Saturday 28 September 2013

Malam Sambutan Pelajar Baru "Sampel"

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah setelah tertunda beberapa kali, akhirnya pada 26 September yang lalu iaitu pada jam 9 malam bertempat di Surau Al-Iqra program "Malam Sambutan Pelajar Baru Sample" telah diadakan.Program ini menjadi program wajib yang akan diadakan oleh kami di setiap semester untuk memperkenalkan apa itu PMH dan isi kandungannya keada warga baru UiTM Kampus Puncak Perdana khususnya pelajar semester satu dan tiga.Namun begitu ia tidaklah bermaksud ia hanya dikhususkan untuk pelajar-pelajar semester satu dan tiga sahaja,ia boleh disertai oleh semua warga kolej jasmin yang berkelapangan.

Tidak dinafikan ini adalah antara program Sample yang paling berjaya dikendalikan oleh PMH.Kehadiran yang ramai membuatkan program ini lebih meriah dan menarik walaupun ia hanya dilakukan di dalam surau sahaja. Terima kasih kepada semua warga kolej yang hadir dan tidak dilupakan kepada para penggerak PMH yang berkorban masa dan tenaga.

Walaupun dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan terpaksa berpisah dengan rakan-rakan,namun semangat yang ditunjukkan semasa berbulatan gembira sangat mengujakan kami barisan penggerak PMH.Semangat untuk mempersembahkan hasil kerja masing-masing amat kami hargai.Kami berharat ia bukan sekadar keseronakan semata,namun kami berharap ia sebagai wadah untuk kami menyampaikan sedikit kemanisan usrah di dalam islam.Insyallah.

Ini adalah diantara kenangan yang dapat sempat kami tangkap untuk  semua











Kami berharap akan ada lebih ramai lagi warga kolej jasmine yang akan turut bersama kami.Mungkin mulanya hanya ingin mengutip kupon semata,tetapi jika allah gerakkan hati hambanya untuk terus mencari secebis ilmu tentang indahnya islam,insyallah kupon itu akan merubah kepada ikhlasnya hati untuk ditarbiyahkan.Insyallah amin.

sekian,terima kasih
wassalam wbt
<ds>

3 comments:

  1. sedikit jelez di situ melihat adik2 penggerak PMH pakai baju sedondong color hijau muda tu... tak sempat nak rasmi hari tu....

    ReplyDelete
  2. tahniah adik2 penggerak smua.. abg2 n kakak2 senior tumpang bangga & terharu.. teruskan usaha kalian dalam dakwah.. Moga Allah redha.. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada semua penggerak yang menjayakan majlis ini. Semoga kalian akan terus berjuang untuk meneruskan legasi dakwah di Puncak perdana. pelbagaikan usaha dakwah, rebrandingkan program dan mesyuaratlah agar segalanya beres....ana tumpang gembira......

    ReplyDelete