Thursday 24 October 2013

Bila Cina Naik Haji


Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt atas limpah dan kurnianya pada 23 Oktober 2013 bertempat di surau Al-Iqra Kolej Jasmine, satu program ringkas di bawah kepimpinan barisan penggerak PMH telah berjaya dijalankan tanpa sebarang gangguan dan kekangan.Syukur.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk "Bila Cina Naik Haji" menjadi pilihan kami. Sebenarnya mudah saja, tajuk ini di ambil kerana penyampai ceramahnya adalah seorang mualaf iaitu Ustaz Ann Wang Seng yang di jemput khas oleh PMH untuk menyampaikan serba sedikit tentang pengalaman beliau mengerjakan haji di Makkah dan serba sedikit tentang ilmu berkaitan haji dan islam. Tampak menarik dengan pelbagai kupasan ilmu yang mungkin kadang-kala kita yang lahirnya islam ini terlepas pandang.

Mungkin kita juga perlu membuka mata dan hati bagaimana seorang insan yang lahirnya seorang yang berbangsa cina dan bukan beragama islam ini boleh memeluk islam dan berbangga menyampaikan dakwah ke jalan islam dengan rela hati dan berlapang dada. Dari seorang yang mualaf kini bergelaf mukallaf dan kini turut bergelar  ustaz. Ceramah yang di sampaikan tampak mencuit hati para pelajar dengan pelbagai selingan yang mencuit hati tetapi memberi pengajaran dan ilmu berguna.

Di sini ustaz Ann Wang Seng menekankan bahawa apabila menunaikan haji ia perlu datang dari hati untuk mendapat haji mabrur dan bukannya haji malboro. Beliau memberi banyak tip berkaitan bagaimana menjadi muslim yang sebenar-benarnya. Sesi yang bermula jam 9 malam berkahir pada jam 11.15 malam itu sedikit sebanyak membuka minda kita bahawa betapa wajibnya kita yang mampu ini menunaikan haji daripada mengejar perkara-perkara lain.

Terima kasih kepada warga kolej jasmine yang meluangkan masa bersama kami, teruskan menyokong kerja dakwah kami supaya apa yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah swt. Insyallah.

Insyallah di masa akan datang kami akan menggiatkan lebih banyak program untuk warga kolej jasmine.Insyallah


Sekian
Wassalam wbt
<ds>

No comments:

Post a Comment