Monday 7 October 2013

Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib?Apa yang kita faham?

Assalamualaikum wbt

Bersandarkan kepada tajuk di atas,mungkin ada yang faham kiasannya, mungkin ada yang tidak faham dan mungkin juga ada yang menerima bulat-bulat ayat ini. Jom kita fahami sedikit apa yang dimaksudkan dengan tajuk ini. Ianya bukanlah untuk menuding jari kepada sesiapa mahu pun menyentuh mana-mana hati.Ini lah yang dinamakan tarbiyah dan saling mengingati di dalam islam. 

Apa itu aurat?
Dari segi bahasa aurat bermaksud keaiban dan dari segi istilah ia bermaksud bahagian-bahagian tertentu yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan ajnabi (orang yang boleh berkahwin dengannya).
Jadi secara konklusinya, aurat itu wajib ditutup bagi wanita yang sudah baligh dan ia juga menyentuh juga aurat bagi kaum adam.Cuma mungkin sedikit berbeza dari segi had-had aurat.

Antara dalil-dalil yang menguatkan lagi apa itu aurat wanita adalah :
"Wahai anak adam,telah kami turunkan kepada kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan perhiasamu,dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang itulah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat" <surah al-a'raf ayat 26>

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." <hadith Bukhari dan Muslim?

Bertudung itu wajib atau tidak?
Cuba fahami dua surah ini dan fikir sejenak kesamaan ayat tersebut...

"dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman "hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklah mereka menutup kain tudung mereka ke dada mereka" <surah an-nur ayat 31>

bertepatan dengan kewajiban menutup aurat dan bertudung, kita sebagai pengganut agama islam adalah lebih elok memakai pakaian yang menutup aurat dan bertudung sebaiknya. Sebelum ini mungkin ada dikalangan kita yang percaya bulat-bulat ayat ini "Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup aurat itu wajib" untuk bertudung ala kadar sahaja.Cuba muhasabah diri dan perbaiki pakaian kita untuk lebih menutup aurat dan bukannya membalut aurat semata.Apa pula membalut aurat semata?...

Membalut aurat semata seperti...
  • bertudung tetapi ber t-shirt berlengan pendek
  • bertudung tetapi macam shift sekejap pakai sekejap tinggal di almari
  • bertudung tetapi berbaju kebarung terbelah kainnya,terketat pinggangnnya
  • bertudung tetapi sendat,mendat,nipis dan mungkin menggoda hati si adam 
  • bertudung tetapi dilonggarkan pula tudungnya hingga nampak jambulnya
  • bertudung tetapi dilemparkan pula tudungnya ke dada,fashion simple katanya
  • bertudung tetapi jelas sanggulnya,leher jinjangnya,tinggi tengkuknya dan dadanya.
Tepuklah dada dan tanyalah iman di dalamnya,sejauh mana kita sanggup melanggar syariat Nya sejauh itulah lemahnya iman kita. Berhati-hatilah duhai sahabatku, tatkala hati kita tidak berasa bersalah dan berdosa pada Allah swt, ia petanda hati kita mengalami krisis penurunan iman yang membimbangkan.Jangan jadikan tema "belum sampai seru dan belum sampai hidayah" sebagai alasan,kerana hidayah bukan dinanti ibarat menanti bulan jatuh ke riba tetapi perlu di cari seperti menuntut ilmu hingga ke negeri China.Jadi bukan hanya ilmu perlu di cari, begitu juga hidayah dan iman.

Mungkin ada yang mempersoalkan ayat-ayat di atas, namun percaya atau tidak,jika ada sedikit rasa marah, sedikit rasa sentak di hati dan sedikit rasa tidak puas hati,ia bermakna hati-hati kita masih mempunyai rasa malu dan masih ada rasa iman dan taqwa sebagai seorang islam.

Mungkin sebelum ini kita leka akan cara kita bertudung dan berpakaian, tetapi itulah sebabnya mengapa Allah swt masih memberi kita peluang dan ruang untuk bernafas dan hidup di bumi-Nya. Ia hanya kerana satu tujuan,iaitu supaya kita masih mempunyai ruang untuk menjadi lebih baik dan terbaik hari demi hari.Jadikan hari-hari yang mendatang sebagai resepsi untuk kita menjadi lebih baik,pedulikan pandangan tajam manusia lain, hiraukan tomahan sinis orang lain. Berbanggalah kepada diri kita sendiri kerana mempunyai hati yang berani untuk berubah.Orang lain tidak mampu mengubah diri kita jika kita tidak mengubah diri kita sendiri.

Jika kita laungkan kita sayang mak, kita sayang ayah, kita sayang mak ayah dunia akhirat, apalah ertinya jika tidak tertutup dengan sempurnanya aurat kita.Kita menggali dosa untuk mereka saban hari, habislah amalan baik dan pahala si ayah dan si ibu kerana kita. Sayanglah mereka dengan sesungguhnya, jagalah aurat kita sebaik mana mereka menyanyangi kita. Eratkanlah tali ini sehingga ke syurga,Insyallah,amin


Sekian
wassalam wbt
<ds>






No comments:

Post a Comment