Saturday 29 November 2014

Hentakan Daripada Allah

Assaalamualaikum sahabat semua :)
Sihat? Bagaimana iman kalian ketika ini? Adakah makin menaik atau makin menurun? Yelaaa sekarang kan musim assignment, test, presentation and so on.  Jom baca artikel yang kami ingin kongsikan kepada kalian iaitu berkaitan "Hentakan daripada Allah".


Moga kalian dapat menaikkan semula semangat yang kian merundum di saat-saat kritikal sekarang.

Okay tanpa membuang masa lagi jom kita baca. ^_^

--------------

Manusia lazimnya akan sentiasa melakukan kesilapan dan manusia tidak akan terhindar daripada melakukan kesilapan. Kita lihat semula dalam-dalam.

Bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT?
Adakah kita benar-benar menjaga hubungan istimewa kita dengan Allah SWT?
Adakah kita menepati masa yang diperuntukan untuk bersama-sama denganNya?

Kita lihat kembali, dalam-dalam.
Bagaimana adab kita apabila menerima dugaanNya?
Adakah kita cepat mengeluh dan merungut apabila kita menghadapi detik-detik kesukaran?
Adakah kita terlalu cepat berputus asa daripada rahmatNya sebelum berusaha untuk bangkit semula?

Sekali lagi, kita perhatikan diri kita, dalam-dalam.
Segala pekerjaan kita, perbuatan kita, adakah kita anggap segala apa yang kita lakukan ini sebagai satu amal ibadah?
Adakah kita benar-benar ikhlas melakukannya?
Adakah kita hanya sekadar mengharapkan perbuatan kita, dilihat dan diberi penghargaan oleh manusia?

Ya, kita lihat semua itu dalam-dalam.
Kepayahan yang menimpa kita, kadangkala sebagai peringatan daripada Allah SWT buat diri kita yang sering kali melakukan kesilapan. Manusia, melakukan kesilapan kerana lupa dan alpa.

Maka biasanya Allah SWT akan memberi kita satu 'hentakan' yang kuat sehinggakan kita tersentak. Sehinggakan kaki hilang upaya untuk berdiri dan tenaga badan seperti hilang lesap begitu sahaja, sehingga rasa tidak upaya, lemah dan akhirnya kecewa dan putus asa.


Anda pernah merasainya??

Ingatlah wahai sahabat sekalian.
'Hentakan' yang Allah beri itu adalah sebagai peringatan kepada kita agar kita lihat diri kita, pandang dalam-dalam dan muhasabah diri. Tidak cepat melatah, tidak cepat mengeluh.

Sahabatku sayang, ingatlah bahawa sesungguhnya susunan Allah SWT tidak akan pernah silap.
Sentiasa la hudnuzon dengan Allah dan berlapang dada bila ditimpa ujian.


Dan susunan yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya manis belaka.

Putus asa? Ia bukan jalan penyelesaiannya.

Ayuh, Kita Bangkit!!

Bukan masanya untuk kita berlama-lama dalam kejatuhan ini.

Bukan masanya untuk kita meratap lama-lama atas kepayahan yang menimpa.

Bukan masanya untuk kita tenggelam dalam kesedihan yang akan menjadikan kita alpa.

Ayuh, sahabat ! Bangkit kembali !




No comments:

Post a Comment