Wednesday 26 November 2014

PROGRAM "COVER YOUR FEET WITH THE SOCKS"

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas limpahan kurnia dan rahmatNya dapat kami jayakan program ini.

Alhamdulillah, pada kali ini Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) Puncak Perdana dengan kerjasama Sarung Kaki Projek (SKP) mengadakan Kempen "Cover Your Feet With The Socks".




Antara objektif kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita 
bahawa kaki juga merupakan aurat .Ramai wanita di luar sana yang tidak mengambil berat tentang menutup aurat di bahagian kaki. Sedangkan seperti yang kita sudah sedia maklum, aurat muslimah itu sama seperti aurat bilamana kita hendak melakukan solat. Mereka memandang remeh tentang perkara ini. Mereka menganggap bahawa dengan memakai tudung sudah memadai. 


Formula menutup aurat 

Aurat wanita di hadapan ajnabi = Aurat dalam solat (seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan)



Daripada riwayat Abu Daud:
"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Asma. sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan."


Oleh itu, kami mengambil inisiatif untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita di kawasan kolej UiTM Puncak Perdana.
Sasaran kami adalah kepada pelajar muslimat, staf bantuan kolej Jasmine dan juga para muslimin tentang panduan menutup aurat dengan sempurna.

Kami menerangkan kepada kaum muslimin tentang kewajipan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap aurat ibu, kakak dan adik mereka. Kami juga memberikan mereka cenderahati berupa stoking untuk diberikan kepada ahli keluarga mereka.

Alhamdulillah sebanyak 460 pasang stoking tajaan daripada SKP  dan 200 buah buku tajaan daripada TELAGA BIRU, dan juga pamplet turut diedarkan kepada sasaran kami.Disini kami sertakan beberapa memori sepanjang program berlangsung.






























JOM AUDIT INVENTORI PAKAIAN KITA


PAKAIAN

  • Fabrik yang tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayang tubuh dan warna kulit.
  • Longgar dan tidak ketat
  • Menutup seluruh bahagian lengan sehingga pergelangan tangan.
  • Kain atau seluar yang dipakai perlu labuh menutupi betis dan buku lali.
  • Menutup kaki (contohnya memakai stoking)
  • Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  • Tidak menyerupai pakaian wanita Musyrik atau kafir.
  • Bukan pakaian yang mempamerkan syuhrah (sifat berbangga-bangga)


TUDUNG

  • Menutup keseluruhan kepala dan leher
  • Labuh menutup bahagian dada
  • Fabrik yang tidak terlalu tipis sehingga menampakkan rambut dan bentuk leher.


PERHIASAN

  • Tidak bertabaruj sehingga menarik pandangan
  • Bersolek secara sederhana dan tidak berlebihan
  • Tidak disemerbakkan dengan haruman yang melampau
  • Menggunakan alat perhiasan bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk



Firman Allah SWT dalam surah Al-'Araf ayat 26:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya telah kami turunkan kepadamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian takwa. Itulah yang paling baik. Dan yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah"


Wahai muslimah sayang , 
Ketahuilah ,

"Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik. 
Indah mata memandang, menarik untuk dilihat .
TETAPI.
Tidak boleh disentuh kerana auratmu begitu berharga, "


Moga kalian terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna. 

"Ingat jangan disebabkan kita tidak menutup aurat dengan sempurna, kita menarik ayah, abang, dan adik lelaki kita ke NERAKA juga akibat kesalahan yang kita lakukan"

Sayang mereka?

Ayuh tutup aurat dengan sempurna. 
Moga kalian istiqamah . 

Kami mendoakan anda semua diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT . 
Semoga kalian sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah . 
Moga Allah redha. 

Terima kasih kepada semua warga PMH dan sukarelawan SKP yang banyak membantu kelancaran program ini dan terima kasih juga kepada warga kolej di atas sokongan kalian dalam menjayakan program ini. 

Teruskan menyokong kami . 

Sekian. 
Wassalam. 

~NES~

#DakwahIniBaruBermula
#KempenSarungKakiProject
#KeranaKakiMuAuratJuga





1 comment: