Dakwah dan Surau (BDAS) dan PMH. 
Moga dengan sehelai pamplet kalian dapat serba sedikit input yang kami sampaikan . InsyaAllah . 

Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti kaum Nabi Lut AS yang Allah terbalikkan negeri itu dan kemudiannya mengirimkan batuan yang panas dari langit atas sebab melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian yang dilarang sama sekali dalam Islam. 

Nabi Muhammad bersabda, maksudnya: “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu adalah perbuatan kaum Luth. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Luth.” (Hadis riwayat Ibn Majah, at-Tirmidzi dan al-Hakim)


Naudzubillah min zalik .
Mohon Allah selamatkan kita semua. 

Thursday 27 November 2014

Untuk Berubah Perlukan Usaha

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Apa khabar iman kalian? Harap sihat hendakNya. 
Kali ini kami ingin membawakan tajuk " Untuk Berubah Perlukan Usaha". Ada antara sahabat semua nak berubah, tapi tak kuat, rasa lemah, tak mampu dan sebagainya. Jadi.. pada entri ini kami ingin berkongsi sedikit "motivasi" kepada anda. 


                            

Sahabat percaya atau tidak dalam kehidupan seharian ini manusia sukar untuk melakukan perubahan. Kebanyakan masih mengikat diri mereka dengan belenggu masa lalu, membiarkan hati itu terkunci untuk menerima sebarang huluran kebaikan. 

Bukan kerana manusia itu tidak mahu berubah. Tidak. Mereka mempunyai keinginan untuk berubah. Namun hasrat itu terkubur begitu sahaja lantaran kemahuan, yang hanya tinggal kemahuan. 

Allah SWT berfirman maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."  
                                                                                                      ( Ar- Rad: 11) 
Allah SWT sedang menguji kita. Sejauh mana kesabaran kita dalam mengharungi perubahan, sesuatu yang paling sukar dalam hidup kita. 

Allah SWT berfirman, maksudnya:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian yang demikian nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." 
                                                                                                                        (Al-Ankabut: 2-3)

Baginda Rasulullah SAW ada menyebut, maksudnya:

"Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." 
                                                                                                    (Hadis Riwayat Ibn Majah) 

Lihatlah apa yang Allah SWT katakan yang bermaksud:
"Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa. Sungguh Dia-lah jua Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
                                                                                                                     (Az-Zumar:53)

Nah, banyakkan sahabat Allah dah bagi ruang dan peluang kepada kita. Allah sayang sangat dekat kita. Baikkan Allah? Walaupun kita pernah buat dosa, Dia tetap mengampunkan kita sebab apa? Sebab Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Putus Asa?

Ya, kadang-kadang kita akan merasa lemah dan tidak berdaya akibat hasutan syaitan.  

"Tidak boleh la, susah." "Iman saya tidak kuat." Dah cuba, tetap tidak boleh!!
Hakikatnya kita mudah bagi alasan. Alasan itulah sebenarnya yang melemahkan kita. Jom kita reset minda kita daripada negatif ke positive. 


           

Alasan (-)
Reset Minda (+)
Aku masih muda. Tunggulah apabila dah tua barulah bertaubat, kemudian baru focus kumpul pahala

Mati tidak mengira usia. Lebih baik bertaubat cepat-cepat, sebelum hati makin keras dan sebelum maut menjemput.


Saya ingin berubah, tetapi takut nanti orang ingat saya berlagak alim pula. Nanti macam-macam orang cakap belakang.
Ala..mula-mula je manusia mengata. Biasalah, hendak berubah baik ni ada cabaran sikit. Lagipun mereka tidak boleh bantu aku pun di akhirat kelak. Yang penting Allah redha dan suka dengan aku.

  

 Berhentilah memberi alasan sahabatku sekalian. Namun bangkitlah! Hidayah itu hanya sekali je, Bila Allah dah bagi grab peluang itu. Jangan tunggu hidayah itu datang sendiri ibarat bulan jatuh ke riba. Sebaliknya carilah ia. 

Teruslah berusaha, dan jangan sekali-kali berputus asa ! Rahmat Allah itu sesungguhnya teramatlah luas. 

Allah berfirman maksudnya:
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang demikian itu hanya golongan kafir sahaja yang berputus asa daripada rahmat Allah." 
                                                                                                                             (Yusuf: 87) 

Tentunya, rahmat Allah SWT bagi mereka yang sentiasa bangkita tanpa putus asa, sentiasa berusaha memperbaiki diri sekalipun tersungkur, mereka tetap mengulang-gulang taubat mereka hanya kerana mahukan perubahan dalam diri mereka. 

Yang penting kita jangan berputus asa untuk bergerak ke arahNya. 

Bermujahadahlah melawan nafsu yakni syaitan. Syaitan akan memperalatkan dunia untuk mengganggu manusia yang ingin berubah ke arah kebaikan. Ayuh sahabat mujahadah la.

                         

Tiada jalan pintas menuju syurga. Kita tidak akan dibentangkan dengan "red carpet" untuk menuju syurga. 
Jangan terlalu sayang akan diri untuk "disakiti" di jalan mujahadah. Bahkan mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Jangan manjakan diri. Pahit sedikit dah mengeluh. Pedih sekelumit dah mengaduh. Sedangkan hakikatnya dunia adalah gelanggang mujahadah. 

Kita di sini untuk "berpenat" Di sana (akhirat) nanti barulah kita berehat.

                              

Hayati mafhum sabda Rasulullah SAW :
"Neraka dipagari oleh keseronokan, manakala syurga dipagari dengan kesusahan."
                                                                                                          (Riwayat al-Bukhari) 

Kepayahan itu ujianNya. Dia akan memilih insan yang benar-benar bersungguh-sungguh mahu pulang kepadaNya. Sekiranya insan itu benar bersungguh-sungguh, pastinya Allah SWT akan membukakan hatinya. 

Tidak mahukah kita menjadi salah seorang yang terpilih dalam kalangan yang dipilihNya?

Maka teruslah berusaha ke arahNya. Sekurang-kurangnya, Dia tahu kita telah berusaha ke arahNya. Selebihnya kita panjatkan doa banyak-banyak, mohon dibukan hati untuk berubah ke arahNya. 

Sahabat ingatlah. Allah SWT sentiasa melihat usaha kita. Dia tentunya akan menguji kita, sejauh mana kesungguhan kita dalam melakukan perubahan ke arahNya. 

                                

Maka, kita perlu menggerakkan diri untuk berubah sebelum ajal menjemput kita. 

Ayuh ! Kita lakukan perubahan sekarang juga !


~NES~

Wednesday 26 November 2014

Mencari Nafas Kekuatan

Ada ketikanya kita akan terasa lemah, tidak berdaya, tertekan, jasad kita sudah lelah dan penat, hati jadi celaru, dan minda haru-biru. Semua ini mengundang satu persoalan; bilakah semua ini akan berakhir??

Kekuatan, ia semakin susut.

Kekuatan, ia semakin sirna.

Ada ketika hati dalam keadaan lemah begini, amarah mula meluaskan jajahannya. Syaitan berbisik galak ke dalam hati kita. Emosi kita tidak stabil. Pertimbangan kita boleh hilang,

Kekuatan. Di manakah ia??

Dalam kekalutan emosi itu, pelbagai perkara bermain di minda kita. Kita seolah-olah melihat semua benda hampir tidak kena, kita rasa seperti semua orang tidak memahami kita, kita merasakan kenapa begini, kenapa itu? Kita merasakan kesakitan ini sudah tidak tertanggung.

Kekuatan, adakala kita tidak mahu mencari kekuatan. Kita terus memuntahkan amarah. Kita lemparkan emosi kita. Kita biarkan diri kita dibius rasional amarah itu.

Jika kita benar-benar mencari kekuatan.



Jika kita benar-benar mahukan kekuatan.

Ia tidak datang bergolek. Dalam kekalutan emosi itu, apa yang harus kita lakukan?


Carilah Sahabat Untuk Kita Duduk dan Beriman Bersama.

Satu ketika Mu’az bin Jabal R.A pernah menyebut kepada para sahabat yang lain:
“ Marilah kita duduk untuk beriman sebentar”
 
Manusia tidak pernah lepas daripada kehidupan yang menjatuhkan, manusia tidak pernah lepas daripada dugaan yang memedihkan dan menjadikan hati ini tertarah dan ditekan.

Kerana manusia ini fitrahnya lemah, kerana lemahnya ia, maka manusia ini tidak akan dapat hidup berseorangan.

Marilah kita meraih nafas kekuatan.

Serahkan pergantungan itu kepada Allah SWT. Yakinlah kepada Dia dalam doa yang dipohonkan.

Kekuatan itu, Allah SWT tidak diberikan kepada hambaNya dengan tiba-tiba.


Ingat lagi kisah Rasulullah berhijrah ke Madinah ??

Baginda Rasulullah SAW sebelum baginda Berjaya berhijrah ke Madinah, lihat betapa banyak jerih perih yang baginda perlu lalui. Ia sebagai tarbiah daripada Allah SWT sebelum baginda dan umat Islam ketika itu mempunyai segenap kekuatan yang ampuh untuk membina kerajaan Islam di Madinah.

Juga begitu kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebelum beliau berjaya meraih kekuatan untuk menawan Kota Konstantinopel, beliau diuji Allah SWT dengan peristiwa serangan yang mengorbankan terlalu banyak tenteranya hingga beliau rasa lemah yang teramat. Namun dalam keadaan itu, beliau ada seseorang di belakangnya iaitu Sheikh Shamsuddin yang membantunya duduk bersama-samanya dan beriman. Akhirnya Allah mengurniakan kekuatan bagi beliau dan rakyat beliau untuk menawan Kota Konstantinopel.

Kekuatan itu, nafasnya bukan dapat digapai dalam keadaan kita berada di zon selesa.

Allah SWT keluarkan kita dari zon itu, kerana hendak memberi kekuatan bagi kita menghadapi hari-hari yang lebih sukar.

Allah SWT berfirman maksudnya:
 
“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. “
(Ali Imran: 120)


Bangkitlah Daripada Kesedihan Itu

Kesedihan itu akan menyapa. Kekecewaan itu akan menjengah hidup kita tanpa perlu kita menjemputnya. Jiwa kita ketika itu, seakan-akan dilanda ribut dan bencana.

Tetapi kesedihan itu bukan untuk kita berlama-lama. Kekecewaan itu bukanlah warna yang perlu untuk kita hamparkan dalam kehidupan kita dengan terlalu banyak. Bangkitlah daripada kesedihan itu, bangunlah daripada kekecewaan itu.

Jiwa yang direndam dalam kesedihan akan mengecut dan reput. Jiwa yang dibalut dengan kekecewaan akan menjadikan jiwa itu hambar dan berputus asa.

Bangkitlah, dan carilah nafas kekuatan.



Lihat bagaimana negara Jepun yang pernah dibom oleh Amerika hingga negara mereka mengalami kejatuhan yang amat teruk, ia kemudian bangkit hingga mencapai kemajuan yang menjadikan negara mereka ini setara dengan negara-negara maju seperti Amerika, Rusia dan lain-lain dalam masa 20 tahun.

Allah SWT berfirman, maksudnya:
 
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”
(Asy-Syarh: 5-6)


Ketika kita merasa sukar, ketahuilah bahawa Allah itu masih ada. Ketika dunia mungkin menyisihkan atau tidak memperdulikan kita, Allah sentiasa ada mendengar dan mengetahui rintihan hati kita.

Allah SWT mahu kamu tahu bahawa apabila kita ditimpa kesusahan sebegitu, ketika kamu mungkin ditinggalkan oleh manusia, Dia selalu ada Dia di sisi, sentiasa. Allah SWT berfirman maksudnya:

“Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”

(Asy-Syarh: 8)






Kita bangkitalah daripada kesedihan ini. Kita leraikan lipatan-lipatan kekecewaan itu.
Mari kita meraih kekuatan. J



~NES~



Jangan pandang yang baik itu sebagai halangan menjadi lebih baik atau lari menjauhi, dekatilah mereka.

Assalam wbt..

Kali ini kami ingin membawakan tajuk "Jangan pandang yang baik itu sebagai halangan menjadi lebih baik atau lari menjauhi, dekatilah mereka".Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk ini, bukan tajuk lain, tajuk ni tentang apa? Baiklah, sahabat semua, entri kali ini bukan berbentuk ilmiah atau pun perkongsian tetapi lebih kepada pandangan kami,

Dalam kehidupan seharian, siapa yang tidak ingin menjadi lebih baik dari semalam bukan?Semua mempunyai cita-cita yang sama, yang membezakan keberjayaan antara diri kita dengan orang lain adalah ketetapan istiqomah dalam berubah menjadi lebih baik.Kerana di setiap usaha itu pasti ada cabaran dan halangan, kerana syaitan itu ada dimana-mana.Allahu akhbar..


Di dalam persatuan ini juga tidak lari dari halangan dan cubaan. Pelbagai halangan kami hadapi. Sebagai contoh, program kami dahulu tidak disambut baik oleh warga kolej, boleh dikira dengan jari, namun itu namanya tarbiyah. Pelbagai post mortem kami lakukan mencari penyelesaian kepada masalah ini.Namun itulah hakikat bahawa tiada jalan mudah dalam berdakwah kan?Bukan itu sahaja, dalam kalangan kami, ada juga hati-hati yang sering diketuk rasa gusar, turun naik imannya, panas baran, lemas dan malas dalam berdakwah sedangkan hati sudah berjanji semuanya kerana allah swt.Mungkin itu faktor ketidakberjayaan kami dalam mendokong dakwah kami. Namun itu namanya sahabat sejati, di sini kami saling mengingati,saling berpimpin tangan memberi motivasi menjadi lebih baik.




Dahulu sebilangan kami juga adalah:
  • pengguna tegar tshirt pelbagai lambang dan pendek itu
  • penyarung tegar seluar jean ketat sendat mampat itu
  • style bertudung silang sana sini
  • stokin pakai bila bersukan
  • handsock dicari diselongkar bila berbaju lengan pendek
  • bersongkok bila ke acara agama
  • lewatkan solat dan terkadang tinggalkan terus
  • liat hati nak ke majlis ilmu
  • bila orang bagi nasihat sikit mula nak buat muka atau endah tak endah

Ya ya ya itu kami. Kami pernah lakukan sama macam semua orang lakukan dahulu. Ini semua kerana kita manusia yang sama, tiada bezanya. Yang berbeza hanya cara bagaimana ingin berubah.Itu sahaja, Bagaimana mencari medium terbaik untuk mengubah diri sama ada menjadi baik atau sebaliknya. Bezanya bila allah berkehendakkan kita untuk berubah kembali pada fitrahnya, pasti ia berlaku.

Bagaimana kami merangkak mencari abang kakak dan rakan yang boleh mambantu kami kembali mengenal siapa dia Allah swt, siapa dia Rasullah saw dan apa dia islam sebenar. Malu?Apa ada denganmalu, tebalkan sahaja muka kuatkan sahaja hati insyallah pasti manis hasilnya kan.Mereka tidak memandang kami sebelah mata, mereka tidak biar kami terkapai-kapai, mereka tidak tinggalkan kami. Tetapi  apa mereka lakukan? Mereka layani kami sebaik mungkin dengan:
  • pandang kami mesra seperti adik-adik mereka
  • memimpin tangan kami bersama mereka
  • membimbing kami sehari-harian
  • memberi tauladan dalam perbuatan mereka
  • menasihati bukan memarahi
  • tersenyum melihat kami
  • tarbiyah kami sehalus dan sebaik mungkin
Akhirnya, segelintir kami yang sebelum ini sebegitu sedar akan kekhilafan kami, kami sedar akan kekurangan kami. Kami mula berubah sedikit demi sedikit. Cari abang-abang, kakak-kakak atau rakan-rakan yang bolehmendengar pendapat atau luahan kecil kami dan lakukan perubahan.Berubah macam mana tu?Macam ini:
  • cari balik handsock dan stokin yang ada dan sarungkan setiap kali keluar dari rumah
  • kumpul duit beli tudung besar sedikit, dari 40 ke 45, 45 ke 50 dan seterusnya
  • menjadikan al quran helaian bacaan kami
  • memuat turun aplikasi islamik di google player
  • buka youtube dan cari ilmu berkaitan
  • dengar zikruallah
  • cari rakan-rakan usrah atau rakan-rakan untuk berjemaah atau mengaji bersama
  • lazimi zikir
  • topup solat yang tertinggal dan sengaja ditingalkan

Memang janggal untuk memulakannya kan?Tetapi itulah namanya manusia, menggerakkan diri menjadi lebih baik itu terkadang lebih sukar dari menjadi yang buruk.Terasa seperti kaki diikat, jiwa dipasung dan seperti ada halangan konkrit di hadapan menanti perubahan kita. Takut dengan perubahan, takut dicemuh, takut dipandang pelik oleh sekeliling. Itu semua kerana apa?SIa kerana syaitan.



Syaitan sudah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Itu pasti. Tinggal kita sahaja yang mampu melawan atau tidak ajakan syaitan itu.Titipkan doa dan niat kerana allah insyallah allah ada membantu. Jika sukar, mulakanlah dengan zikir dan lagu ketuhanan di corong telinga kita, siapa tahu dengan mendengarnya sambil membuat assignment atau sebarang tugasan, ia membuka hati kita dna memberi penawar bagi luka di hati kita.Allah maha merancang, dan kita harus berusaha sebaik mungkin.


Setelah itu, kami semuanya merangkak dalam dakwah kami, pelbagai usaha dilakukan sehingga kini alhamdulillah kami diterima baik oleh warga kampus.Pelbagai aktiviti diatur demi dakwah kami kepada warga kampus seperti GPGK ((geng penyayang geng kita) dan edaran flyers, santai gazebo, BG (bulatan gembira), malam qiammullail, dan macam-macam lagi.Alhamdulillah terima kasih ya allah terima kasih warga kampus kerana mula menerima kami dan datang ke majlis kami.



Bagi yang belum mengenali kami, bagi yang dahulunya memandang kami ini sebagai persatuan islamik yang tak patut didekati atau membosankan kerana dakwah kami, tudung kami, songkok kami mahu pun gerak kerja kami, mari ubah persepsi kita seperti rakan-rakan kita yang lain. Jika non muslim juga menyertai kami, apatah lagi sahabat sekalian.

Tidak mengapa jika belum ingin berubah sepenuhnya, tetapi ambillah langkah mengetahui apa yang mungkinkita tidak ahu atau lupa dari islam melalui edaran flyers dan aktiviti islamik yang akan diadakan kelak. Insyallah allah ada bersama hati-hati yang membuka ruang untuk Dia.Insyallah.


Jangan takut dengan PMH, jangan risau dengan mereka bertudung labuh, jangan risau dengan mereka yang berkurta berkopiah bersongkok itu, kerana insyallah mereka menerima sahabat sekalian seikhlas hati sebagai sahabat mereka. Mereka sayangi anda kerana ukhwah yang diamanahkan oleh allah swt. Berikanlah ruang dna peluang untuk diri sahabat dan kami dari PMH untuk sama-sama menjadi lebih baik demi pengakhiran kita kelak.Sayangi ukhwah yang diamanahkan kerana disitu ada manisnya.Insyallah


sekian
wassalam wbt
<ds>

Dakwah, adakah ia wajib atau hanya kepada yang berminat sahaja?

Assalamualaikum wbt



Apa khabar sahabat sekalian, diharapkan sihat hendaknya, insyallah. Kali ini kami membawakan kupasan yang dilihat picisan mahu pun sekadar remeh bagi kita semua. Mungkin kita menganggap, dakwah hanya bagi mereka yang bertudung labuh atau mereka yang bersongkok berkopiah atau pun mereka yang datang dari latar belakang agama sahaja.Jom kita ubah persepsi kita jom...

Ada satu hadis yang sangat popular dalam kalangan kita iaitu:
Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash r.a, Rasullah saw bersabda :sampaikanlah dariku walaupun satu ayat dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka (riwayat al bukhari).



Melalui hadis di atas jelas, bahawa manusia diutus untuk menyampaikan dakwah. Bukan untuk mereka yang berminat, tetapi yang bergelar muslim. Janganlah kita serahkan tanggungjawab ini kepada para ulama sahaja, kita pun boleh berdakwah tidak kira kecik besar atau secara sederhana sahaja. Berdakwahlah walau dengan sepotong ayat.,

Allah berfirman:
"kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya.Mereka menyuruh jepada yang maaruf fan mencegah dari yang mungkar".(at taubah:17)

"kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah". (Ali Imran:110)

Disini, jelaslah sahabat, bahawa dakwah bukan untuk mereka yang terpilih sahaja, bukan untuk mereka yang berminat sahaja, tetapi menjadi asas kepada semua umat islam untuk mengembangkan islam kepada yang islam dan bukan islam." Hulurkan tangan ringankan beban" kepada para ulama dan agamawan kita dalam mnyebarkan islam. Kan sweet tu, berganding bahu berdakwah demi islam.Insyallah ada manisnya dalam berdakwah.

Dakwah yang mudah pun boleh kan, bukan lah dakwah secara besar-besaran, kecil-kecil pun boleh.Contohya:
  • membantu mereka yang dalam kesusahan samada dalam pelajaran, kewangan, kerja pejabat mahupun apa sahaja perkara baik yang tidak membebankan kita
  • bermanis muka dengan senyuman
  • mengutip sampah atau mengalihkan halangan di laluan orang awam di kampus atau pun di kawasan pejalan kaki
  • berbaik-baik dalam masyarakat dan kepada manusia yang lain
  • menjaga pertuturan dan tingkah laku dan banyak lagi


Berdakwah secara keseluruhan memang sukar, namun tidak salah jika berdakwah dari diri kita sendiri, mungkin kita tidak melihat ia sebagai sumbangan yang besar, tetapi mungkin di mata para sahabat yang lain. Cuba antum sekalian bertanya pada diri antum, pernah atau tidak antum melihat mereka yang bermanis muka ini gusar dalam tingkahnya?Mereka yang berbaik sangka dengan manusia yang lain ini bersikap kasar dengan orang lain?Mereka yang menjaga rapi pergaulan dan aurat nya panas atau pun tidak disenangi?Tidak Bukan?




Mereka kita lihat sangat disenangi orang, sentiasa terpelihara dan manis dipandang.Itu pun dikira dakwah walaupun hanya untuk diri mereka, kerana mereka menunjukkan dakwah mereka melalui tauladan diri mereka.Rasullah saw juga berdakwah melalui tingkahnya jua kan?Sebab itu rasullah saw berkata "mengajak orang lain kepada kebaikan itu suatu dakwah".



Ayuh sahabat kita berdakwah walaupun kecil, tetapi niat kita itu kerana allah swt, insyallah allah maha mengetahui. Easullah saw pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib r.a: "Mengajak seseorang kepada hidayah Allah itu lebih baik bagimu dari harta yang sangat kau banggakan".



Siapa tahu mungkin dengan usaha kecil kita ini, kita dibantu kelak di sana dalam meniti pengakhiran sebagai seorang hamba. Insyallah. Mulakan tekad di hati, walau siapa pun kita, selagi namanya islam, marilah kita sama-sama menunjukkan dakwah yang terbaik kepada semua, perelokkan mana yang boleh, perapikan mana yang terbengkok agar usaha ini menjadi titik tolak kita dalam menjadi khalifah yang lebih baik. Hidayah allah siapa yang tahu "kun fa ya kun" iaitu apabila Allah swt mengkehendaki baik kepada seorang hambanya, maka allah pekerjakannya seelok mungkin.Jadi lepas ni jangan lagi kata saya bukan orang dakwah dan saya tidak bertanggungjawab untuk berdakwah. Jom ubah persepsi kita dan berdakwah.



Insyallah amin..

sekian
wassalam wbt
<ds>








PROGRAM "COVER YOUR FEET WITH THE SOCKS"

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurnia dan rahmatNya dapat kami jayakan program ini.

Alhamdulillah, pada kali ini Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Puncak Perdana dengan kerjasama Sarung Kaki Projek (SKP) mengadakan Kempen "Cover Your Feet With The Socks".




Antara objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita 
bahawa kaki juga merupakan aurat .Ramai wanita di luar sana yang tidak mengambil berat tentang menutup aurat di bahagian kaki. Sedangkan seperti yang kita sudah sedia maklum, aurat muslimah itu sama seperti aurat bilamana kita hendak melakukan solat. Mereka memandang remeh tentang perkara ini. Mereka menganggap bahawa dengan memakai tudung sudah memadai. 


Formula menutup aurat 

Aurat wanita di hadapan ajnabi = Aurat dalam solat (seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan)



Daripada riwayat Abu Daud:
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Asma. sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan."


Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita di kawasan kolej UiTM Puncak Perdana.
Sasaran kami adalah kepada pelajar muslimat, staf bantuan kolej Jasmine dan juga para muslimin tentang panduan menutup aurat dengan sempurna.

Kami menerangkan kepada kaum muslimin tentang kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap aurat ibu, kakak dan adik mereka. Kami juga memberikan mereka cenderahati berupa stoking untuk diberikan kepada ahli keluarga mereka.

Alhamdulillah sebanyak 460 pasang stoking tajaan daripada SKP  dan 200 buah buku tajaan daripada TELAGA BIRU, dan juga pamplet turut diedarkan kepada sasaran kami.Disini kami sertakan beberapa memori sepanjang program berlangsung.






























JOM AUDIT INVENTORI PAKAIAN KITA


PAKAIAN

  • Fabrik yang tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh dan warna kulit.
  • Longgar dan tidak ketat
  • Menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan.
  • Kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis dan buku lali.
  • Menutup kaki (contohnya memakai stoking)
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita Musyrik atau kafir.
  • Bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga)


TUDUNG

  • Menutup keseluruhan kepala dan leher
  • Labuh menutup bahagian dada
  • Fabrik yang tidak terlalu tipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher.


PERHIASAN

  • Tidak bertabaruj sehingga menarik pandangan
  • Bersolek secara sederhana dan tidak berlebihan
  • Tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau
  • Menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk



Firman Allah SWT dalam surah Al-'Araf ayat 26:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya telah kami turunkan kepadamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa. Itulah yang paling baik. Dan yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah"


Wahai muslimah sayang , 
Ketahuilah ,

"Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik. 
Indah mata memandang, menarik untuk dilihat .
TETAPI.
Tidak boleh disentuh kerana auratmu begitu berharga, "


Moga kalian terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. 

"Ingat jangan disebabkan kita tidak menutup aurat dengan sempurna, kita menarik ayah, abang, dan adik lelaki kita ke NERAKA juga akibat kesalahan yang kita lakukan"

Sayang mereka?

Ayuh tutup aurat dengan sempurna. 
Moga kalian istiqamah . 

Kami mendoakan anda semua diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT . 
Semoga kalian sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah . 
Moga Allah redha. 

Terima kasih kepada semua warga PMH dan sukarelawan SKP yang banyak membantu kelancaran program ini dan terima kasih juga kepada warga kolej di atas sokongan kalian dalam menjayakan program ini. 

Teruskan menyokong kami . 

Sekian. 
Wassalam. 

~NES~

#DakwahIniBaruBermula
#KempenSarungKakiProject
#KeranaKakiMuAuratJuga