Sunday 22 March 2015

GPGK : CINTA ILMU

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih diberikan nikmat Iman serta nikmat Islam yang mana nikmat paling besar telah diberikan kepada kita yang benama Muslim. Dengan nikmat itu dapatlah kita diberi peluang oleh-Nya untuk kita terus meningkatkan amalan kita. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan kami barisan penggerak PMH dalam menjayakan program GPGK Syukran jiddan kepada para pelajar yang hadir memeriahkan GPGK. Moga kalian semua mendapat manfaat daripada flyers yang telah diedarkan dengan tajuk 'CINTA ILMU' dengan izin-Nya. InsyaAllah.


Bagi yang tidak sempat hadir. Kami akan kongsikan sediki mengenai flyers yang kami edarkan.

PENGERTIAN ILMU

" Ilmu sebagai ketibaan makna dalam diri seseorang yang menyebabkan berlaku perubahan berdasarkan ilmu yang diperolehi. " (Prof Dr Syed Naquib Alattas)

Pengertian daripada segi bahasa: Dari perkataan arab 'alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya.
Mananakala dari segi istilah pula, segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah SWT yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaanNya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batin.


PENTINGNYA ILMU !

" Sungguh, malaikat akan meletakkan sayapnya (menaungi) pada pencari ilmu kerana senang apa yang sedang dituntutnya. Orang yang berilmu selalu diminta ampunkan oleh apa yang ada di langit dan di bumi sampai oleh ikan di air. Keutamaan orang berilmu dibanding dengan orang yang banyak beribadat seperti keutamaan bulan purnama berbanding semua bintang. Para ulama pewaris nabi, mereka tidak mewarisi dinar dan dirham tetapi mereka mewarisi ilmu. Maka sesiapa yang mengambilnya bererti ia mendapat keuntungan yang banyak."                                                   (Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Menurut Sayyidina Ali RA kepada Kamil Bin Ziyad
" Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjagamu dan kamu akan menjaga harta. Ilmu semakin bertambah jika diinfakkan, dan harta, sebaliknya semakin  berkurang jika dibelanjakan.Ilmu pembimbing dan harta dibimbing."

Semasa program dijalankan.




Penggerak PMH berkongsi ilmu kepada para pelajar  berkaitan flyers




Jualan Big Apple






Sekian.
Wassalam.


No comments:

Post a Comment