Monday 7 October 2013

Apa itu Usrah?

Assalamualaikum wbt..
Apa khabar sahabat sekalian? Diharapkan berada di dalam kesihatan yang terbaik dan iman yang terbaik,Insyallah Amin. Kali ini kami ingin mengupas sedikit berkenaan "USRAH". Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa usrah lagi dan lagi?Sedangkan ia sudah diterangkan pada program Sampel yang lepas. Memang tidak dinafikan apa itu usrah sudah diterangkan,tetapi kami percaya bukan semua yang hadir itu faham akan maksud sebenar usrah dan isi nya bukan? Jadi di sini kami titipkan sedikit nota ringkas tentang "USRAH" agar dapat di fahami dan di baca berulang kali oleh sahabat sekalian.

Mula-mula kita perlu tahu apa itu Usrah..


Usrah dijenamakan semula oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir di bawah pimpinan Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna pada tahun 1928.Namun begitu usrah telah lama dipraktikkan oleh umat islam iaitu ketika Nabi Muhammad saw yang berusaha mengumpulkan golongan terawal yang memluk islam di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam di Mekah bagi menyampaikan wakyu-wahyu yang diturunkan kepada baginda.

Jadi apa itu "usrah"?.Usrah berasal daripada perkataan bahasa arab yang bermaksud keluarga.Usrah terbina atas dasar perpaduan yang dibangunkan bersama-sama iman dan islam dengan berusaha untuk memahami dna menghayati manisnya islam. Ia dikuatkan lagi dengan satu potong ayat al-quran yang bermaksud :

"Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan bebuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah swt" <surah al-maidah 5:2>

Tetapi usrah pada masa kini sudah diperluaskan bukan sahaja dalam konteks keislaman sahaja.Asalkan kita berusrah sesama ahli usrah kita, kita boleh sahaja berbincang tentang isu-isu semasa yang kita rasakan perlu dibincangkan dan dikongsikan.Mungkin sahaja tentang islam,pelajaran,permasalahan dan lain-lain yang dirasakan perlu.Janganlah kita persempitkan minda kita bahawa usrah ini semuanya tentang agama. Jom revolusikan minda kita dan mulakan langkah dengan berusrah.Carilah rakan usrah yang betul dan boleh membawa kita mengisi jiwa dan minda kita tentang manisnya berusrah :-)

Apa pula rukun Usrah..

1. Taaruf @ mengenali...
saling kenal-mengenali sesama ahli di dalam kumpulan usrah untuk mengeratkan silaturrahim dan ia akan diaplikasikan di dalam usrah dan di luar usrah bagi memenuhi tuntutan alquran dan hadith iaitu :
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
"dan berpegang teguhlah kamu dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah"
dan "sabda Rasullah saw : seorang mukmin kepada mukmin yang lain adalah ibarat satu binaan yang kuat memperkuatkan antara satu sama lain" <riwayat Bukhari dan Muslim>

Mungkin dari konsep ini kita boleh bertanya kepada diri kita sejauh mana keakraban hubungan ini tercipta?Adakah sahabat kita juga terdiri daripada rakan usrah kita juga?Atau pun usrah itu hanya terbina kerana masanya dan ketika kelompok itu bertemu,bukan untuk diluar masanya?Tepuk dada tanya iman ya sahabat sekalian... :-)

2. Tafahum @ memahami..
Ia bermaksud kita perlulah sentiasa istiqomah atas kebenaran islam dan melaksanakan apa yang diperintahkan Allah swt dan meninggalkan larangannya.Di dalam usrah ini,kita boleh bersama-sama dalam memunasabah diri,munasabah diri di atas kekurangan diri yang mungkin boleh diperbaiki sedikit-demi sedikit.Jadikan usrah sebagai medium terbaik untuk berkomunikasi sesama ahli usrah dan naqib atau naqibah atau pun murabbi yang lebih tinggi.Insyallah.
Selain itu di dalam usrah ini juga, jadikan sikap saling memohon kesejahteraan dan kemaafan sesama rakan usrah dalam momentum mengimbangi dakwah dan perjuangan yang sebenar.Macam itu baru manisnya usrah.

3. Takaful @ membantu
bersedia melakukan kebaikan, prihatin dan perasaan saling membantu dalam membentuk ketinggina iman dan keluhuran ulhwah sesama rakan usrah.Serendah-rendah takaful adalah memberi  bantuan apabila diminta dan setinggi-tinggi takaful adalah memberi bantuan walaupun tidak diminta.Mana yang sahabat pilih?Memberi apabila diminta atau pun membantu seikhlas hati?Renung-renungkan wahai sahabat ku.Bantulah seikhlas hati agar pahala yag diperolehi menjadi saham yang subur di sana.Insyallah amin.


Apa pula adab-adab usrah..

Adab-adab usrah tidaklah sesusah teori-teori yang kita belajar di dalam kelas.Sesiapa pun boleh memberi jawapan yang dirasakan betul,asalkan tidak melampau konteks berusrah itu sendiri.Disini beberapa adab-adab usrah adalah seperti :

1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah Swt bertepatan dengan firmannya "dan tidaklah mereka tiadalah disuruh melainkan supaya menyembah Allah,serta mengikhlaskan agaman bagi-Nya,beribadat mengharap keredhaan-Nya" <surah al-bayyinah 98:5>
Hadith Rasullah saw juga menyebut " hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap seseorang itu apa yang diniatkan" <Muttafaqun'alaih>

2. Meminta izin masuk
Mintalah izin untuk masuk dna berilah salam sebelum memasuki kumpulan usrah tersebut. Ia bertepatan dengan firman allah "Hai orang yang beriman,janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumah kamu sehingga kamu meminta izin dan mengucapkan salam kepada empunya.Demikianlah itu lebih baik bagimu,mudah-mudahan mendapat peringatan" <surah an-nur 24:27>

3. Suci
Datanglah dalam keadaan bersuci dan berwudhuk dan memakai pakaian yang sopan dan sempurna bagi memudahkan kita untuk bersolat dan memegang al quran dan membaca ayat-ayat di dalamnya dan insyallah disimpangkan dari gangguan syaitan.Insyallah.

4. Membawa Al-quran atau nota
Memudahkan kita untuk merujuk mana-mana surah yang dibaca dan membuat sedikit nota tambahan dari huraian yang dipelajari bersama sewaktu usrah di jalankan.Mungkin ada yang kita tidak jelas dna sudah dijelaskan.

5. Mengukuhkan ukhwah
Datanglah dengan niat untuk merapatkan ukhwah sesama rakan usrah dna berkasih sayang kerana Allah swt.Hadith berkaitan adalah seperti berikut : Sabda Rasullah saw "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku?Pada hari ini,mereka itu aku berikan naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan ku sendiri" <Hadith Muslim?

Adab-adab usrah yang lain termasuklah :

  • menuntut ilmu
  • bersalaman
  • menjaga rahsia rakan seusrah
  • menyampaikan kepada orang lain
  • bersopan dan mengawal suara
  • berusaha mengenali sahabat dan bertambah ukhwah
  • membaca al-fatihah di permulaan dan diakhiri dengan tasbih kifarah
Jadikanlah usrah ini salah satu jadual kelas kita,Insyallah dengan usrah ini Allah akan bina dinding-dinding iman di dalam hati kita,konkrikkan ia dengan taqwa dan islam.Mungkin dengan usrah ini kita lebih mengenali manisnya islam dan manisnya persaudaraan dalam islam.Insyallah.

Inginkan Usrah?
mari bersama kami warga PMH Puncak Perdana
Berkongsi apa yang termampu lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa
Satu baris ayat yang sering disebut oleh seorang penggerak PMH iaitu "Belajar itu nombor satu tetapi dakwah bukan yang kedua,Insyallah".Mungkin kita pun boleh praktikkannya.

sekian
wassalam wbt
<ds>

2 comments:

  1. assalamualaikum, kalau saya bukan student di puncak perdana tapi saya tinggal dikawasan tersebut, boleh kah saya menjadi ahli usrah kamu semua?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...(maaf sgt lambat reply)
      alhamdulillah..kalau ada niat di hati, kami sangat mengalu-alukan hajat saudari ke sini :)

      Delete