Wednesday 31 October 2012

Antara Wasiat Rasulullah saw

Assalamu'alaikum w.b.t

Mari kita sama-sama luangkan sedikit masa untuk mengetahui apakah wasiat yang diwasiatkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W.

1.  Hak sesama Islam

Rasulullah saw bersabda:
Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada lima:

1. Menjawab salam
2. Menziarahi orang sakit
3. Mengiringi jenazah
4. Menghadiri undangan
5. Mendoakan orang yang bersin


2.  Anjuran solat berjemaah

Rasulullah saw bersabda:
"Apabila ada tiga orang yang tinggal di kampung atau di gunung tidak mengerjakan solat berjemaah, maka mereka telah dikuasai oleh syaitan (iblis). Maka hendaklah kamu semuanya berjema`ah; sesungguhnya serigala itu makan kambing yang memisahkan diri dari kawannya."

3.  Jangan panjang angan-angan

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan terkena kamu semua ialah dua perkara iaitu: mengikut hawa nafsu dan panjang angan angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."

4.  Dua bendera di hadapan pintu

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapapun yang keluar dari rumahnya (untuk suatu tujuan) dipintunya ada dua bendera, iaitu bendera dibawah pimpinan malaikat dan bendera dibawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya untuk tujuan yang diredhai Allah, maka ia berada pada bendera malaikat, demikian seterusnya sehingga ia pulang semula kerumahnya. Apabila ia keluar untuk tujuan atau pekerjaan yang dibenci oleh Allah, maka ia berada dibawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai ia pulang ke rumahnya."

5.  Kewajipan menjaga hak orang lain

Rasulullah saw bersabda:
"Tunaikan amanah itu kepada orang yang mempercayaimu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu."

6.  Kemaafan adalah kemuliaan

Rasulullah saw bersabda:
"Tidak akan berkurang harta kekayaan sebab disedekahkan dan Allah tidak menambah pada seseorang yang memaafkan, kecuali kemuliaan. Tidaklah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah, kecuali Allah akan menaikkan darjatnya."

7.  Rahsia yang tersimpan dalam ucapan salam

Rasulullah saw bersabda:
Tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman, dan tidak dapat dikatakan beriman sebelum kamu saling mencintai antara satu dengan yang lain. Mahukah kamu saya tunjukkan tentang sesuatu yang kalau kamu kerjakan tentu kamu akan saling mencintai? Iaitu, sebar luaskan salam diantara kamu."

8.  Jangan biarkan kemungkaran

Rasulullah saw bersabda:
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah merubah dengan tangannya. Kalau tidak sanggup, hendaklah menegur dengan mulutnya. Jika dengan cara ini juga masih tidak sanggup, maka hendaklah dgn hatinya..Yang terakhir ini adalah merupakan usaha yang paling lemah dari iman."

9.  Ubat bagi hati yang berkarat

Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah SAW bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al-Quran."


10.  Sama rata antara dunia dan akhirat

Rasulullah saw bersabda:
"Bukanlah orang yang paling baik di antara kamu yang meninggalkan dunianya kerana akhiratnya, dan tidak pula meninggalkan akhiratnya kerana dunianya. Sebab dunia itu akan dapat menyampaikan kamu kepada akhirat, dan janganlah kamu menjadi beban bagi manusia lain."

**Semoga kita sama-sama mendapat sedikit bekalan untuk mengharungi lautan kehidupan.

No comments:

Post a Comment