Wednesday 18 November 2015

ZINA: TANPA DISEDARI KITA MELAKUKANNYA .




“ Eh Man, kau ingat tak awek cun yang kita jumpa hari tu?.”
“Entah la aku tak perasan.kenapa kau tanya pasal tu?”
“ Kau nak tahu tak, tadi aku ada call dia tau. Lama jugalah kami bersembang. Seronoknya. Rasa bahagia je harini”.
“Hah, kau call dia? Ada hal apa kau call dia?”
“Tak ada ape la, saja je sembang-sembang. Nak kenal-kenal. Aku ingat nak ajak dia keluar la lepas ni. Kau rasa ok tak?”
“Ishhh. Aku rasa tak perlulah sampai nak keluar” “Alaa. Aku nak ajak keluar je pun bukan buat apa-apa. Hmm.cemburulah tu”.
“Aku bukan cemburu ke apa tapi, kalau kau keluar berdua, syaitan menjadi yang ketiga. Tak baik macam tu”.
“Tak baik apanya aku cuma ajak keluar jalan-jalan je. Bukan buat benda lain pun.benda kecil je pon. Takkan itu pun tak boleh.”
“Daripada benda-benda kecil ni lah boleh menjadi perkara yang besar macam berzina. 
Meh sini aku terangkan sedikit tentang perkara ni”.

---------



Apa itu zina?

Persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak ( bukan pasangan suami isteri ) dan kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif(persetubuhan yang meragukan).

Jenis-jenis zina.
  1. ·         Memandang wajahnya adalah zina mata.
  2. ·         Berbicara dengannya adalah zina lisan,
  3. ·         Merindukannya adalah zina hati,
  4. ·         Memegang tangannya adalah zina tangan
  5. ·         Bersetubuh dengannya adalah zina kemaluan.

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin”.
(hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim dari ibnu Abbas dan Abu Hurairah)
Impak zina
  1. ·         Menghancurkan masa depan anak kerana anak yang dihasilkan dari perhubungan penzinaan akan menghadapi masa kecilnya dengan perasaan yang tidak bahagia kerana tidak memiliki identiti bapa yang jelas.
  2. ·         Menimbulkan pelbagai jenis penyakit kelamin seperti AIDS jika penzinaan dilakukan dengan berganti-ganti pasangan.
  3. ·         Mendorong perbuatan dosa yang lain seperti menggugurkan kandungan.


Cara menghindari zina.
  1. ·         Jangan melakukan perkara yang menjurus kepada perbuatan zina seperti berpacaran, berbalas mesej yang tidak penting, menonton filem prono, dan sebagainya.
  2. ·         Menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dengan menghadiri majlis ilmu.
  3. ·         Membaca Al-Quran sambil merenungi tafsirnya, mengindahkan sabda-sabda Nabi saw.
  4. ·         Mendengar nasihat daripada para ulama tentang kepentingan menjauhi dosa.

 “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakkan”(surah Al-Isra’ : 32)


Sunday 6 September 2015

Kepentingan Ilmu Agama Zaman Ini

Assalamualaikum...

 

"Eh Safwan, berapa CGPA kau sem lepas? Kau yakin bila aku tanya pasal result. Siap tersenyum lebar lagi."

"Mestilah Haikal, aku dah berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan pointer aku kau tau. Lagipun aku dapat Anugerah Dekan sem lepas. Yabedabedu!!"

"Alhamdulillah. Ini semua kurniaan Allah. Usaha dan tawakkal kau pada Allah mendapatkan kau keputusan macam tu."

"Eh, ye ke? Aku tak rasa macam tu pun. Ini semua usaha aku lah. Apalah kau ni!"

"Astaghfirullah! Ingat Allah Safwan! Redha Allah itu yang penting." 

Pada zaman sekarang ini, teknologi yang serba canggih dan pembangunan yang pesat membangun menyebabkan manusia semakin rakus dalam mengejar habuan duniawi dan mudah sahaja melupakan aspek ukhrawi. Amat sedikit manusia yang ingatkan Tuhan dan terlalu ramai yang ikut jejak langkah syaitan. 

Kurang dan tiada keinginan untuk mendalami ilmu agama juga adalah penyebab kepada kemerosotan akhlak dan moral masyarakat pada zaman sekarang. Kalau ada pun yang belajar ilmu agama, ianya hanya pada peingkat asas dan cukup di situ sahaja, tidak mahu mempelajari dengan lebih mendalam lagi. Pendakwah yang banyak membanjiri media elektronik, internet dan seringkali hadir di kaca TV juga bukan semuanya menyampaikan kebenaran. Pemahaman masyarakat yang sedikit dalam ilmu agama menjadi sempit dan ini tidak dapat menghalang mereka untuk mengharapkan habuan dunia serta menjaga pangkat dan harta mereka sahaja. Yang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi lebih miskin. Kedua-dua keadaan ini tetap terjadi dengan kurangnya ilmu. Sekarang juga terlalu sedikit yang inginkan kebenaran dan takutkan Tuhan. Ramai yang tetap melanggar perintah Allah.

Justeru itu, kewajipan kita semua ahli masyarakat tidak kira peringkat perlu kembali untuk mempelajari ilmu Islam. Ilmu fardhu 'ain adalah kewajipan utama untuk seseorang Islam itu untuk membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mereka. Selepas itu, mereka yang mampu bolehlah keluar mencari ilmu fadhu kifayah agar ilmu dapat kembali kepada masyarakat dan mengajar mereka. 

Firman Allah S.W.T:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakuan larangan Allah)."

[Surah At-Taubah: ayat 122]  

Justeru itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Ilmu yang benar adalah berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah, itulah ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Walaupun mempelajari dan menguasai ilmu duniawi, ilmu agama tidak sepatutnya dilupakan kerana itulah bekalan kita di akhirat sana. 

Niat dalam mempelajari sesuatu ilmu juga penting dan haruslah didasari dengan niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah. 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

**nama yang digunakan adalah bukan nama sebenar

Friday 1 May 2015

Merasa diri serba cukup?

Assalamualaikum...



Luang masa untuk membaca dan muhasabah.

"Eeeee.... tengok perempuan tu, dahlah tak pakai tudung, rambut berkarat, dah macam ahli sihir pun ada..."
"Eeeee tengok tu, orang bercouple, duduk dekat-dekat, ini mesti masuk api neraka karang."
"Seksinya baju.. dah macam sarung nangka.. geli pulak aku tengok..."

..dan pada masa yang sama berkata, sambil mendabik dada;

"Baik aku, aku pakai tudung dan tutup aurat... aku budak baik.."
"Diorang ni buat maksiat... Menyampah betul lah aku... Tak layak berkawan dengan orang baik macam aku ni..."

Kita mungkin telah menghukum orang lain atas kekurangannya.

Kita mungkin telah membenci orang lain atas kekurangannya.

Kita mungkin merasa mereka yang melakukan maksiat itu sejahat-jahat manusia.

Kita mungkin merasa yang kita tidak pernah buat maksiat, dan kita suci daripada dosa.

DAN APABILA SUDAH MERASAKAN DIRI ITU SUCI...

"Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.


(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."



(An Najm : 31-32)


DAN APABILA SUDAH MERASAKAN DIRI ITU SERBA CUKUP...

"Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup," (Abasa : 80)


"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas," (Al-Alaq : 6)



"karena dia melihat dirinya serba cukup." (Al-Alaq : 7)


Ingatkah kita ini memang diciptakan untuk tidak menjadi sempurna? Kita memang tidak sempurna!
Sedarkah diri ini tidak sempurna?
Sedarkah orang lain juga tidak sempurna?

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".
(Riwayat al-Tirmizi)

Monday 6 April 2015

Santai Gazebo: Qiam

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilllah, syukur ke hadratNya, dengan izinNya kerana pada 3 April 2015 telah dituntaskan program Santai Gazebo; tayangan telemovie yang bertajuk Qiam. Program diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine, dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar sendiri.

Poster program

Telemovie "Qiam" ini merupakan sebuah telemovie Malaysia lakonan Rita Rudaini, Fimie Don, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty. Ia mengisahkan tentang kisah perjalanan seorang remaja lelaki yang sedang berusaha untuk memupuk iman dan mula berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Pada masa yang sama, remaja ini bergelut dengan konflik ibu bapanya yang enggan menurutnya bersama untuk berubah ke arah kebaikan, dengan alasan kerana masih belum bersedia. 

Ya, penghijrahan itu bukannya suatu yang mudah dan mengambil masa. Ia juga bukan saja menguji diri sendiri. malah orang-orang yang kita sayang juga.

Firman Allah swt;


"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (At Taubah : 20)

Berdasarkan naratif telemovie ini, terdapat sangat banyak pelajaran yang kita semua boleh ambil untuk dijadikan pedoman hidup, tambahan pula telemovie ini begitu mengajar tentang kewajipan dan kepentingan solat pada seorang yang bergelar Islam itu.

Beberapa sneak peek yang dapat dikongsi;

Jualan dari para penggerak PMH turut diadakan


Para penonton


Tayangan 

Sesi berkongsi pendapat.

Hmm.. menarik bukan? Dengan menonton telemovie ini, secara tidak langsung para penonton ditarbiyahkan. Sesungguhnya pengaruh medium sesebuah telemovie ataupun filem itu sangatlah kuat terhadap masyarakat pada masa kini. Apapun, para penonton nampaknya sangat terhibur dengan tayangan ini. 

Nantikan program Santai Gazebo yang seterusnya, InsyaAllah.

Friday 3 April 2015

GPGK: SAY NO TO APRIL FOOL !

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semua sahabat? Apa khabar dengan iman antum? Moga baik-baik hendakNya. InsyaAllah. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang bernama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang olehNya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'alla sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memudahkan segala urusan kami di barsan penggerak PMH dalam menjayakan program GPGK. Syukur jiddan kepada para pelajar yang hadir memeriahkan program kami. Moga kalian semua mendapat sedikit sebanyak input daripada flyer yang diedarkan oleh kami. InsyaAllah. 
Pada GPGK kali ini, kami membawa tajuk berkenaan "SAY NO TO APRIL FOOL".




Bercakap berkenaan April Fool, pernah tak kita kenakan kawan-kawan kita pada tanggal 1 April? Bagi kalian itu cuma gurauan senda semata-mata untuk seronok sahaja. Tapi kalian tahu tak kisah disebalik Sejarah April Fool?? 
InsyaAllah kami akan kongsikan berkaitan Sejarah April Fool. Moga kita dapat ibrah daripada kisah tersebut. InsyaAllah. 

Sejarah April Fool


April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagau The April's Fool Day.

Bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487M, atau bertepatan dengan 828H. Tentera salib menakluk Islam Sepanyol dengan MELEMAHKAN IMAN mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Mereka menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar mereka lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, mereka juga mengirim beberapa ulama' palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha mereka membuahkan hasil.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walapun diselaputi dengan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Allah SWT berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak mempunyai ilmu tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta tanggungjawabnya." 
                                                                                          (Surah Al-Isra ayat 36)

Larangan Mengingati April Fool


Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya." 
                                                    (HR Ahmad dan Abu Daud disahihkan oleh Al-Albanl)

Ketentuan Dalam Bergurau

Allah SWT berfirman, " Dan jika kamu tanyakan kepada mereka tentang apa yang mereka lakukak itu, tentulah mereka akan menjawab, "Sesungguhnya Kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, kerena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. "
                                                                                                       (Surah At-Taubah: 65-66)


Gambar semasa program berlansung



                        

                                                 Menerangkan kepada pelajar berkenaan April Fool

   

Moga kalian dapat serba sedikit input dan pengajaran daripada kisah sejarah disebalik April Fool. 
Wallahualam.


Sunday 22 March 2015

GPGK : CINTA ILMU

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang benama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang oleh-Nya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan kami barisan penggerak PMH dalam menjayakan program GPGK Syukran jiddan kepada para pelajar yang hadir memeriahkan GPGK. Moga kalian semua mendapat manfaat daripada flyers yang telah diedarkan dengan tajuk 'CINTA ILMU' dengan izin-Nya. InsyaAllah.


Bagi yang tidak sempat hadir. Kami akan kongsikan sediki mengenai flyers yang kami edarkan.

PENGERTIAN ILMU

" Ilmu sebagai ketibaan makna dalam diri seseorang yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi. " (Prof Dr Syed Naquib Alattas)

Pengertian daripada segi bahasa: Dari perkataan arab 'alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.
Mananakala dari segi istilah pula, segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaanNya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.


PENTINGNYA ILMU !

" Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya (menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang yang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan di bumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak."                                                   (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Menurut Sayyidina Ali RA kepada Kamil Bin Ziyad
" Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, dan harta, sebaliknya semakin  berkurang jika dibelanjakan.Ilmu pembimbing dan harta dibimbing."

Semasa program dijalankan.




Penggerak PMH berkongsi ilmu kepada para pelajar  berkaitan flyers




Jualan Big Apple






Sekian.
Wassalam.


Sunday 15 March 2015

MALAM SAMPEL (SAMBUTAN PELAJAR BARU) PMH 2015

Bismillahirahmanirahhim...
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang benama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang oleh-Nya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Pada 9 Mac 2015 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) telah mengadakan program Malam Sampel sempena kemasukan pelajar baru sesi Mac 2015. 


Objektif program ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) kepada pelajar baru dengan persatuan Islam di kampus  disamping memberi peluang kepada pelajar baru mengikuti aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh para penggerak Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Kampus Puncak Perdana. 

Antara pengisian ketika program tersebut ialah pembentangan daripada setiap biro dalam Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) iaitu Biro Tarbiyyah dan Kebajikan (BTAR), Biro Dakwah dan Surau (BDAS), Biro Usahawan (BIUS) dan Biro Publisiti dan Multimedia (BPUM). Bukan itu sahaja, kami juga mengadakan cabutan bertuah kepada 50 pelajar terawal yang datang. Pendaftaran ahli baru juga dibuka. 

Sepanjang program berlansung.



Penyampaian cenderahati kepada Penasihat PMH Ustz Azlan


Antara 10 orang yang terpilih menerima cabutan bertuah


Antara 10 orang yang terpilih menerima cabutan bertuah


Barisan Penggerak PMH Kampus Puncak Perdana



Jangan lupa sertai kami di saff kepimpinan Persatuan Mahasiswa Hadhari. Kami mengadakan temuduga pengambilan penggerak baru pada 16-18 Mac 2015. Terbuka kepada semua pelajar IM dan FiTA semester 1-5 . Kehadiran anda dialu-alukan untuk menjadi sebahagian keluarga PMH UiTM Puncak Perdana.

Sekian terima kasih.



Geng Penyayang Geng Kita (GPGK) : "New Semester, New Intention

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang benama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang oleh-Nya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan kami barisan penggerak PMH dalam menjayakan program GPGK yang pertama pada semester ini.

Syukran jiddan kepada para pelajar yang hadir memeriahkan GPGK yg pertama pada semester ini.
Moga kalian semua mendapat manfaat daripada flyers yang telah diedarkan dengan tajuk 'New Semester, New Intention' dengan izin-Nya. InsyaAllah.


Bagi yang tidak sempat hadir. Kami akan kongsikan sediki mengenai flyers yang kami edarkan.

Tajdid Niat

Tajdid? Apa itu tajdid? Mesti tertanya-tanya kan? Meh nak explain apa maksud tajdid tu. 
Kalau sahabat nak tahu tajdid tu bermaksud perbaharui. Masih blur lagi? Okay la kita ambil perkataan tajdi niat. Tajdid niat bermaksud memperbaharui niat dengan lebih menjurus kepada niatkan sesuatu perkara itu kerana Allah SWT. Pendek kata. Niat kerana Allah. Aku belajar kerana Allah SWT bukan kerana pointer. Haaa . Itulah tajdid niat. Sebab tu laa, setiap sem kita kena tajdid niat belajar kita. Supaya kita dapat mengamalkan dan mengaplikasikan apa yang kita belajar itu. Bukan belajar untuk exam. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Khattab Radhiallahu 'anhu. beliau berkata: 
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

" Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dkahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu. "  
                                                                                                    ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 





Pengajaran hadis

Niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat, Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan kepada Allah atau kepada yang selain Allah. 
Perkara atau amalan yang diharuskan oleh syarak jika ditujukan kepada Allah akan menghampirkan seseorang dengan Allah dan akan diberi pahala serta dikira sebagai ibadat,




Semasa program dijalankan.


Menerangkan kepada pelajar mengenai isu flyers




Jualan big apple turut dijual oleh BIUS 







Wassalam. 

- NES- 


Friday 23 January 2015

Bagaimana kita dan tarbiah ?


Cuba kita lihat sirah para sahabat yang telah mendapat tarbiah daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Lihat Bilal bin Rabah, tarbiah menjadikan akidahnya utuh meski diseksa dengan ditimpa batu atas padang pasir di tengah panas matahari yang membahang, di samping beberapa siri seksaan yang lain. Semua itu tidak pernah melunturkan keimanannya.

Lihat Sultan Muhammad al-Fateh, tarbiah menjadikannya tidak pernah kenal erti putus asa. Bahkan beliau lebih berusaha merancang strategi yang lebih hebat utk menawan Kota Konstantinopel dan akhirnya berjaya.

Lihat Sultan Saifuddin Qutuz, tarbiah menjadikan semangatnya tidak pernah luntur dan tetap yakin hanya kepada Allah SWT untuk menggempur tentera Tartar(Mongolia) yang dipimpin oleh Hulagu Khan, meski Kota Baghdad yang terkenal hebat ketika pada zaman Abbasiyyah ketika itu sudah ditawan Hulagu Khan. 
MasyaAllah hebat kan mereka jika nak dibandingkan dengan kita? Lihat bagaimana manusia yang telah 
mendapat tarbiah dalam hidupnya.
Kita dan tarbiah bagaimana?