Friday 3 May 2013

Hijrah bersama hati bukan berhijab dan berniqab sahaja..


Hijrah bersama hati bukan berhijab dan berniqab sahaja..




Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab dan Berhijab Maka "Jangan Main-Main"...

Assalamualaikum wbt

Rasanya lama tidak membuat entri PMH ini.Maaf di pohon atas kesibukan kami selaku pelajar dan juga penggerak PMH.Asif ya saudaraku.Kali ini kami ingin sentuh sikit tentang HIJRAH.Kalau ikutkan konsep semua tahu hijrah itu apa kan?Namun hijrah itu sendiri membawa banyak maksud berdasarkan apa yang dihijrahkan....
Jom baca sikit tentang...

Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab dan Berhijab Maka "Jangan Main-Main"...

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah dan berhijablaj, ramai yang mahu menyokong belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk berubah ke arah ini,ingatlah dugaan dan godaan akan sentiasa di datangakn oleh Allah swt untuk menguji keteguhan kita. Percaya atau tidak,iman dan perasaan akan dibolak balikkan seketika sehingga kita benar-benar ingin berubah.Di saat hati sudah teguh,maka hilanglah godaan itu..Teruskan bila ia sudah terbiasa ya ukthi ku..Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah.


ini kata-kata dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi 

.."mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.."

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.Sedarlah tatkala kita berhijab atau berniqab,imej islam turut dibawa oleh setiap langkah kita.Jagalah ia,molekkan ia agar dipandiang tinggi..insyallah

p/s :
berubah dengan hati dan niat
bukan kerana manusia yang mengajak
tetapi kerana hati yang menyeru ya..
setiap hari adalah hari untuk memperbaiki diri..
insyallah..amin..

wassalam
<ds>





No comments:

Post a Comment