Monday 6 April 2015

Santai Gazebo: Qiam

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilllah, syukur ke hadratNya, dengan izinNya kerana pada 3 April 2015 telah dituntaskan program Santai Gazebo; tayangan telemovie yang bertajuk Qiam. Program diadakan di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine, dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan pelajar sendiri.

Poster program

Telemovie "Qiam" ini merupakan sebuah telemovie Malaysia lakonan Rita Rudaini, Fimie Don, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty. Ia mengisahkan tentang kisah perjalanan seorang remaja lelaki yang sedang berusaha untuk memupuk iman dan mula berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Pada masa yang sama, remaja ini bergelut dengan konflik ibu bapanya yang enggan menurutnya bersama untuk berubah ke arah kebaikan, dengan alasan kerana masih belum bersedia. 

Ya, penghijrahan itu bukannya suatu yang mudah dan mengambil masa. Ia juga bukan saja menguji diri sendiri. malah orang-orang yang kita sayang juga.

Firman Allah swt;


"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." (At Taubah : 20)

Berdasarkan naratif telemovie ini, terdapat sangat banyak pelajaran yang kita semua boleh ambil untuk dijadikan pedoman hidup, tambahan pula telemovie ini begitu mengajar tentang kewajipan dan kepentingan solat pada seorang yang bergelar Islam itu.

Beberapa sneak peek yang dapat dikongsi;

Jualan dari para penggerak PMH turut diadakan


Para penonton


Tayangan 

Sesi berkongsi pendapat.

Hmm.. menarik bukan? Dengan menonton telemovie ini, secara tidak langsung para penonton ditarbiyahkan. Sesungguhnya pengaruh medium sesebuah telemovie ataupun filem itu sangatlah kuat terhadap masyarakat pada masa kini. Apapun, para penonton nampaknya sangat terhibur dengan tayangan ini. 

Nantikan program Santai Gazebo yang seterusnya, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment