Wednesday 26 November 2014

Jangan pandang yang baik itu sebagai halangan menjadi lebih baik atau lari menjauhi, dekatilah mereka.

Assalam wbt..

Kali ini kami ingin membawakan tajuk "Jangan pandang yang baik itu sebagai halangan menjadi lebih baik atau lari menjauhi, dekatilah mereka".Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa tajuk ini, bukan tajuk lain, tajuk ni tentang apa? Baiklah, sahabat semua, entri kali ini bukan berbentuk ilmiah atau pun perkongsian tetapi lebih kepada pandangan kami,

Dalam kehidupan seharian, siapa yang tidak ingin menjadi lebih baik dari semalam bukan?Semua mempunyai cita-cita yang sama, yang membezakan keberjayaan antara diri kita dengan orang lain adalah ketetapan istiqomah dalam berubah menjadi lebih baik.Kerana di setiap usaha itu pasti ada cabaran dan halangan, kerana syaitan itu ada dimana-mana.Allahu akhbar..


Di dalam persatuan ini juga tidak lari dari halangan dan cubaan. Pelbagai halangan kami hadapi. Sebagai contoh, program kami dahulu tidak disambut baik oleh warga kolej, boleh dikira dengan jari, namun itu namanya tarbiyah. Pelbagai post mortem kami lakukan mencari penyelesaian kepada masalah ini.Namun itulah hakikat bahawa tiada jalan mudah dalam berdakwah kan?Bukan itu sahaja, dalam kalangan kami, ada juga hati-hati yang sering diketuk rasa gusar, turun naik imannya, panas baran, lemas dan malas dalam berdakwah sedangkan hati sudah berjanji semuanya kerana allah swt.Mungkin itu faktor ketidakberjayaan kami dalam mendokong dakwah kami. Namun itu namanya sahabat sejati, di sini kami saling mengingati,saling berpimpin tangan memberi motivasi menjadi lebih baik.




Dahulu sebilangan kami juga adalah:
  • pengguna tegar tshirt pelbagai lambang dan pendek itu
  • penyarung tegar seluar jean ketat sendat mampat itu
  • style bertudung silang sana sini
  • stokin pakai bila bersukan
  • handsock dicari diselongkar bila berbaju lengan pendek
  • bersongkok bila ke acara agama
  • lewatkan solat dan terkadang tinggalkan terus
  • liat hati nak ke majlis ilmu
  • bila orang bagi nasihat sikit mula nak buat muka atau endah tak endah

Ya ya ya itu kami. Kami pernah lakukan sama macam semua orang lakukan dahulu. Ini semua kerana kita manusia yang sama, tiada bezanya. Yang berbeza hanya cara bagaimana ingin berubah.Itu sahaja, Bagaimana mencari medium terbaik untuk mengubah diri sama ada menjadi baik atau sebaliknya. Bezanya bila allah berkehendakkan kita untuk berubah kembali pada fitrahnya, pasti ia berlaku.

Bagaimana kami merangkak mencari abang kakak dan rakan yang boleh mambantu kami kembali mengenal siapa dia Allah swt, siapa dia Rasullah saw dan apa dia islam sebenar. Malu?Apa ada denganmalu, tebalkan sahaja muka kuatkan sahaja hati insyallah pasti manis hasilnya kan.Mereka tidak memandang kami sebelah mata, mereka tidak biar kami terkapai-kapai, mereka tidak tinggalkan kami. Tetapi  apa mereka lakukan? Mereka layani kami sebaik mungkin dengan:
  • pandang kami mesra seperti adik-adik mereka
  • memimpin tangan kami bersama mereka
  • membimbing kami sehari-harian
  • memberi tauladan dalam perbuatan mereka
  • menasihati bukan memarahi
  • tersenyum melihat kami
  • tarbiyah kami sehalus dan sebaik mungkin
Akhirnya, segelintir kami yang sebelum ini sebegitu sedar akan kekhilafan kami, kami sedar akan kekurangan kami. Kami mula berubah sedikit demi sedikit. Cari abang-abang, kakak-kakak atau rakan-rakan yang bolehmendengar pendapat atau luahan kecil kami dan lakukan perubahan.Berubah macam mana tu?Macam ini:
  • cari balik handsock dan stokin yang ada dan sarungkan setiap kali keluar dari rumah
  • kumpul duit beli tudung besar sedikit, dari 40 ke 45, 45 ke 50 dan seterusnya
  • menjadikan al quran helaian bacaan kami
  • memuat turun aplikasi islamik di google player
  • buka youtube dan cari ilmu berkaitan
  • dengar zikruallah
  • cari rakan-rakan usrah atau rakan-rakan untuk berjemaah atau mengaji bersama
  • lazimi zikir
  • topup solat yang tertinggal dan sengaja ditingalkan

Memang janggal untuk memulakannya kan?Tetapi itulah namanya manusia, menggerakkan diri menjadi lebih baik itu terkadang lebih sukar dari menjadi yang buruk.Terasa seperti kaki diikat, jiwa dipasung dan seperti ada halangan konkrit di hadapan menanti perubahan kita. Takut dengan perubahan, takut dicemuh, takut dipandang pelik oleh sekeliling. Itu semua kerana apa?SIa kerana syaitan.



Syaitan sudah berjanji untuk menyesatkan manusia sehingga akhir zaman. Itu pasti. Tinggal kita sahaja yang mampu melawan atau tidak ajakan syaitan itu.Titipkan doa dan niat kerana allah insyallah allah ada membantu. Jika sukar, mulakanlah dengan zikir dan lagu ketuhanan di corong telinga kita, siapa tahu dengan mendengarnya sambil membuat assignment atau sebarang tugasan, ia membuka hati kita dna memberi penawar bagi luka di hati kita.Allah maha merancang, dan kita harus berusaha sebaik mungkin.


Setelah itu, kami semuanya merangkak dalam dakwah kami, pelbagai usaha dilakukan sehingga kini alhamdulillah kami diterima baik oleh warga kampus.Pelbagai aktiviti diatur demi dakwah kami kepada warga kampus seperti GPGK ((geng penyayang geng kita) dan edaran flyers, santai gazebo, BG (bulatan gembira), malam qiammullail, dan macam-macam lagi.Alhamdulillah terima kasih ya allah terima kasih warga kampus kerana mula menerima kami dan datang ke majlis kami.



Bagi yang belum mengenali kami, bagi yang dahulunya memandang kami ini sebagai persatuan islamik yang tak patut didekati atau membosankan kerana dakwah kami, tudung kami, songkok kami mahu pun gerak kerja kami, mari ubah persepsi kita seperti rakan-rakan kita yang lain. Jika non muslim juga menyertai kami, apatah lagi sahabat sekalian.

Tidak mengapa jika belum ingin berubah sepenuhnya, tetapi ambillah langkah mengetahui apa yang mungkinkita tidak ahu atau lupa dari islam melalui edaran flyers dan aktiviti islamik yang akan diadakan kelak. Insyallah allah ada bersama hati-hati yang membuka ruang untuk Dia.Insyallah.


Jangan takut dengan PMH, jangan risau dengan mereka bertudung labuh, jangan risau dengan mereka yang berkurta berkopiah bersongkok itu, kerana insyallah mereka menerima sahabat sekalian seikhlas hati sebagai sahabat mereka. Mereka sayangi anda kerana ukhwah yang diamanahkan oleh allah swt. Berikanlah ruang dna peluang untuk diri sahabat dan kami dari PMH untuk sama-sama menjadi lebih baik demi pengakhiran kita kelak.Sayangi ukhwah yang diamanahkan kerana disitu ada manisnya.Insyallah


sekian
wassalam wbt
<ds>

No comments:

Post a Comment