Sunday 6 September 2015

Kepentingan Ilmu Agama Zaman Ini

Assalamualaikum...

 

"Eh Safwan, berapa CGPA kau sem lepas? Kau yakin bila aku tanya pasal result. Siap tersenyum lebar lagi."

"Mestilah Haikal, aku dah berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pointer aku kau tau. Lagipun aku dapat Anugerah Dekan sem lepas. Yabedabedu!!"

"Alhamdulillah. Ini semua kurniaan Allah. Usaha dan tawakkal kau pada Allah mendapatkan kau keputusan macam tu."

"Eh, ye ke? Aku tak rasa macam tu pun. Ini semua usaha aku lah. Apalah kau ni!"

"Astaghfirullah! Ingat Allah Safwan! Redha Allah itu yang penting." 

Pada zaman sekarang ini, teknologi yang serba canggih dan pembangunan yang pesat membangun menyebabkan manusia semakin rakus dalam mengejar habuan duniawi dan mudah sahaja melupakan aspek ukhrawi. Amat sedikit manusia yang ingatkan Tuhan dan terlalu ramai yang ikut jejak langkah syaitan. 

Kurang dan tiada keinginan untuk mendalami ilmu agama juga adalah penyebab kepada kemerosotan akhlak dan moral masyarakat pada zaman sekarang. Kalau ada pun yang belajar ilmu agama, ianya hanya pada peingkat asas dan cukup di situ sahaja, tidak mahu mempelajari dengan lebih mendalam lagi. Pendakwah yang banyak membanjiri media elektronik, internet dan seringkali hadir di kaca TV juga bukan semuanya menyampaikan kebenaran. Pemahaman masyarakat yang sedikit dalam ilmu agama menjadi sempit dan ini tidak dapat menghalang mereka untuk mengharapkan habuan dunia serta menjaga pangkat dan harta mereka sahaja. Yang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi lebih miskin. Kedua-dua keadaan ini tetap terjadi dengan kurangnya ilmu. Sekarang juga terlalu sedikit yang inginkan kebenaran dan takutkan Tuhan. Ramai yang tetap melanggar perintah Allah.

Justeru itu, kewajipan kita semua ahli masyarakat tidak kira peringkat perlu kembali untuk mempelajari ilmu Islam. Ilmu fardhu 'ain adalah kewajipan utama untuk seseorang Islam itu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka. Selepas itu, mereka yang mampu bolehlah keluar mencari ilmu fadhu kifayah agar ilmu dapat kembali kepada masyarakat dan mengajar mereka. 

Firman Allah S.W.T:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakuan larangan Allah)."

[Surah At-Taubah: ayat 122]  

Justeru itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Ilmu yang benar adalah berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, itulah ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Walaupun mempelajari dan menguasai ilmu duniawi, ilmu agama tidak sepatutnya dilupakan kerana itulah bekalan kita di akhirat sana. 

Niat dalam mempelajari sesuatu ilmu juga penting dan haruslah didasari dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

**nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar