Wednesday 26 November 2014

Dakwah, adakah ia wajib atau hanya kepada yang berminat sahaja?

Assalamualaikum wbt



Apa khabar sahabat sekalian, diharapkan sihat hendaknya, insyallah. Kali ini kami membawakan kupasan yang dilihat picisan mahu pun sekadar remeh bagi kita semua. Mungkin kita menganggap, dakwah hanya bagi mereka yang bertudung labuh atau mereka yang bersongkok berkopiah atau pun mereka yang datang dari latar belakang agama sahaja.Jom kita ubah persepsi kita jom...

Ada satu hadis yang sangat popular dalam kalangan kita iaitu:
Daripada Abdullah Bin Amru Bin Al-Ash r.a, Rasullah saw bersabda :sampaikanlah dariku walaupun satu ayat dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di neraka (riwayat al bukhari).



Melalui hadis di atas jelas, bahawa manusia diutus untuk menyampaikan dakwah. Bukan untuk mereka yang berminat, tetapi yang bergelar muslim. Janganlah kita serahkan tanggungjawab ini kepada para ulama sahaja, kita pun boleh berdakwah tidak kira kecik besar atau secara sederhana sahaja. Berdakwahlah walau dengan sepotong ayat.,

Allah berfirman:
"kaum mukminin dan mukminat, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian lainnya.Mereka menyuruh jepada yang maaruf fan mencegah dari yang mungkar".(at taubah:17)

"kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia. Kalian menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar serta kalian beriman kepada Allah". (Ali Imran:110)

Disini, jelaslah sahabat, bahawa dakwah bukan untuk mereka yang terpilih sahaja, bukan untuk mereka yang berminat sahaja, tetapi menjadi asas kepada semua umat islam untuk mengembangkan islam kepada yang islam dan bukan islam." Hulurkan tangan ringankan beban" kepada para ulama dan agamawan kita dalam mnyebarkan islam. Kan sweet tu, berganding bahu berdakwah demi islam.Insyallah ada manisnya dalam berdakwah.

Dakwah yang mudah pun boleh kan, bukan lah dakwah secara besar-besaran, kecil-kecil pun boleh.Contohya:
  • membantu mereka yang dalam kesusahan samada dalam pelajaran, kewangan, kerja pejabat mahupun apa sahaja perkara baik yang tidak membebankan kita
  • bermanis muka dengan senyuman
  • mengutip sampah atau mengalihkan halangan di laluan orang awam di kampus atau pun di kawasan pejalan kaki
  • berbaik-baik dalam masyarakat dan kepada manusia yang lain
  • menjaga pertuturan dan tingkah laku dan banyak lagi


Berdakwah secara keseluruhan memang sukar, namun tidak salah jika berdakwah dari diri kita sendiri, mungkin kita tidak melihat ia sebagai sumbangan yang besar, tetapi mungkin di mata para sahabat yang lain. Cuba antum sekalian bertanya pada diri antum, pernah atau tidak antum melihat mereka yang bermanis muka ini gusar dalam tingkahnya?Mereka yang berbaik sangka dengan manusia yang lain ini bersikap kasar dengan orang lain?Mereka yang menjaga rapi pergaulan dan aurat nya panas atau pun tidak disenangi?Tidak Bukan?




Mereka kita lihat sangat disenangi orang, sentiasa terpelihara dan manis dipandang.Itu pun dikira dakwah walaupun hanya untuk diri mereka, kerana mereka menunjukkan dakwah mereka melalui tauladan diri mereka.Rasullah saw juga berdakwah melalui tingkahnya jua kan?Sebab itu rasullah saw berkata "mengajak orang lain kepada kebaikan itu suatu dakwah".



Ayuh sahabat kita berdakwah walaupun kecil, tetapi niat kita itu kerana allah swt, insyallah allah maha mengetahui. Easullah saw pernah bersabda kepada Ali bin Abi Talib r.a: "Mengajak seseorang kepada hidayah Allah itu lebih baik bagimu dari harta yang sangat kau banggakan".



Siapa tahu mungkin dengan usaha kecil kita ini, kita dibantu kelak di sana dalam meniti pengakhiran sebagai seorang hamba. Insyallah. Mulakan tekad di hati, walau siapa pun kita, selagi namanya islam, marilah kita sama-sama menunjukkan dakwah yang terbaik kepada semua, perelokkan mana yang boleh, perapikan mana yang terbengkok agar usaha ini menjadi titik tolak kita dalam menjadi khalifah yang lebih baik. Hidayah allah siapa yang tahu "kun fa ya kun" iaitu apabila Allah swt mengkehendaki baik kepada seorang hambanya, maka allah pekerjakannya seelok mungkin.Jadi lepas ni jangan lagi kata saya bukan orang dakwah dan saya tidak bertanggungjawab untuk berdakwah. Jom ubah persepsi kita dan berdakwah.



Insyallah amin..

sekian
wassalam wbt
<ds>








No comments:

Post a Comment