Saturday 29 December 2012

Malam 1 Kepastian

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah program terakhir dari kami barisan penggerak PMH  pada semester ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua penghuni kolej Jasmine dan semoga sambutan ini bukan hanya sambutan yang merugikan dan melalaikan. Semoga semua warga Kolej Jasmine dan penonton-penonton sekalian mendapat 'ibrah daripada tayangan ini. KEMATIAN ITU PASTI! Tetapi, bagaimanakah persediaan dan bekalan kita untuk menghadapi kematian yang pasti itu? Adakah telah mencukupi dan bersedia untuk menghadapkan kepada Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Semoga siaran langsung ini dapat menjentik sedikit jika tak banyak dalam hati-hati penonton tentang mengingati mati, kerana hamba yang selalu mengingati mati inilah hamba yang berjaya, Insya Allah.

Terima kasih kepada pelakon utamanya.

Terima kasih kepada penggerak

Deklamasi sajak

Terima kasih yang menyokong program-program kami. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada program-program yang telah kami hidangkan kepada anda bagi semester ini. Insya Allah kita bertemu pada semester akan datang.

sekian
wassalam

No comments:

Post a Comment