Wednesday 6 February 2013

[ Wait & See ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Apa khabar antum semua? Imannya sihat atau sakit? Fikirannya? Fizikalnya? Harap semuanya berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Insya Allah. Cuti antum semua bermanfaat kah? atau masih lagi berada dalam zone membalas dendam kerana tidak cukup rehat ketika masih dalam musim kuliah, assignment dan exam. Semoga tidak. Buat lah satu kebajikan dalam sehari sekurang-kurangnya. Tetapi, jika tidak dapat melakukan kebajikan itu, janganlah terus menerus melakukan dosa dan maksiat. Mohon dijauhkan. Na'uzubillah.

Sekarang ini, dengarnya sedang hangat atau dah suam-suam kuku berkenaan dengan tibanya tarikh keramat iaitu KEPUTUSAN PEPERIKSAAN yang bakal diumumkan pada 15 Februari 2013 - Jumaat minggu depan. Bukan hangat PRU 13 ye. 





Tenang. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Berdoa dalam hati, set kan dalam minda bahawa segala keputusan adalah telah ditakdirkan oleh Allah dan Allah berikan setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan. Berdoalah supaya kita tidak berasa sombong, riak dan bangga dengan usaha yang telah kita lakukan semata-mata jika rezeki kita pada semester lepas mendapat keputusan yang cemerlang seperti yang kita inginkan. Tetapi, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Kejayaan kita kali ini bukanlah jaminan kepada kejayaan kita yang akan datang.

Janganlah bersedih jika keputusan kita kurang memberangsangkan dan tidak capai target sepertimana yang kita inginkan kerana Allah nak tunjukkan hikmah kepada kita. Bersyukur juga dengan keputusan yang bakal kita ketahui nanti. Allah nak kita berusaha lagi. Betul! Gagal kali ini juga tidak menjaminkan kita akan gagal lagi pada masa akan datang jika kita masih berusaha dan tidak berputus asa. Jangan berputus asa! Allah tidak suka kepada hambaNya yang berputus asa.

Sebarang keputusan yang antum perolehi pada 15/2/2013 nanti, kami mengucapkan Tahniah! Mabruk! Semoga hari akan datang lebih baik daripada semalam. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment